Adakah ia benar atau mitos semata-mata? Menurut pakar, sperma sememangnya adalah perenang yang baik. Namun, bukan pada kawasan di luar tubuh badan manusia. Ini menunjukkan jika ada air mani lelaki yang dikeluarkan di kolam renang, sperma berkenaan tidak akan mampu berenang ke dalam faraj dan seterusnya rahim wanita. Konklusinya di sini adalah cerita ini hanya mitos semata-mata dan tidak wajar untuk ditularkan.
Kini, terdapat banyak cerita berkenaan kondisi kesihatan tersebar melalui internet tanpa pengesahan pakar perubatan terlebih dahulu. Sebaiknya, kita sebagai individu perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi agar kita tidak mudah percaya atau terpedaya dengan pelbagai cerita-cerita yang tular tanpa usul periksa. Pihak yang berkenaan juga perlu memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai perkara ini.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen