Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera oleh doktor anda.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jangkitan saluran kencing (UTI) atau turut dikenali sebagai masalah kencing kotor ialah perkara serius yang harus dirawat dengan segera oleh doktor anda.
Jika tidak diberi rawatan, UTI boleh menjadi menyakitkan dan merebak. Terdapat beberapa perkara yang harus anda hindari semasa mendapat UTI bagi mengelakkan gejala yang semakin teruk.
Peranan saluran kencing adalah membuat dan menyimpan air kencing. Air kencing adalah salah satu bahan buangan badan anda.
Urin dibuat pada buah pinggang dan mengalir melalui ureter ke pundi kencing.
Pembukaan uretra terletak di hujung zakar pada lelaki dan di atas bukaan faraj bagi wanita.
Ginjal adalah sepasang organ di bahagian belakang yang menyaring sisa cecair dari darah dan mengeluarkannya dari badan dalam bentuk air kencing.
Selain itu, ginjal menyeimbangkan kadar bahan kimia dalam badan seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan memeriksa keasidan darah.
Hormon tertentu juga dihasilkan pada buah pinggang. Hormon ini membantu mengawal tekanan darah, meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu menguatkan tulang.
Air kencing yang normal tidak mempunyai bakteria di dalamnya, dan alirannya yang sehala membantu dalam mencegah jangkitan.
Namun, bakteria boleh masuk ke dalam air kencing melalui uretra dan pundi kencing.
UTI ataupun masalah kencing kotor disebabkan oleh bakteria dalam saluran kencing iaitu buah pinggang, pundi kencing, dan saluran yang menghubungkannya.
Sebilangan besar UTI berada pada pundi kencing, yang menahan air kencing anda sebelum kencing.
Ianya juga boleh berlaku pada buah pinggang anda, di mana air kencing dihasilkan sebelum masuk ke pundi kencing.
Jangkitan pundi kencing boleh menjengkelkan dan menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah kesihatan yang sangat serius jika jangkitan bakteria merebak ke buah pinggang anda.
Itulah sebabnya penting untuk anda memahami tubuh dan mendapatkan rawatan awal bagi jangkitan pundi kencing. Ini dapat membantu anda menguruskan gejala.
Wanita 10x lebih cenderung daripada lelaki untuk mendapat jangkitan pundi kencing kerana mereka mempunyai uretra yang lebih pendek.
Sekiranya anda mempunyai tanda pertama gejala UTI, segera hubungi doktor anda.
Mencuba untuk mengubati UTI secara sendiri akan membuatkan jangkitan ini menjadi semakin teruk.
Menunda untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk UTI menjadikan anda berisiko mengalami komplikasi kesihatan yang serius.
Antibiotik tertentu yang ditetapkan untuk jenis jangkitan anda harus ada di dalam sistem badan pada jangka masa yang ditetapkan oleh doktor. Ini supaya pakar dapat sepenuhnya merawat masalah tersebut.
Walaupun anda mungkin sudah berasa baik hanya setelah 1 atau 2 hari daripada rawatan awal antibiotik, itu tidak semestinya menunjukkan ubat tersebut berjaya menghilangkan jangkitan sepenuhnya.
Elakkan memakan makanan dan minuman yang boleh mengganggu pundi kencing anda atau memburukkan lagi gejala, seperti:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen