Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pap smear adalah ujian yang dijalankan bagi memastikan kesihatan rahim dan serviks seseorang wanita. Namun persoalannya di sini, adakah anak dara juga boleh melakukannya?

Jika ia turut menjadi satu tanda tanya buat anda, teruskan membaca ya!

Apa itu ujian pap smear?

Pap smear atau turut dikenali sebagai ujian pap adalah ujian perubatan yang membantu doktor mengetahui sekiranya terdapat masalah dengan serviks seseorang wanita.

Dengan menemukan sel-sel abnormal lebih awal dapat mencegah perkembangan barah. Pengesanan sel-sel kanser lebih awal juga akan mampu memberikan peluang penyembuhan lebih besar.

Pap Smear, Bantu Kesan Kanser Serviks

Ujian pap smear ini melibatkan pengambilan sampel kecil sel dari serviks seseorang wanita menggunakan alat seperti spatula. Tujuannya untuk mencari sebarang perubahan pada sel serviks.

Selain itu, ujian ini juga boleh digunakan untuk mencari sebarang perubahan selular yang disebabkan oleh kanser, prakanser, human papillomavirus (HPV), keradangan, atau sebarang jangkitan.

Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai ujian pap smear, termasuk pada usia berapa yang disarankan dan kekerapan seseorang wanita melakukannya.

Berapa kerapkah ujian ini harus dilakukan berdasarkan usia?

Gadis remaja tidak perlu menjalani pap smear kecuali doktor mendapati terdapat sesuatu yang luar kebiasaan.

Sebaik sahaja seorang gadis berusia 21 tahun, dia harus mula mendapatkan pap smear secara berkala sebagai cara untuk memantau kesihatannya.

Selain itu, para wanita berusia 20-an dengan keputusan pap smear yang normal harus menjalani ujian setiap 3 tahun.

Berikut adalah jadual ujian yang disyorkan berdasarkan usia seseorang individu:

  • Berumur 21 sehingga 29 tahun

Seseorang wanita harus mula menjalani ujian pap pada usia 21 tahun. Sekiranya hasilnya normal, doktor mungkin akan mencadangkan untuk melakukannya setiap 3 tahun.

  • Berumur 30 sehingga 65 tahun

Para wanita boleh berbincang dengan doktor mereka sekiranya mereka hanya ingin menjalani ujian pap, atau gabungan ujian pap dan HPV.

Sekiranya seseorang wanita hanya menjalani ujian pap, dan hasilnya normal, doktor mungkin mencadangkan untuk menunggu 3 tahun hingga ujian yang berikutnya.

Justeru, bagi individu tersebut menjalani ujian gabungan, dan kedua-dua hasilnya ternyata normal, doktor mungkin mencadangkan untuk menunggu 5 tahun sehingga ujian saringan berikutnya.

  • Umur 65 tahun ke atas

Seorang doktor mungkin mencadangkan bahawa pemeriksaan tidak lagi diperlukan bagi mereka yang berusia lebih daripada 65 tahun sekiranya:

Walau bagaimanapun, Institut Kanser Nasional mengesyorkan agar individu yang berusia lebih daripada 65 tahun menjalani ujian pap smear sekiranya mempunyai faktor risiko yang boleh menjadi kanser.

Faktor-faktor risiko merangkumi:

  • Menjalani rawatan sebelumnya untuk prakanser cervival lesions atau kanser serviks
  • Menghidap HIV
  • Terdedah kepada diethylstilbestrol (estrogen sintetik) sebelum kelahiran

Adakah anak dara memerlukan ujian pap smear?

Sebilangan besar organisasi penjagaan kesihatan mengesyorkan wanita memulakan ujian pap secara berkala pada usia 21 tahun.

Sekiranya anda masih perawan yang bermaksud tidak pernah melakukan hubungan seks, risiko kanser pangkal rahim mungkin rendah, tetapi anda masih boleh mempertimbangkan untuk melakukan ujian tersebut.

Dalam kebanyakan kes, kanser serviks disebabkan oleh jangkitan seksual yang dikenali sebagai human papillomavirus (HPV).

Sekiranya anda tidak pernah terlibat dengan sebarang hubungan seksual, anda tidak mungkin menghidapi HPV.

Walau bagaimanapun, ada faktor risiko lain untuk menghidap kanser serviks, seperti sejarah keluarga dan tabiat merokok.

Jadi berbincanglah dengan doktor anda sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.

Bagaimanakah anda melindungi diri daripada kanser serviks?

vaksin

Kaedah terbaik untuk mencegah daripada mendapat barah serviks adalah dengan melindungi diri daripada virus HPV.

Oleh itu, dapatkan vaksin HPV dan kanak-kanak perempuan pula harus mendapat vaksin ini ketika berusia 11 atau 12 tahun.

Ia diberikan dalam 3 suntikan selama 6 bulan, kanak-kanak perempuan dan wanita berumur 13 hingga 26 tahun harus mendapat vaksin jika mereka melakukannya.

Kurangkan risiko-risiko anda

Gunakan kondom kerana ia membantu dalam mengurangkan risiko mendapat HPV dan lelaki yang menggunakannya cenderung untuk tidak dijangkiti serta menjangkiti pasangannya.

Walau bagaimanapun, kondom masih tidak mampu mencegah semua jangkitan, penggunaan gel sperma mungkin membantu melindungi diri daripada HPV.

Sekiranya anda merasakan masih berisiko untuk mendapat jangkitan seksual, kunjungi doktor ataupun golongan profesional untuk menjalani ujian dan pemeriksaan.

Selain itu, jangan merokok! Risiko untuk mendapat kanser serviks meningkat seiring dengan tempoh masa seseorang wanita merokok dan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Kebiasaannya, sifilis banyak dikaitkan dengan lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa sifilis wanita juga wujud? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sifilis 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

Cendawan tiram kelabu dan spesies lain sesuai dijadikan snek sihat buat para lelaki. Ia boleh merendahkan risiko kanser prostat dan berupaya untuk...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Prostat 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

Selain rambut gugur, sebenarnya terdapat beberapa lagi kesan sampingan kemoterapi yang wujud. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pangkal rahim

Wanita, Jangan Lambat Bertindak! Ini Rawatan Kanser Pangkal Rahim Mengikut Tahap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
tanda kanser prostat

Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
kesihatan anak

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan