backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Panik Kalau Ada Lelehan Faraj, Periksa Dulu Ia Normal Atau Tidak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 24/02/2022

Jangan Panik Kalau Ada Lelehan Faraj, Periksa Dulu Ia Normal Atau Tidak

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, masalah keputihan wanita atau fenomena lelehan berwarna putih pada faraj dialami oleh 75% wanita yang telah berkahwin seusai aktiviti seksual.

Jadi, adakah apa yang dialami oleh sebahagian besar wanita tersebut adalah sesuatu yang tidak perlu diambil berat? Jawapannya tidak.

Walaupun kebanyakan lendir putih yang keluar daripada faraj merupakan perkara normal yang tidak berkait dengan apa-apa penyakit, sebahagian daripadanya merupakan kesan daripada aktiviti bakteria yang boleh menyebabkan komplikasi seperti ketidaksuburan dan kanser rahim.

Kepercayaan yang menyatakan bahawa kesemua fenomena keputihan merupakan petanda akan bermulanya kitaran haid adalah tidak benar.

Mereka yang mengalami lelehan lendir ini perlu mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dengannya bagi mengesan masalah keputihan wanita tidak normal yang memerlukan perhatian doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Jangkitan kuman atau masalah keputihan fisiologis?

Secara asasnya, masalah keputihan terbahagi kepada dua iaitu keputihan fisiologi (normal) dan keputihan patologi (tidak normal).

Ciri-ciri bagi lendir untuk kedua-dua jenis keputihan adalah seperti berikut:

Keputihan Normal Keputihan Tidak Normal
Warna Putih Kuning, kelabu atau hijau
Bau Tidak berbau Berbau busuk
Sifat lendir Lendir cair dan tidak berbau Lendir pekat dan berbau
Jumlah lendir Sedikit Banyak
Kekerapan Sebelum kitaran haid Semasa jangkitan kuman
Simptom lain Tiada Gatal dan keradangan pada faraj
Rawatan Tidak perlu Perlu (segera)

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah masalah keputihan namun perlulah diingatkan bahawa majoriti wanita melalui fasa keputihan normal sebelum bermulanya kitaran haid.

Ini bermakna diagnosis untuk penyakit tertentu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya hanya kerana anda mempunyai salah satu faktor yang tersenarai di bawah.

Pemeriksaan rapi oleh doktor diperlukan untuk membuat diagnosis.

Lendir faraj boleh keluar sebab faktor hormon

masalah keputihan wanita

Ketidakseimbangan hormon sering dikaitkan dengan kekerapan berlakunya masalah keputihan dalam kalangan wanita.

Stres dan polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah merupakan dua contoh penyakit yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon oestrogen di dalam badan seterusnya menyebabkan peningkatan rembesan cecair vagina.

Keputihan patologi yang boleh menyebabkan cecair vagina pekat boleh mendorong kulat untuk melekat pada dinding rahim.

Simptom lain seperti peningkatan bulu pada bahagian muka dan badan, kenaikan berat mendadak dan haid tidak teratur boleh dialami oleh wanita yang mempunyai ketidakseimbangan hormon.

Faktor penggunaan antibiotik ubati masalah keputihan wanita

Walaupun antibiotik adalah merupakan ubat yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria, ia juga boleh mendorong kepada tercetusnya spesies rintang antibiotik (antibiotik resistant).

Perkara ini boleh berlaku jika pesakit mengambil antibiotik berlebihan untuk jangka masa panjang yang menyebabkan kematian populasi bakteria baik pada bahagian faraj.

Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian faraj dan wanita tersebut boleh mengalami simptom gatal-gatal, ruam dan sakit pada bahagian faraj ketika menjalinkan hubungan kelamin.

Baca juga:

Faktor kesuburan dan rangsangan seksual

Wanita boleh mengalami lelehan lendir yang banyak ketika di pertengahan fasa kitaran haidnya. Ini adalah merupakan tindak balas fisiologi badan bagi membuat persediaan untuk proses ovulasi.

Jumlah lendir tersebut akan berkurangan setelah telur berjaya dikeluarkan daripada ovari dan pada ketika ini, sebahagian wanita mengalami simptom kenaikan suhu badan, sakit di satu bahagian abdomen dan pendarahan kecil (spotting).

Jumlah lendir ini juga boleh meningkat tatkala wanita mengalami rangsangan seksual.

masalah keputihan wanita

Ini berikutan pengembangan saiz salur darah pada bahagian kemaluan seterusnya menyebabkan peningkatan rembesan cecair faraj sebagai pelincir bagi menyediakan faraj untuk hubungan seksual.

IUD boleh sebabkan masalah keputihan Wanita

Walaupun IUD adalah merupakan alat pencegah kehamilan yang efektif, hakikatnya, ia adalah merupakan objek asing di dalam faraj.

Alat ini boleh menyebabkan iritasi pada tisu-tisu di sekeliling dinding faraj dan jangkitan kuman.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tessa pada tahun 2013 berkenaan dengan IUD dan jangkitan kuman di bahagian faraj, mereka mendapati jangkitan tersebut berlaku kepada 37% daripada jumlah mereka yang menggunakan IUD.

Simptom lain yang boleh dialami adalah seperti lendir berwarna kuning, hijau atau kelabu, lendir yang berbau busuk, bengkak pada bukaan faraj dan sakit pada permukaan bukaan faraj.

masalah keputihan wanita

Gaya hidup dan penyakit kronik

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam menentukan kecenderungan seseorang itu untuk mendapat masalah keputihan tidak normal.

Wanita yang aktif dan mempunyai ramai teman seksual adalah lebih mudah untuk mendapat penyakit seksual yang boleh menyebabkan simptom lelehan lendir daripada bukaan faraj.

Bagaimana pula dengan penyakit kronik? Sebahagian besar masyarakat umum tahu bahawa penghidap penyakit AIDS, kanser dan kencing manis mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah membuatkan mereka cenderung untuk mendapat pelbagai jenis jangkitan kuman.

Namun di antara kesemuanya, pesakit kencing manis kerap mendapat masalah keputihan disebabkan oleh kulat yang lebih suka untuk membiak dalam persekitaran yang tinggi gula.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 24/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan