backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ada Ketuat Di Alat Sulit? Ini Cara Ingin Bezakan Kutil Kelamin Ringan, Sederhana Atau Teruk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    Ada Ketuat Di Alat Sulit? Ini Cara Ingin Bezakan Kutil Kelamin Ringan, Sederhana Atau Teruk!

    Apabila mula muncul ketuat pada alat sulit, individu akan mula khuatir sama ada ia adalah kutil kelamin ringan, sederhana atau teruk. Persoalannya, bagaimana cara untuk bezakan? Jom terus baca artikel ini jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu ketuat @ kutil kelamin?

    Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil kelamin adalah kondisi di mana wujud benjolan kecil yang berwarna seperti daging merah dan berbentuk seperti kubis bunga pada alat kemaluan.

    Ia adalah antara jenis penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV) serta boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau wanita.

    Dikenali juga dengan nama saintifik iaitu Kondiloma Akuminata, benjolan ini pada mulanya hanya bersaiz kecil dan akan berubah menjadi semakin besar seiring dengan perjalanan masa.

    Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan rasa gatal, sakit dan tidak selesa di sekitar kawasan kutil itu tumbuh. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan, ia mungkin bawa bahaya.

    ketuat kelamin ringan

    Persoalannya, bagaimana cara untuk anda tahu contoh kutil kelamin ringan, sederhana atau teruk?

    Kutil kelamin ringan, sederhana dan teruk!

    Apabila muncul ketuat pada alat kelamin, individu mungkin keliru untuk menentukan jika ia di tahap ringan, sederhana atau teruk. Sebenarnya, anda mungkin boleh lihat pada kriterianya.

    Kutil kelamin ringan

    Mungkin ramai tidak tahu bahawa HPV itu boleh menjangkiti semua orang tanpa sedar. Individu mungkin sudah lama mempunyai virus ini dalam tubuh badan meskipun tidak punya tanda.

    Sebagai contoh kutil kelamin ringan, saiz ketuat ini masih sangat kecil sehingga anda sendiri tidak dapat melihat dengan mata kasar kecuali dengan bantuan alat pembesar atau teleskop.

    Dalam pada itu, ketuat kelamin di tahap ringan juga tidak akan menyebabkan sebarang rasa gatal, sakit atau tidak selesa. Gejala mungkin akan mula muncul apabila tiba tahap seterusnya.

    Baca juga artikel berkaitan:

    Kutil kelamin sederhana

    Pada tahap sederhana, anda mungkin boleh melihat kutil di alat sulit kerana ia sudah membesar. Kebiasaannya, saiz kutil adalah seakan sama seperti jerawat yang wujud pada kulit wajah.

    ketuat kelamin ringan

    Pada ketika ini juga, anda akan mula perasan gejala seperti rasa gatal atau tidak selesa pada alat sulit. Apabila dibiarkan, gejala ini akan mula merebak ke sekitar kawasan alat kemaluan anda.

    Ia berisiko untuk berpindah ke tahap paling teruk jika dibiarkan. Ini adalah waktu paling penting untuk individu mendapatkan sebarang rawatan atau ubatan khusus daripada doktor.

    Kutil kelamin teruk

    Apabila ia sudah berada di tahap paling teruk, maka saiz ketuat pada alat kelamin anda mungkin sudah terlalu besar, kasar dan keras. Dalam beberapa kes yang tertentu, ada individu yang timbul kutil dalam jumlah banyak dan bersaiz seperti buah kismis!

    Gejala seperti rasa gatal, sakit dan tidak selesa juga akan bertambah teruk pada sekitar alat sulit. Jika rawatan dan ubatan biasa tidak ada hasilnya, maka pembedahan minor perlu dijalankan.

    Dalam erti kata lebih mudah, cara untuk membezakan tahap jangkitan HPV melalui ketuat kelamin ini adalah pada saiz dan jumlah. Jadi, dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor.

    Bagaimana masalah ini perlu ditangani?

    Meskipun dalam kebanyakan kes ia tidak akan mendatangkan sebarang implikasi berbahaya pada tahap kesihatan individu, namun ia masih tidak boleh dibiarkan sehingga teruk baru hendak diatasi.

    Perkara paling penting, anda perlu cuba cegah ia dari awal lagi atau rawat sebelum jadi lebih teruk!

    ketuat kelamin ringan

    Cara untuk mencegahnya…

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, HPV boleh disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit. Hubungan seksual yang berisiko adalah salah satu cara penyebaran jangkitan ini. Oleh itu amalan seks selamat seperti pemakaian kondom dan tidak bertukar-tukar pasangan adalah langkah pencegahan yang amat disarankan.

    Selain itu, wanita digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin HOV bagi mencegah jangkitan ini yang juga boleh menyebabkan kanser serviks.

    Wanita juga amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian saringan secara berkala bagi mengesan jangkitan HPV atau kanser serviks pada peringkat awal.

    Cara untuk merawatnya…

    Tidak ada istilah anda terlambat, kutil kelamin ringan, sederhana atau teruk masih boleh dirawat dengan cara menjalani rawatan dan ubatan klinikal seperti imiqumoid, podophyllin, podofilox, sinechatechin, bichloroacetic acidtrichloroacetic acid dan lain-lain.

    Untuk membuangnya dari kulit, prosedur seperti laser, elektrokauter, krioterapi atau pembedahan minor boleh dijalankan. Sila berbincang dan berkonsultasi dengan doktor anda segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan