home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pantang Larang Pesakit Tiroid, Ikut Saranan Ini Sebelum Bersenam @ Makan!

Pantang Larang Pesakit Tiroid, Ikut Saranan Ini Sebelum Bersenam @ Makan!

Sekiranya anda mempunyai penyakit tiroid, sudah bukan menjadi rahsia lagi senaman dan diet yang sihat dapat membantu menguruskan gejala dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Pun begitu, harus anda faham bahawa pesakit dengan masalah tiroid yang tidak terkawal mempunyai risiko yang berbahaya untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau pengamalan diet tertentu.

Justeru, jika anda ingin mengetahui apakah risiko-risiko yang harus difahami terutamanya bagi pesakit tiroid, teruskan membaca sampai ke penghujung ya!

Sebelum itu, mari kenali terlebih dahulu punca penyakit ini yang disebabkan oleh fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal iaitu, hipertiroidisme dan hipotiroidisme.

Hipertiroidisme & hipotiroidisme

  • Hipertiroidisme

Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan.

Hipertiroidisme, atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif, berlaku apabila kelenjar tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.

Ini boleh mengakibatkan banyak gejala, termasuk keletihan, insomnia, penurunan berat badan yang tidak disengajakan, degupan jantung yang cepat, dan banyak lagi.

Bagi mereka dengan penyakit hipertiroidisme, biasanya disebabkan oleh penyakit Grave (gangguan autoimun), senaman akan memanaskan badan dengan cara yang berbahaya.

Ini kerana, menurut ahli endokrinologi, pesakit dengan kondisi ini sudah pun dalam keadaan seolah-olah berlari di atas treadmill sepanjang masa, walaupun dalam keadaan tidur.

Justeru, senaman yang berat atau berlebihan boleh menyebabkan pesakit mengalami kegagalan jantung jika hormon tiroidnya tidak terkawal.

masalah tiroid semasa hamil

  • Hipotiroidisme

Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis).

Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif.

Pengeluaran hormon tiroid berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.

Pesakit dengan hipotiroidisme, biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun penyakit Hashimoto juga harus berhati-hati.

Tiroid yang tidak aktif mampu menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan, berisiko membuat jantung pesakit ‘terkejut’ apabila bersenam.

Oleh sebab itu, pakar menasihatkan pesakit dengan hipotiroidisme untuk tidak melakukan senaman selama beberapa minggu sehingga keadaan mereka kembali terkawal.

Berhati-hatilah dengan diet ‘mesra tiroid’

Malangnya, begitu banyak maklumat salah mengenai makanan dan suplemen yang menyatakan dapat meredakan simptom-simptom gangguan tiroid. Sebagai contoh:

  • Kekurangan iodin

Kekurangan iodin adalah penyebab utama hipotiroidisme tetapi kebanyakan diet mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

Maka, pesakit harus berhati-hati dalam mengelakkan pengambilan makanan tambahan atau hidangan dengan kandungan iodin yang tinggi seperti kelp untuk menjaga keseimbangan tiroid mereka.

  • Soya

Soya dapat menjadi sumber yang sihat untuk diet sesiapa sahaja, tetapi persoalannya adalah berapa banyak?

Apabila soya diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hari, ia mampu menimbulkan komplikasi hipotiroidisme terhadap seseorang yang menderita penyakit Hashimoto. Ia juga boleh mempengaruhi proses penyerapan hormon tiroid.

Justeru, apa sahaja persoalan berkenaan kondisi tiroid sama ada simptom atau diet, haruslah dirujuk kepada doktor atau pakar terlebih dahulu, supaya sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Selain diet, bolehkah pesakit bersenam?

penawar darah tinggi

Apabila penyakit tiroid seseorang pesakit berjaya dikawal kembali dengan penggunaan ubat-ubatan, aktiviti senaman boleh dilakukan dan mampu membantu proses penyembuhan secara menyeluruh.

Mereka dengan masalah hipotiroidisme misalnya, sering mengalami masalah keletihan dan kenaikan berat badan akibat penggunaan ubat tiroid.

Senaman bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap tenaga malah mengawal berat badan.

Apabila anda mengalami penyakit tiroid, senaman mempunyai banyak manfaat yang tidak hanya mempengaruhi kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi dapat membantu melegakan beberapa gejala dimiliki. Contohnya:

  • Meningkatkan tahap tenaga: Sekiranya anda mempunyai tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme), anda mungkin sering merasa letih, tetapi senaman yang kerap akan dapat mengatasi masalah tersebut
  • Memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak dan lebih baik: Apabila tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon (hipertiroidisme), tidur anda mungkin terganggu, mengakibatkan tidur yang kurang lena dan tidak berkualiti. Justeru, bersenam mampu membantu dengan menghasilkan tidur malam yang nyenyak
  • Meningkatkan mood: Depresi adalah antara masalah mental dan emosi yang sering berlaku terhadap pesakit dengan gangguan tiroid, terutamanya hipotiroidisme. Maka, senaman dapat membantu dengan merembeskan hormon ‘bahagia’ (endorfin) dan secara langsung membuat anda berasa lebih sihat
  • Meningkatkan ketumpatan tulang: Kehilangan ketumpatan tulang boleh berlaku dengan penyakit hipertiroidisme, tetapi kajian menunjukkan bahawa senaman dapat membantu untuk mendapatkan kembali kehilangan tersebut
  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan: Apabila anda mempunyai hipotiroidisme, metabolisme mula merosot, menyebabkan penambahan berat badan. Bersenam boleh menjadi ‘alat’ bantuan lain di samping ubat tiroid, untuk membantu menyokong metabolisme yang sihat dengan membakar kalori dan mengembangkan otot, yang seterusnya menyingkirkan lemak berlebihan

Kesimpulannya, pesakit tiroid harus mengetahui pantang larang diet dan senaman bagi menyesuaikan kondisi kesihatan mereka.

Pun begitu, setiap pesakit disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal dan juga regim diet yang ingin diamalkan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://health.clevelandclinic.org/uncontrolled-thyroid-exercise-diet-risks/
  2. https://www.btf-thyroid.org/thyroid-and-diet-factsheet
  3. https://www.btf-thyroid.org/coping-with-exercise
  4. https://familydoctor.org/condition/hyperthyroidism/
  5. https://nutritionguide.pcrm.org/nutritionguide/view/Nutrition_Guide_for_Clinicians/1342022/all/Thyroid_Cancer
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 08/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x