Menopaus adalah fasa normal dalam setiap kehidupan wanita. Apabil tiba pada satu peringkat, wanita akan melalui tempoh menopaus. Walau bagaimanapun, adakah boleh seseorang wanita itu hamil semasa atau selepas tempoh menopaus?
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Menopaus adalah fasa normal dalam setiap kehidupan wanita. Apabil tiba pada satu peringkat, wanita akan melalui tempoh menopaus. Walau bagaimanapun, adakah boleh seseorang wanita itu hamil semasa atau selepas tempoh menopaus?
Menopaus ialah masa apabila tempoh terakhir haid anda berakhir. Menopaus selalunya terbahagi kepada tiga peringkat: perimenopaus, menopaus, dan postmenopausal. Anda mungkin akan mengalami beberapa perubahan dalam tubuh sebelum dan selepas anda menopaus. Perubahan ini termasuklah:
Haid anda mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Ia boleh jadi berpanjangan ataupun pendek berbanding haid biasa anda. Bahkan, kitaran darah juga akan jadi lebih banyak atau berkurangan. Perubahan-perubahan ini adalah normal. Pun begitu, jika anda melihat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis penuh:
Ramai wanita yang mengalami rasa panas dalam badan, yang mana gejala ini boleh berpanjangan sehingga beberapa tahun selepas menopaus. Panas badan adalah rasa hangat yang dialami secara tiba-tiba pada bahagian atas tubuh wanita. Muka dan leher anda rasa membahang dan tompok-tompok merah kelihatan pada dada, belakang badan, dan lengan. Ini termasuklah peluh yang banyak dan menggeletar. Biasanya, panas badan berlaku antara 30 saat hingga 10 minit. Dan, ia juga mungkin sederhana sehinggakan anda tidak sedar yang anda mengalaminya, ataupun ia akan rasa kuat sehingga boleh mengejutkan anda dari tidur (berpeluh malam).
Selepas anda putus haid, hormon dalam tubuh anda akan mula stabil pada paras rendah. Jika doktor anda mendiagnosis anda berada pada peringkat postmenopausal, anda tidak akan boleh hamil lagi. Alasannya adalah kerana ovari anda tidak lagi mempunyai sebarang telur yang boleh dibebaskan dan disenyawakan oleh sperma. Oleh itu, anda tidak lagi perlu risau tentang penggunaan kontrasepsi atau memakai perlindungan semasa melakukan hubungan intim.
Sebaliknya, jika anda masih berada pada permulaan menopaus, ovari anda berkemungkinan masih mempunyai beberapa baki telur yang boleh dikeluarkan dan disenyawakan oleh sel sperma. Hasilnya, anda mungkin masih mampu hamil semasa hari ovulasi anda. Pun begitu, percubaan untuk hamil pada peringkat umur ini boleh membahayakan kerana telur yang dikeluarkan mungkin tua dan tidak sesuai untuk kehamilan yang sihat.
Kehamilan semasa perimenopaus boleh menyebabkan risiko untuk ibu dan bayi. Antara risikonya termasuklah:
Mengandung dan bersalin semasa mencecah peringkat menopaus anda adalah lebih sukar. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda merancang untuk hamil dan memiliki anak sebelum fasa menopaus anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen