Apakah sebenarnya ciri ciri wanita sihat? Adakah ia terletak pada wajah yang cantik, badan yang mengiurkan atau mental yang kuat?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah sebenarnya ciri ciri wanita sihat? Adakah ia terletak pada wajah yang cantik, badan yang mengiurkan atau mental yang kuat?
Sempena Hari Wanita Sedunia #IWD2022, kami galakkan kaum Hawa untuk #StandStrong dan pupuk kesihatan fizikal, mental serta emosi yang lebih baik.
Bagaimana caranya? Teruskan membaca artikel ini.
Kita tidak dapat mengukur kesihatan mental seperti mana kita mengukur kesihatan fizikal.
Namun, tidak dapat dinafikan, wanita yang lebih kuat dari segi fizikal, emosi dan mental selalunya lebih cekal dalam menghadapi cabaran hidup.
Kesihatan kita bergantung pada banyak faktor seperti stres, hormon, usia, diet, senaman dan sebagainya.
Untuk menjalani hidup yang lebih gembira serta mengatasi stres dalam kehidupan seharian, penting untuk kita menjaga kesihatan mental masing-masing.
Pada zaman kini, kita sering dimomokkan mengenai tubuh badan yang perfect dan wajah yang cantik di media sosial dan di kaca televisyen. Rasa macam terlalu ramai yang cantik dan mempunyai bentuk badan tip top di luar sana!
Tipulah jika kita tidak rasa resah atau rendah diri mengenai rupa paras serta penampilan diri.
Benar, salah satu ciri ciri wanita sihat adalah mempunyai badan yang kurus dan perut yang ramping. Namun, itu tidak bermaksud mereka mempunyai badan yang sihat!
Malah, definisi sebenar kesihatan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) langsung tidak menyentuh tentang rupa paras seseorang.
Menurut pertubuhan ini, kesihatan merangkumi keadaan fizikal, mental serta sosial seseorang.
Antara ciri ciri wanita sihat ialah anda makan dengan mencukupi. Selain itu, diet anda juga pelbagai dan lengkap dengan campuran buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan serat.
Inginkan tubuh dan emosi yang sihat? Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Ramai wanita di luar sana yang lupa mengamalkan tabiat makan ini. Jangan seksa diri dan berlapar terlalu lama. Tak baik untuk kesihatan!
Jika anda boleh naik tangga sebanyak 2 tingkat tanpa rasa penat atau tercungap-cungap, ini menandakan kesihatan fizikal anda berada pada tahap yang baik!
Menurut Dr. Cindy Geyer, Ahli True Health Initiate dalam temu bualnya bersama Insider, keupayaan anda untuk naik tangga sebanyak 2 tingkat menandakan badan anda mampu melakukan aktiviti berintensiti tinggi – satu tanda badan anda sihat dan cergas!
Satu lagi ciri ciri wanita dengan fizikal yang sihat ialah anda boleh lakukan aktiviti yang disukai tanpa rasa penat.
Boleh berjalan sepanjang hari di pusat membeli-belah? Ada masa untuk berjoging atau bersukan bersama kawan-kawan pada hujung minggu?
Tahniah, ini merupakan tanda badan wanita sihat dan cergas! Malah, kemampuan anda untuk bersosial juga berada pada tahap yang memuaskan.
Baca juga:
Menguruskan stres bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah, ia boleh ditangani jika wanita fokus pada 6 cabang kehidupan iaitu fizikal, emosi, mental, pekerjaan, sosial dan spiritual.
Dengan tumpuan pada 6 cabang ini, wanita dapat mencari keseimbangan dalam hidup.
Malah, anda juga boleh mengenali potensi diri serta kelemahan masing-masing. Inilah masanya untuk kenal pasti bahagian mana yang boleh diperbaiki.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi seorang wanita yang cekal dari segi mental? Sebagai panduan, cuba lakukan perkara di bawah:
Kaum Hawa, tidak mustahil untuk wanita sihat secara fizikal, mental dan emosi!
Mulai tahun ini, cuba lakukan perkara yang kami cadangkan di atas untuk berubah dan bentuk diri menjadi ciri ciri wanita yang kuat dan cekal.
Jangan lupa, kesihatan fizikal dan mental selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Sebab itulah, anda perlu jaga kedua-duanya untuk mendapatkan badan yang sihat.
Namun, jika anda rasa tidak sihat dan mengalami simptom-simptom tertentu, berjumpalah pakar untuk pemeriksaan lanjut. Berjumpa doktor juga merupakan satu jenis self-care yang perlu wanita amalkan.
Jangan biarkan diri anda sakit dalam tempoh masa yang panjang. Dapatkan nasihat serta pendapat pakar mengenai kesihatan anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen