backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apakah Penyebab Insomnia?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    Apakah Penyebab Insomnia?

    Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi.

    Oleh itu, mari kita fahami apa itu punca-punca terjadinya masalah insomnia? Mari kita selidik melalui artikel di bawah.

    Tekanan dan kebimbangan

    tekanan

    Insomnia boleh muncul apabila anda mengalami tekanan. Masalah di tempat kerja atau sekolah dan kebimbangan tentang pekerjaan, kesihatan, kewangan, keluarga, rakan, atau hubungan boleh menjejaskan tidur anda.

    Penyakit yang dihidapi atau kematian orang tersayang atau mungkin isu yang melanda perkahwinan anda – antara isu dan masalah yang membuatkan otak anda bekerja pada waktu malam walaupun anda sedang berbaring di tempat tidur anda.

    Dan apabila otak tidak dapat berehat, tidur adalah satu perkara yang mustahil dan menjadi punca insomnia.

    Lebih memburukkan keadaan, masalah tidak mendapat tidur yang berkualiti boleh berterusan walaupun selepas masalah anda berlalu.

    Perjalanan atau jadual kerja

    Circadian rhythm mengawal kitaran bangun-tidur anda, membolehkan anda tidur dan bangun.

    Sesetengah masalah boleh mengganggu fungsi ini, yang menyebabkan insomnia.

    Sebagai contoh, anda melancong melalui pelbagai zon masa yang berbeza, dan anda mengalami jet lag yang teruk; anda bekerja hingga lewat malam atau anda memulakan kerja terlalu awal.

    Disebabkan itu, adalah penting untuk merangka jadual waktu kerja yang sihat dan mengambil langkah untuk melegakan simptom jet lag.

    Oleh itu, perbanyakan minum air.

    Tabiat pemakanan

    Minum kopi, teh, teh susu atau minuman tenaga pada waktu petang; atau makan terlalu banyak pada lewat makan boleh menimbulkan masalah untuk tidur.

    Mengapa? Kafein boleh menyebabkan anda berjaga. Amalkan snek ringan sebelum tidur kerana jika anda makan terlalu banyak, ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa apabila anda berbaring.

    Persekitaran tidur yang tidak selesa

    Persekitaran yang tidak selesa juga boleh menyumbang kepada punca insomnia.

    Katil atau bantal yang tidak selesa, mahupun bilik yang terlalu panas, sejuk, bising dan cerah juga boleh membuatkan anda sukar tidur.

    Oleh itu, cuba ubah keadaan dan persekitaran tidur anda jika boleh. Tutup lampu, beli katil lain, tambahkan selimut lain, atau mungkin hidupkan penyaman udara.

    Masalah kesihatan

    Sesetengah masalah kesihatan boleh menyebabkan insomnia, seperti:

    • Masalah kesihatan mental seperti tekanan, gangguan bipolar, gangguan panik, gangguan tekanan pasca trauma, atau skizofren.
    • Masalah kesihatan fizikal seperti penyakit kronik, penyakit jantung, kanser, penyakit pulmonari obstruktif kronik  (COPD), diabetes, tiroid yang terlalu aktif, arthritis, asma, penyakit parkinson, penyakit alzheimer, dengkuran, tidur berjalan, dan tidur apnea.

    Ubat-ubatan

    makan ubat

    Ubat yang anda ambil mungkin mendatangkan kesan sampingan, termasuk insomnia.

    Ubat-ubatan ini termasuk jenis antidepresen tertentu, ubat untuk tekanan darah tinggi, ubat sakit, ubat alergi, produk penurunan berat badan, ubat-ubatan untuk merawat asma, dan ubat perangsang yang digunakan untuk merawat gangguan hiperaktif (ADHD) atau narcolepsy.

    Usia

    Apabila meningkat usia, akan berlaku perubahan pada tubuh. Dan masalah insomnia menjadi satu perkara biasa.

    Perkara yang berlaku di sekitar anda boleh membuatkan anda lebih mudah terjaga.

    Anda juga akan cenderung menjadi tidak aktif apabila sudah meningkat usia. Kekurangan aktiviti boleh menyumbang kepada kurang tidur, dan boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik yang lain.

    Insomnia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi tidur anda.

    Beberapa faktor dalam hidup anda boleh menyebabkan berlakunya masalah ini, termasuk rutin harian, masalah kesihatan dan ubatan. Jika anda tidak dapat mengendalikan situasi ini, dapatkan bantuan profesional.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan