Adakah anda berasa serabut atau sedih sekitar waktu haid? Sesetengah wanita mendapati mereka mudah marah, menangis, atau campuran kedua-duanya, dek kerana perubahan mood.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Adakah anda berasa serabut atau sedih sekitar waktu haid? Sesetengah wanita mendapati mereka mudah marah, menangis, atau campuran kedua-duanya, dek kerana perubahan mood.
Menstruasi dan ovulasi menimbulkan perubahan hormon sepanjang bulan.
Turun naik hormon mampu memberi impak emosi yang ‘huru-hara’ selama beberapa minggu sebelum haid.
Untuk makluman, perkara ini selalunya merupakan sebahagian daripada sindrom pramenstruasi (PMS).
Sehingga 75% wanita mengalami simptom PMS pada tahap yang berbeza-beza, menjadikannya bersifat unik. Bukan setakat emosi, faktor fizikal juga boleh terkesan.
Oleh itu, jika anda berasa tertekan, cemas, mudah marah, atau menangis, lebih-lebih lagi dalam tempoh beberapa hari pertama haid, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian.
Boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalaminya, termasuklah mereka yang tidak mengalami simptom PMS lain.
Walau bagaimanapun, punca sebenar di sebalik emosi kesedihan dan PMS sebelum dan semasa haid anda masih tidak diketahui secara pasti.
Pun begitu, para pakar percaya penurunan estrogen dan progesteron, yang berlaku selepas ovulasi, adalah pemicunya.
Hormon-hormon ini mengurangkan pengeluaran serotonin, suatu bentuk neurotransmitter kimia.
Perubahan selera makan, craving makanan bergula atau tinggi karbohidrat adalah perkara biasa, terutamanya dalam kalangan wanita dengan PMS. Tapi, makanan ini boleh memberi kesan buruk kepada emosi perempuan ketika haid.
Menurut kajian tahun 1995, karbohidrat buat sementara waktu meningkatkan tahap serotonin.
Hal ini boleh menjadi jawapan mengapa anda cenderung mengidam makanan manis dalam cubaan untuk menenangkan diri.
Namun, perlu kalian tahu bahawa kesannya hanya sementara dan bahkan boleh menyebabkan perasaan tertekan kembali dengan lebih teruk.
Serotonin, lebih dikenali sebagai bahan kimia yang membuatkan kita berasa bahagia.
Ia bantu mengatur mood, selera makan, dan kemampuan anda untuk tidur nyenyak.
Apabila serotonin berapa pada tahap rendah, tidak mustahil perasaan sedih boleh terjadi, walaupun tiada apa pun yang berlaku kepada anda. Masuk akal bukan?
Ya, kualiti tidur juga mempengaruhi mood kita. Tahap serotonin yang rendah menyulitkan kalian untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, maka anda cenderung untuk kekurangan tidur, keletihan mental dan fizikal.
Tidak memperoleh rehat mencukupi berisiko menyebabkan emosi perempuan ketika haid bertambah celaru.
Malangnya, ia adalah kitaran yang ‘kejam’ dek perasaan sedih atau tertekan yang dialami berupaya mengganggu kesejahteraan diri.
Simptom-simptom PMS lain, seperti sakit dan kekembungan, mungkin membuatkan anda hanya ingin terlantar di atas katil sepanjang hari, apa lagi bersenam, kan?
Pun begitu, gaya hidup tidak aktif juga menyumbang kepada penurunan mood lantas menjejaskan emosi.
Oleh itu, walaupun anda dalam keadaaan yang kurang selesa, jangan terlampau melayan perasaan itu okey!
Kuatkan semangat, dan kekal produktif agar emosi perempuan ketika haid dapat diuruskan dengan baik.
Kalau hendak diikutkan, perubahan hormon yang dialami hingga menyebabkan perasaan sedih, marah malah menangis ketika haid akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.
Jika tidak, atau sekiranya perasaan sedih anda semakin meluap-luap, berbincanglah dengan doktor. Mereka mungkin boleh memberi ubat yang dapat membantu.
Ini termasuk pil perancang, seperti pil pencegah kehamilan. Kontraseptif akan menghentikan ovulasi dan turun naik hormon, lantas membuatkan wanita berasa lebih stabil.
Selain kontraseptif, anda juga mungkin diberikan ubat antidepresi, seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI).
Depresi yang ringan dan menangis seringkali hilang dengan perubahan diet atau gaya hidup sihat:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen