backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

13

Tanya Doktor
Simpan

Haid Berpanjangan Tapi Keluar Sikit-sikit? Ini 9 Puncanya, Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

    Haid Berpanjangan Tapi Keluar Sikit-sikit? Ini 9 Puncanya, Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya!

    Kenapa saya kerap alami haid berpanjangan tapi sedikit? Tidak dinafikan, tempoh haid bagi setiap wanita berbeza-beza. Ada wanita yang datang period kurang daripada 7 hari. Ada juga yang mengalami period yang berpanjangan hingga mengganggu kehidupan seharian. Malah, masalah haid juga boleh menyebabkan wanita jadi tertekan!

    Lebih memburukkan keadaan, haid selalunya datang dengan simptom-simptom yang tersendiri.

    Pada waktu ini, wanita akan mengalami masalah kekejangan, sering sakit kepala dan mood swing yang teruk. Bayangkan jika anda terpaksa bertahan dengan semua simptom ini lebih dari 7 hari, boleh stres tau!

    Untuk sesetengah wanita, haid yang berpanjangan berlaku sekali-sekala. Walau bagaimanapun, jika haid lebih 15 hari, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berkunjung ke klinik yang berdekatan.

    Selalunya, haid berpanjangan tapi sedikit merupakan tanda penyakit yang perlu diperiksa oleh pakar!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Berapa lamakah tempoh haid yang berpanjangan?

    Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa lamakah tempoh haid bagi wanita yang mengalami period berpanjangan?

    Selalunya, haid berlangsung selama 3 hingga 7 hari. Jika period anda berlarutan lebih daripada 7 hari, ia dikira sebagai haid berpanjangan.

    Haid berpanjangan juga dikenali sebagai menorrhagia. Wanita yang mengalami pendarahan yang berat semasa haid juga dikatakan mengalami menorrhagia. Hampir 5% wanita mempunyai masalah ini.

    Jika anda mempunyai masalah haid yang berpanjangan, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya, haid lebih 15 hari merupakan tanda penyakit seperti:

    • Ketidakseimbangan hormon
    • Masalah di kawasan rahim
    • Kanser

    Sebab itulah, penting untuk anda berjumpa doktor jika mempunyai masalah haid berpanjangan. Menorrhagia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu rutin harian anda.

    Malah, jika anda kerap mengalami haid yang berpanjangan, besar kemungkinan anda akan menghidap anemia pada masa akan datang.

    9 punca haid berpanjangan tapi sedikit

    darah period banyak
    Punca darah haid banyak dan cair.

    Ada beberapa masalah kesihatan yang mungkin menjadi punca haid berpanjangan dan berketul. Antaranya:

    1. Perubahan hormon

    Perubahan hormon atau ovulasi boleh menyebabkan wanita mengalami haid berpanjangan. Selalunya, ketidakseimbangan hormon akan berlaku pada gadis muda yang baru mencecah akil baligh, atau wanita yang menghampiri menopaus.

    Penyakit tiroid dan PCOS juga boleh menyebabkan wanita mengalami masalah hormon.

    2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu punca haid berpanjangan dan banyak

    haid berpanjangan tapi sedikit
    Ubat untuk menghentikan aliran darah haid.

    Wanita juga mungkin akan mengalami masalah haid berpanjangan dan berketul jika mereka mengambil ubat-ubatan tertentu, terutamanya pil perancang hormon.

    Pemakaian IUD juga berpotensi menyebabkan masalah yang sama.

    Selain itu, ubat lain seperti aspirin, ubat pencair darah serta ubat anti radang juga boleh menyebabkan wanita mengalami menorrhagia.

    3. Haid berpanjangan tapi sedikit disebabkan kehamilan

    Kadangkala, pendarahan berpanjangan mungkin bukan disebabkan oleh haid, tetapi tanda kehamilan yang tidak selamat seperti kehamilan ektopik atau keguguran.

    Kondisi seperti placenta previa, satu keadaan yang berlaku ketika plasenta menutup bukaan uterus (serviks), juga boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan.

    Jika anda pernah melakukan ujian kehamilan dan keputusannya positif, jumpa doktor secepat mungkin, terutamanya jika anda mengalami masalah pendarahan vagina.

    4. Ada polip pada rahim anda

    Polip boleh menyebabkan pendarahan vagina yang berpanjangan. Malah, pendarahan yang berlaku juga selalunya lebih berat daripada biasa.

    Namun, ada juga wanita yang mempunyai period berpanjangan tetapi sedikit.

    Apabila ada tisu abnormal pada dinding uterus, ketumbuhan kecil seperti polip berisiko untuk tumbuh. Walau bagaimanapun, jarang sekali polip bertukar menjadi kanser.

    Polip juga lebih berisiko tumbuh dalam rahim wanita yang berusia 40 hingga 50 tahun berbanding wanita muda.

    5. Adenomiosis

    Adenomiosis berlaku apabila tisu yang melapisi rahim membesar dan tumbuh ke dalam dinding uterus. Tisu ini juga akan menjadi tebal dan menyebabkan pendarahan setiap kali wanita datang haid.

    Malah, wanita yang mempunyai masalah ini juga akan mengalami kesakitan di kawasan rahim ketika datang haid.

    6. Masalah tiroid menyebabkan haid berpanjangan tapi sedikit

    Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika haid datang dalam satu tempoh masa yang lama. Kondisi ini juga dikenali sebagai hipotiroidisme.

    7. Masalah pendarahan

    Wanita yang mempunyai masalah pendarahan, atau darah tidak mampu membeku secara normal ketika haid akan mengalami period yang berpanjangan. Antara contoh penyakit yang boleh menyebabkan haid yang lama ialah hemofilia dan penyakit von Willebrand.

    8. Obesiti

    Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan haid berpanjangan tapi sedikit. Lemak pada badan boleh menghasilkan lebih banyak hormon estrogen. Lebihan estrogen inilah yang menyebabkan haid wanita menjadi lebih panjang daripada biasa.

    9. Kanser punca haid berpanjangan tapi sedikit

    kanser ovari
    Faktor risiko kanser ovari untuk wanita.

    Haid berpanjangan dan berketul juga boleh menjadi tanda kanser. Dalam sesetengah wanita, ini merupakan tanda-tanda awal kanser serviks atau kanser ovari.

    Jika anda mempunyai masalah haid berpanjangan dan banyak, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mungkin akan bertanya mengenai simptom-simptom yang anda alami untuk melakukan diagnosis yang bersesuaian.

    Kesimpulan

    Jangan sesekali abaikan masalah haid berpanjangan tetapi sedikit. Jika dibiarkan, ia boleh mengganggu kehidupan seharian anda. Oleh sebab itu, dapatkan rawatan yang bersesuaian supaya haid anda kembali normal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan