home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ada 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

Oh, Baru Tahu! Selain Bersalin Normal & Czer, Ada 3 Lagi Kaedah Bersalin Natural

Kita selalu mendengar teknik melahirkan anak secara normal atau caesarean. Tetapi sebenarnya ada banyak kaedah bersalin semula jadi yang jarang kita ketahui.

Teknik melahirkan anak

Sememangnya di Malaysia, kaedah bersalin melalui faraj atau melalui prosedur pembedahan Caesarean adalah 2 teknik melahirkan anak paling biasa.

Kaedah bersalin semula jadi agak kurang digunapakai dan diamalkan di negara ini. Tetapi keadaannya adalah berbeza di negara luar.

Masih ramai ibu hamil yang memilih untuk bersalin dengan menggunakan teknik kelahiran semula jadi.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan kaedah bersalin secara semula jadi ini, bukan?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Teknik melahirkan anak secara semula jadi

Umumnya, terdapat pelbagai jenis kaedah bersalin secara semula jadi ini, seperti:

  • Kelahiran di rumah
  • Teknik Lamaze
  • Kaedah Bradley
  • Kelahiran air (water birth)
  • Hypnobirthing
  • Teknik Alexander

kaedah bersalin semula jadi

Namun, 3 kaedah kelahiran di bawah adalah yang paling kerap menjadi pilihan.

Teknik Lamaze

Dibangunkan oleh Pakar Obstetrik Perancis, Ferdinand Lamaze pada awal 1950-an. Teknik ini merupakan antara kaedah bersalin paling biasa diamalkan di Amerika Syarikat.

Teknik ini tidak menyokong atau mencegah sebarang penggunaan ubat-ubatan atau campur tangan perubatan moden semasa rutin bersalin dan melahirkan.

Sebaliknya, ibu hamil yang memilih teknik melahirkan anak ini diberikan kebebasan terhadap pilihan dan keputusan mereka berkaitan proses bersalin dan melahirkan anak.

Antara intipati dalam teknik ini adalah untuk membina keyakinan diri bagi ibu yang mengandung atau membincangkan cara menjadikan proses kelahiran bayi mudah dan selamat.

Dalam kelas teknik Lamaze ini, ibu perlu mengikuti sekurang-kurangnya tempoh 12 jam pembelajaran. Antara pengetahuan yang akan dikongsikan dalam kelas adalah berkaitan:

  • Bersalin normal, kelahiran dan penjagaan awal selepas bersalin
  • Posisi berbeza untuk ibu bersalin waktu melahirkan anak
  • Teknik urutan dan relaksasi bagi meredakan kesakitan
  • Teknik pernafasan ketika bersalin
  • Pengamalan teknik relaksasi dengan menggunakan titik fokus dalaman dan luaran
  • Sokongan semasa bersalin
  • Kemahiran berkomunikasi berkesan
  • Prosedur perubatan
  • Penyusuan bayi
  • Pilihan gaya hidup sihat

Kaedah bersalin semula jadi Lamaze ini bertujuan membantu pasangan untuk rasa lebih yakin dalam proses kelahiran.

Ia memfokuskan pada teknik pengurusan kesakitan, seperti bernafas dan urutan, bagi membantu proses kelahiran serta berfungsi sebagai pengurusan kesakitan semula jadi.

Kaedah Bradley

Dicipta pada tahun 1947 oleh Dr Robert Bradley dengan idea untuk membolehkan wanita hamil bersalin tanpa pengambilan sebarang ubatan dan hanya dengan kehadiran pasangan di sisi untuk memberikan sokongan.

Ia dianggap sebagai kaedah bersalin semula jadi radikal dan revolusioner. Kaedah ini juga dikenali sebagai kelahiran semula jadi yang dilatih oleh suami (husband-coached natural birth).

Ia akan mempersiapkan ibu untuk melahirkan tanpa penggunaan ubat tahan sakit serta memastikan si ayah untuk menjadi jurulatih kelahiran ibu.

Walaupun kaedah ini mempersiapkan anda untuk kelahiran anak tanpa sebarang ubat, ia juga memastikan anda bersedia dengan situasi yang tidak terjangka, seperti pembedahan C-Sec kecemasan.

teknik-melahirkan-anak-secara-semula-jadi

Dalam kelas kaedah Bradley ini, akan dibahagikan kepada 12 sesi yang merangkumi:

Teknik melahirkan anak Bradley ini sangat memfokuskan kepada proses bersalin dan kelahiran anak secara semula jadi.

Selagi anda mempunyai individu untuk menyokong anda, sama ada lelaki atau wanita, rakan baik mahupun ahli keluarga, kaedah Bradley boleh dilakukan.

HypnoBirthing

Turut dikenali sebagai kaedah Mogan, ia dianggap sebagai kaedah ‘asli’ dan melibatkan 5 kelas dengan setiap satunya selama 2 ½ jam.

Merupakan pendekatan pendidikan melahirkan anak yang santai dilengkapi dengan teknik self-hypnosis.

Tenaga pengajar akan menekankan aspek kehamilan dan kelahiran anak, juga tentang keibubapaan prakelahiran dan kesedaran tentang bayi yang bakal dilahirkan.

Idea utama kaedah bersalin secara semula jadi ini adalah untuk menyatakan kesakitan teruk tidak semestinya menjadi sebahagian daripada proses bersalin jika si ibu berada dalam keadaan tenang.

Perbandingan 3 kaedah bersalin semula jadi

teknik-melahirkan-anak-secara-semula-jadi

Teknik Lamaze, kaedah Bradley atau HypnoBirthing bertujuan memberikan ibu bapa pengalaman bersalin positif, walaupun ketiga-tiganya menumpukan cara pernafasan dan teknik relaksasi berbeza.

Kaedah Bradley dikatakan lebih komprehensif daripada HynoBirthing merangkumi penjagaan semasa kehamilan, ketika melahirkan anak dan selepas bersalin.

Teknik melahirkan anak HypnoBirthing hanya memfokuskan tentang menghilangkan ketakutan melalui relaksasi dan hipnosis. Ia tidak mengandungi banyak maklumat berkaitan komplikasi semasa kehamilan atau proses kelahiran.

Manakala teknik Lamaze dan kaedah Bradley tidak menyatakan melahirkan anak sebagai proses tidak menyakitkan.

Ia lebih menumpukan kepada memperkasakan dan memberi pilihan kepada pasangan untuk menghilangkan kesakitan secara semula jadi.

Perbandingan lain? Teknik Lamaze dan kaedah Bradley memerlukan pasangan atau jurulatih sebagai kunci utama.

Sebaliknya, HypnoBirthing menggalakkan sokongan individu lain tetapi wanita hamil boleh melakukannya sendirian.

Proses melahirkan anak

Tidak kira kaedah apa yang anda pilih, pada akhirnya tahap keselamatan ibu dan bayi yang dilahirkan harus menjadi keutamaan.

Dapatkanlah pemeriksaan dan rundingan doktor untuk mengetahui prosedur melahirkan anak yang selamat untuk anda.

 

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 06/10/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x