backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mengesan Tanda Tanda Awal Kanser Payudara. Buat Saringan Sebelum Terlambat!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 24/10/2023

    Mengesan Tanda Tanda Awal Kanser Payudara. Buat Saringan Sebelum Terlambat!

    Bulan Oktober diiktiraf sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, sebuah inisiatif yang berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pencegahan, pengesanan awal tanda tanda kanser payudara, dan rawatan kanser payudara. Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, mari kita mengenali lebih lanjut mengenainya.

    Ketahui lebih banyak maklumat lanjut tentang Kanser di sini

    Kanser Payudara di Malaysia: Fakta dan Statistik

    Menurut data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser payudara adalah antara jenis kanser yang paling kerap dihidapi oleh wanita di negara ini. Statistik menunjukkan bahawa setiap tahun, terdapat lebih daripada 5,000 kes baru kanser payudara yang dilaporkan di Malaysia. Malangnya, jumlah ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

    Kanser payudara juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Pada 2020, lebih daripada 1,500 wanita di negara ini telah kehilangan nyawa mereka akibat penyakit ini. Namun, dengan kesedaran yang tepat dan tindakan awal, kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal, dan peluang untuk penyembuhan menjadi lebih tinggi.

    mammogram kesan tanda awal kanser payudara

    Mengenali Risiko Kanser Payudara

    Faktor-faktor risiko kanser payudara boleh berkait rapat dengan gaya hidup, sejarah keluarga, dan faktor biologi. Beberapa faktor risiko utama termasuk:

    • Usia: Wanita yang lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara.
    • Sejarah Keluarga: Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara, khususnya ibu atau kakak, berisiko lebih tinggi.
    • Jantina: Wanita berisiko menghidap kanser payudara, tetapi lelaki juga boleh terkena penyakit ini dalam kadar yang lebih rendah.
    • Faktor Biologi: Beberapa faktor biologi seperti jenis tisu payudara, ketumpatan tisu payudara, dan faktor hormon juga mempengaruhi risiko kanser payudara.
    • Gaya Hidup: Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan kurang aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan risiko.

    Tanda Tanda Awal Kanser Payudara Anda Perlu Kenali!

    Tanda tanda awal kanser payudara biasanya ditunjukkan dengan perubahan pada payudara contohnya benjolan, perubahan struktur kulit, lekukan dan juga keluarnya cecair.

    tanda tanda awal kanser payudara

    Sekiranya mengesan tanda tanda awal kanser payudara ini, anda haruslah segera merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kanser payudara boleh dirawat jika dikesan lebih awal dan mempunyai peratusan lebih tinggi untuk bebas daripadanya.

    Oleh itu, para wanita khususnya, amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah.

    Pemeriksaan ini boleh dilakukan semasa anda mandi, atau memakai baju di hadapan cermin. Periksa payudara anda untuk tanda tanda seperti yang dinyatakan.

    Kerjasama Untuk Beri Kesedaran Tentang Kanser Payudara

    Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Hello Doktor dengan bangga telah bekerjasama dengan Doctor Anywhere dalam satu aktiviti yang berlangsung di pejabat utama Shopee. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu masyarakat memahami faktor-faktor risiko kanser payudara, tanda-tanda dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.

    Selama dua hari tersebut, Hello Doktor menggalakkan pengunjung untuk menggunakan alat saringan risiko kanser payudara kami. Alat ini memberikan maklumat yang berguna untuk mengenal pasti individu yang berisiko tinggi menghidap kanser payudara. Dengan pengetahuan ini, mereka dapat mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai dan mungkin menjalani pemeriksaan lanjutan.

    saringan risiko kanser payudara

    Pada hari yang sama, Doctor Anywhere turut menyediakan perkhidmatan profesional perubatan yang menjalankan pemeriksaan fizikal kanser payudara dan sesi konsultasi kepada peserta. Ini adalah langkah penting untuk memastikan individu mendapatkan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.

    Melalui sesi ini, diharap, para peserta akan lebih berwaspada terhadap tanda tanda awal kanser payudara dan tahu kepentingan menjalani saringan secara berkala.

    Kerjasama Berterusan

    Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Doctor Anywhere atas kerjasama yang luar biasa ini dalam usaha memerangi kanser payudara. Kerjasama ini adalah langkah positif dalam memberikan peluang kepada masyarakat Malaysia untuk memahami risiko kanser payudara dan mengambil langkah awal dalam mencegah penyakit ini.

    Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Shopee atas sokongan mereka dalam menjayakan aktiviti ini. Kakitangan Shopee yang sangat ‘sporting‘ dan kerjasama yang diberikan telah menjadikan inisiatif ini lebih bermakna dan berkesan.

    Kerjasama Kesedaran Kanser Payudara

    Kesedaran mengenai kanser payudara adalah satu usaha bersama. Semua pihak, termasuk Hello Doktor, Doctor Anywhere, dan Shopee, berusaha untuk memastikan masyarakat Malaysia memahami risiko, tanda tanda awal kanser payudara dan mengambil tindakan pencegahan yang diperlukan. Dengan kesedaran yang lebih tinggi dan kerjasama yang kuat, kita dapat mengurangkan kesan negatif kanser payudara di negara ini.

    Mari bersama-sama berjuang untuk kesihatan payudara dan memastikan bahawa Bulan Kesedaran Kanser Payudara bukan hanya bulan peringatan, tetapi juga bulan tindakan. Jom kita bersama memerangi kanser payudara!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 24/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan