Baru-baru ini, Persatuan Kanser Amerika (ACS) telah mengeluarkan panduan terkini berkaitan dengan keberkesanan saringan virus human papiloma (HPV) dalam mengesan kanser serviks. Umumnya, kita tahu kanser itu boleh disaring melalui ujian pap smear.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Baru-baru ini, Persatuan Kanser Amerika (ACS) telah mengeluarkan panduan terkini berkaitan dengan keberkesanan saringan virus human papiloma (HPV) dalam mengesan kanser serviks. Umumnya, kita tahu kanser itu boleh disaring melalui ujian pap smear.
Namun kini, ia tidak lagi dianggap sebagai satu kaedah yang sesuai.
Rumusan tersebut dibuat berdasarkan kepada dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Menurut kajian tersebut, kira-kira 60 peratus wanita tidak membuat pemeriksaan pap smear sejak 3 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, timbul persoalan berkaitan dengan ketepatan diagnosis jangkitan HPV dan risiko untuk mendapat kanser serviks.
Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, baca artikel ini.
Aspek kewangan tidak sesekali menjadi isu dalam menjalani ujian pap smear.
Anggaran kos adalah sekitar RM40 hingga RM80 (berbeza mengikut klinik) dan ia hanya perlu dibuat tiga tahun sekali (atau seperti yang diarahkan oleh doktor).
Isu utama kepada peningkatan jumlah wanita yang tidak membuat ujian tersebut mempunyai kaitan dengan prosedur itu sendiri.
Berbeza dengan ujian HPV yang hanya melibatkan prosedur pengambilan swab, dalam pap smear, doktor perlu melihat dan mengutip sampel serviks untuk dihantar ke makmal.
Perkara ini membuatkan individu wanita ragu-ragu untuk tampil dan membuat ujian.
Seperti yang pembaca sedia maklum, ujian saringan penting bagi mengesan kanser pada peringkat awal.
Rawatan boleh diberikan secepat mungkin dan pesakit akan mempunyai peluang hidup yang lebih tinggi.
Namun, perkara tersebut tidak akan berlaku sekiranya prosedur saringan menjadi halangan kepada diagnosis kanser.
Melihat kepada keperluan ini, ujian HPV telah disarankan dan ia boleh dilakukan pada kekerapan 5 tahun sekali tanpa pemeriksaan pap smear.
Umur minimum bagi mereka yang perlu menjalani ujian juga telah dinaikkan kepada 25 tahun.
Ujian tersebut perlu dibuat sehinggalah wanita itu mencecah usia 65 tahun.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC), jangkitan oleh virus HPV merupakan jangkitan kelamin terlazim.
Oleh sebab itulah setiap pasangan (lelaki atau wanita) perlu memahami apa itu HPV dan bagaimana ia boleh mengancam nyawa penghidap.
Virus ini boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit.
Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih daripada 100 sub jenis HPV dan lebih daripada 40 daripadanya boleh disebarkan melalui hubungan seks.
Walau bagaimanapun, majoriti kes jangkitan pulih dengan sendirinya. Pun begitu, sub jenis tertentu boleh menyebabkan terjadinya masalah kutil kemaluan dan kanser.
Oleh sebab virus ini kebiasaannya tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit, seseorang itu tidak perlu melakukan hubungan seks pun untuk mendapat jangkitan.
Ia boleh berlaku dalam diam (tanpa simptom) dan secara amnya, ia memberikan risiko kesihatan yang lebih kepada wanita berbanding lelaki.
Rasional pertukaran saranan daripada pemeriksaan pap smear kepada ujian HPV bersandarkan kepada fakta yang menunjukkan HPV merupakan punca utama berlakunya kanser serviks.
Peranannya dalam mengubah integriti sel serviks kepada sesuatu yang bersifat kanser telah dibuktikan melalui banyak kajian lepas.
Oleh sebab itulah rekomendasi bagi membuat saringan HPV dilihat sebagai langkah yang relevan.
Apa yang lebih menarik lagi adalah perubahan pada teknik saringan ini dianggarkan boleh meningkatkan kadar pengurangan insiden kanser serviks sebanyak 13%.
Kematian akibat kanser serviks juga boleh dikurangkan 7% lebih daripada pelaksanaan protokol saringan terdahulu.
Bukan sahaja suami, keluarga juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kanser serviks dapat dibendung.
Berbeza dengan prosedur pap smear, anda boleh melakukan swab tersebut sendiri.
Anda akan diberikan peranti calitan yang kemudiannya perlu diserahkan semula kepada petugas kesihatan untuk ujian analisis menggunakan kaedah polimerase transkripsi terbalik (RT-PCR).
Setakat ini, pelaksanaan ujian ini telah dijalankan di empat buah lokaliti perintis seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan dan Kedah.
98% wanita yang menjalani ujian tersebut berupaya untuk mengambil sampel yang diperlukan dengan sendirinya.
Melihat kepada respons positif yang diberikan terhadap prosedur ini, projek ini akan dikembangkan lagi.
Sebagai pasangan yang bertanggungjawab, anda perlu menggalakkan pasangan anda untuk menjalani ujian HPV.
Bagaimana pula dengan lelaki? Bukankah lelaki turut mempunyai risiko jangkitan HPV?
Benar, namun buat masa sekarang, tiada lagi prosedur saringan yang telah disahkan berkesan bagi mendiagnosis jangkitan HPV dalam kalangan lelaki.
Penting bagi setiap individu untuk memahami apa itu HPV dan mengapa ia perlu didiagnosis awal.
Memandangkan jangkitan ini mudah tersebar melalui sentuhan dan tidak menunjukkan simptom, mana-mana individu pun berisiko untuk dijangkiti.
Saranan yang bakal dikemukakan menjelang tahun 2023 adalah ujian virus HPV perlu dilakukan pada kekerapan 5 tahun sekali tanpa prosedur pap smear.
Mari bersama-sama kita lihat sama ada prosedur ini berkesan dalam mencegah berlakunya kanser serviks.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen