Tetapi, beliau tidak pasti sama ada kesukaran untuk tidur itu merupakan punca atau kesan tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan mereka.
Mengapa mereka yang kurang tidur mempunyai kadar kolesterol tinggi?
Sukar untuk menentukan hubungan sebenar di antara masalah tidur dan kadar kolesterol dalam badan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa penjelasan yang mungkin dapat menerangkan kaitan di antara dua perkara ini. Sebagai contoh:
1. Obesiti

Mereka yang obes selalunya mempunyai lemak berlebihan pada bahagian mulut atau tekak yang boleh menghalang pernafasan ketika tidur.
Perkara ini boleh menyebabkan individu tersebut mengalami apnea tidur, sejenis masalah tidur yang mengakibatkan pernafasan terhenti.
2. Hormon yang tidak seimbang
Leptin merupakan sejenis hormon yang dirembeskan oleh sel lemak dalam badan. Tujuan utamanya adalah untuk melakukan regulasi dan memberi isyarat kepada tubuh untuk berhenti apabila badan sudah menerima makanan yang mencukupi.
Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah tidur hilang sensitiviti terhadap bahan kimia ini.
Oleh sebab itu, mereka kerap makan dan berat badan mereka semakin bertambah. Akhirnya, mereka akan menghidap obesiti dan juga masalah sukar untuk tidur.
3. Diet yang tidak sihat
Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi selalunya mengamalkan diet yang tidak sihat
Jika mereka sanggup melakukan perubahan yang sihat dan mengurangkan lemak dan gula dalam makanan, mereka boleh tidur dengan lebih lena pada masa hadapan.
4. Kurang oksigen ketika tidur
Individu yang mengalami apnea tidur akan rasa sesak nafas atau nafas terhenti berkali-kali dalam satu malam. Perkara ini bukan sahaja tidak selesa, ia juga amat berbahaya.
Walaupun episod apnea tidur yang pesakit alami berdurasi pendek, ia masih boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kualiti hidup pesakit.
Baiki pola kurang tidur untuk turunkan kolesterol dalam badan

Orang dewasa sepatutnya mendapatkan tidur yang nyenyak 7 hingga 9 jam sehari. Walaupun kadar kolesterol dan tidur belum terbukti berkaitan antara satu sama lain, tidak rugi jika anda cuba mengawal diet untuk tidur yang lebih nyenyak.
Jika anda mempunyai masalah tidur atau kolesterol tinggi, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, tidak kiralah jika ia berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak.
Selain itu, cuba kurangkan amalan yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan segera.
Lakukan senaman dan cuba makan makanan yang kaya dengan serat untuk bantu anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen