Anda kerap alami kitaran mentruasi yang tidak menentu? Haid pernah berlarutan hingga sebulan? Ini bukan darah haid biasa, ia tanda darah istihadah!
Darah istihadah merujuk kepada pendarahan rahim abnormal seperti pendarahan faraj di luar waktu kitaran haid yang normal, atau pendarahan yang berpanjangan.
Bukan itu sahaja, darah istihadah juga merangkumi darah nifas, yang turut dikenali lochia selepas bersalin.
Untuk makluman, aliran haid yang normal biasanya berlangsung sekitar 5 hari dan berlaku setiap 21 hingga 35 hari.
Sekiranya terlintas di minda soalan-soalan berbunyi seperti; “Bagaimana kondisi ini boleh terjadi?” atau “Bolehkah saya bersama suami ketika istihadhah?”
Maka, anda harus ikuti kupasan ini sampai ke penghujung untuk menjawab kesemua persoalan yang bermain di fikiran!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Simptom-simptom
Tanda pendarahan rahim abnormal adalah berbeza-beza. Antara indikasi istihadhah, termasuk:
- Tempoh haid yang panjang
- Kitaran haid yang tidak konsisten
- Pendarahan yang berlaku dan tamat dalam masa 24 jam. Pendarahan yang berlaku kurang daripada 15 hari selepas tamat haid sebelumnya
Doktor juga akan bertanya beberapa soalan semasa mendiagnosis darah istihadah, antaranya:
- Berapa kerap anda datang haid?
- Berapa lama ia berlangsung?
- Adakah anda alami pendarahan berat?
- Pernahkah alami spotting antara haid?
- Pernahkah mengalami pendarahan selepas bersetubuh?
Darah istihadah, apa puncanya?
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab di sebalik pendarahan rahim yang tidak normal:
#1 Perubahan hormon
Masalah hormon adalah antara kondisi yang kerap menjadi punca darah istihadah.
Apabila salah satu ovari melepaskan telur (ovulasi), hormon tertentu akan memberi signal kepada badan untuk ‘berkumpul’ dan kemudian menyingkirkan lapisan rahim (endometrium).
Remaja dan wanita yang menghampiri usia menopaus adalah golongan yang kerap mengalami masalah pengumpulan endometrium berlebihan, menyebabkan hair tidak teratur, pendarahan berat atau spotting.
Hormon badan juga boleh terganggu dengan:
- Pengambilan pil pencegah kehamilan
- Penurunan atau kenaikan berat badan yang mendadak
- Tekanan emosi atau fizikal
- Penggunaan peranti intrauterin (IUD)
- Mempunyai sindrom ovari polisistik (PCOS)
Penyebab darah istihadah #2 Masalah rahim
Sebab lain yang mungkin menyebabkan pendarahan faraj yang abnormal adalah masalah berkaitan fizikal rahim anda.
Tahukah anda, berjuta-juta wanita mempunyai fibroid (sejenis tumor bukan kanser yang tumbuh di otot-otot dinding rahim)?
Selain fibroid, polip juga merupakan sejenis pertumbuhan lain yang boleh terbentuk di lapisan rahim!
Kondisi seperti endometriosis juga boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal.
Ia terjadi apabila tisu di bahagian dalam rahim (endometrium), tumbuh di luar rahim anda.
#3 Masalah kesihatan lain
Hal ini mungkin lebih jarang berlaku, tetapi pendarahan rahim yang abnormal juga boleh berlaku akibat:
- Penyakit kelamin
- Kanser serviks, endometrium, atau barah rahim
- Jangkitan serviks atau endometrium
- Penyakit yang menjejaskan buah pinggang, hati, tiroid, atau kelenjar adrenal
Wanita dengan darah istihadah boleh bersama suami atau tidak?
Bagi menjawab persoalan sama ada wanita yang dalam darah istihadah boleh bersama suami atau sebaliknya, jawapan ringkasnya adalah, ya!
Menurut laman sesawang rasmi Mufti Persekutuan, istihadah menurut syarak membawa maksud darah yang keluar daripada hujung urat bawah rahim, selepas tempoh maksimum haid atau darah nifas.
Oleh itu, ia tidak dikategorikan sebagai darah haid (yang haram disetubuhi). Maka wanita yang mengalami darah istihadah boleh bersama suami, kerana hukumnya adalah sama seperti wanita yang dalam keadaan suci (tidak haid).
Sekarang, mari kita lanjut ke diagnosis dan opsyen rawatan yang ada!
Diagnosis & rawatan untuk darah nifas
Jika anda disyaki mengalami darah istihadah, doktor mungkin akan melakukan ujian fizikal, termasuk:
Rawatan akan bergantung kepada penyebab pendarahan dan sama ada anda merancang untuk mempunyai anak atau sebaliknya.
Sekiranya anda menghampiri usia menopaus, doktor mungkin mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ terlebih dahulu kerana gejala dihadapi berpotensi sembuh dengan sendiri.
Ubat-ubatan menjadi antara pilihan pertama yang dicuba oleh doktor. Ia merangkumi:
- Tranexamic acid: Pil ini membantu dengan masalah pembekuan darah dan dapat mengawal pendarahan rahim yang berat.
- IUD: Bagi sesetengah wanita, IUD yang melepaskan hormon progestin dapat menghentikan pendarahan berat.
- Hormon: Pil pencegah kehamilan dan rawatan hormon lain mungkin dapat menghasilkan kitaran haid yang lebih teratur dan ringan.
- Gonadotropin-releasing hormone agonists (GnRHa): Ubat ini menghentikan badan daripada menghasilkan hormon tertentu. Ia juga boleh mengecutkan fibroid untuk sementara waktu, tapi kerap digunakan bersama rawatan lain.
- NSAID: Sekiranya anda mengambil ubat antiradang seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum haid bermula, ia akan dapat bantu meringankan pendarahan.
Kadangkala pembedahan mungkin diperlukan untuk menghentikan pendarahan:
- Myomectomy atau embolisasi arteri rahim: Jika anda mempunyai fibroid, doktor mungkin akan mengeluarkannya atau memotong saluran yang membekalkan darah
- Endometrial ablation: Prosedur ini menggunakan haba, sejuk, elektrik, atau laser untuk menghancurkan lapisan rahim. Ini mungkin bakal menamatkan haid anda sepenuhnya! Anda juga mungkin tidak akan dapat hamil pascaprosedur. Selain itu, kalian perlu menggunakan alat pencegah kehamilan sehingga menopaus
- Histerektomi: Anda bakal memerlukan histerektomi jika fibroid dimiliki berukuran sangat besar ataupun jika anda mempunyai barah endometrium atau rahim. Ia juga menjadi pilihan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berjaya
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]