Menentukan sama ada kitaran haid normal atau tidak boleh membantu anda memahami keadaan biasa, masa ovulasi dan mengenal pasti perubahan penting – seperti terlepas haid atau pendarahan haid yang tidak dapat diramalkan.
Adakah kitaran haid boleh berubah? Ya, disebabkan itu anda perlu kenal diri sendiri dengan lebih baik!
Menstrual cycle boleh memberitahu banyak perkara mengenai kesihatan diri. Fahami cara kira kitaran haid dan perkara perlu dilakukan terhadap ketidakteraturan pendarahan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kitaran haid normal atau tidak
Untuk makluman, anda tidak memerlukan kitaran 28 hari untuk menjadi ‘normal’. Tempoh kitaran menstruasi yang normal boleh berubah antara 22 hingga 35 hari.
Contohnya: Dalam satu bulan mungkin 28 hari – dianggap kitaran normal – dan pada bulan berikutnya boleh menjadi 31 hari dan 27 hari untuk seterusnya. Ini masih perkara normal.
Oleh itu, selagi kitaran anda berada di dalam tempoh tersebut dan berlangsung dalam jangka masa yang sama setiap kali, ia masih dikira sebagai kitaran haid normal.
Kitaran haid normal akan dianggap tidak teratur apabila ia berada di luar julat ‘normal’. Kitaran haid tidak teratur adalah lebih pendek daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35.
Apabila mengira hari dalam kitaran haid, hari mula pendarahan dikira sebagai hari pertama, dan hari terakhir kitaran ialah hari pertama pendarahan untuk kitaran seterusnya.
- Mesti tahu bila tarikh mula haid pada bulan-bulan yang lepas.
- Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang.
- Jadi anda akan dapat tempoh purata kitaran haid.
Kalau haid pertama datang pada 1hb Ogos, kemudian pada 29hb Ogos datang haid lagi, maka kitaran haid anda adalah sebanyak 28 hari.
Kitaran haid normal mungkin teratur – kira-kira panjang yang sama setiap bulan – atau agak tidak teratur, dan haid anda mungkin ringan atau berat, menyakitkan atau tidak sakit, panjang atau pendek, dan masih dianggap normal.
Dalam skop luas, perkara yang dianggap ‘normal’ ialah perkara biasa untuk anda.
Perbezaan kitaran haid normal atau tidak
Tempoh kitaran biasa dipengaruhi oleh umur, gen, kesihatan, indeks jisim badan (BMI), tingkah laku dan kaedah kawalan kelahiran yang digunakan.
Bagi individu yang telah mengalami haid selama beberapa tahun, kitaran haid secara amnya akan mempunyai tempoh panjang kitaran hampir sama. Anda mungkin masih melihat perubahan dari semasa ke semasa.
Panjang kitaran bergantung pada hormon – yang boleh berubah disebabkan oleh faktor seperti diet, tekanan, senaman atau pengambilan pil kontraseptif kecemasan (morning-after pill).
Tabiat menghisap rokok yang kuat, penggunaan alkohol kronik dan berlebihan juga boleh menjejaskan tempoh kitaran haid.
Kitaran haid normal boleh berubah-ubah apabila ovulasi berlaku secara tidak teratur. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) atau gangguan tiroid.
Ovulasi tidak konsisten dan tempoh haid yang berubah-ubah juga lebih berkemungkinan berlaku semasa fasa kehidupan tertentu seperti semasa remaja, selepas bersalin, semasa menyusu, dan semasa menginjak perimenopause (peralihan kepada menopaus).
Fahami cara kira kitaran haid normal atau tidak
Untuk mengetahui sama ada ia perkara biasa untuk anda, mulakan dengan merekod kitaran haid berapa hari pada kalendar.
Mulakan dengan menjejak tarikh mula haid setiap bulan selama beberapa bulan berturut-turut untuk mengenal pasti keteraturan haid anda.
Perhatikan perkara berikut untuk tahu menstruasi anda normal atau tidak:
- Tarikh akhir. Berapa lama tempoh anda biasanya berlangsung? Adakah ia lebih panjang atau lebih pendek daripada biasa?
- Aliran. Catat berat aliran haid. Adakah ia kelihatan lebih ringan atau lebih berat daripada biasa? Berapa kerap anda perlu menukar tuala wanita? Adakah terdapat sebarang gumpalan darah?
- Pendarahan yang tidak normal. Adakah berlaku pendarahan di antara tempoh haid?
- Kesakitan. Terangkan sebarang kesakitan yang berkaitan dengan haid anda. Adakah kesakitan terasa lebih teruk daripada biasa?
- Perubahan lain. Adakah anda mengalami sebarang perubahan dalam mood atau tingkah laku? Adakah sesuatu yang baharu berlaku semasa perubahan dalam haid anda seperti bertukar tempat kerja?
Jika anda masih kurang pasti, anda boleh pertimbangkan untuk gunakan kalkulator kitaran haid kami di sini.
[embed-health-tool-ovulation]