Sekiranya anda tidak hamil, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen dan progesterone. Ini merupakan dua hormon yang membantu proses kehamilan.
Apabila tahap kedua-dua hormon ini berkurangan, lapisan rahim yang tebal akan tertanggal semasa haid. Baki telur yang tidak disenyawakan tertanggal bersama-sama lapisan ini.
Bagaimanakah sperma dihasilkan?
Sementara wanita yang telah matang hanya membebaskan satu telur setiap bulan, tubuh badan lelaki pula bekerja sepanjang waktu, menghasilkan berjuta-juta sperma yang mikroskopik. Satu-satunya fungsi setiap sperma adalah untuk berenang ke hadapan dan masuk ke dalam telur. Ia mengambil masa dua ke tiga bulan untuk menghasilkan sel sperma yang baru. Purata jangka hayat sperma adalah beberapa minggu di dalam tubuh badan lelaki dan sekurang-kurangya 40 juta sperma dibebaskan setiap ejakulasi. Ini bermakna lelaki perlu menghasilkan sperma setiap hari semasa umur dewasa mereka.
Hormon yang sama yang mengawal proses ovulasi dalam wanita juga berfungsi dengan menggalakkan penghasilan testosteron kepada lelaki. Testosteron merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.
Penghasilan sperma bermula di testikel – dua kelenjar di dalam kantung skrotum di bawah penis. Testikel tergantung di luar tubuh badan kerana ia sangat peka terhadap suhu. Untuk menghasilkan sperma yang sihat, mereka haruslah berada pada suhu 34 darjah celsius. Ini adalah lebih kurang 4 darjah lebih sejuk berbanding suhu badan yang normal. Apabila sperma dihasilkan, ia disimpan di dalam setiap testikel di dalam epididimis, tiub sepanjang 6 meter yang berlingkaran. Sperma dihantar dan dicampurkan dengan air mani sebelum ejakulasi.
Meskipun berjuta-juta sperma dihasilkan dan dibebaskan setiap ejakulasi, hanya satu sperma yang akan masuk ke dalam telur. Jantina bayi anda bergantung kepada jenis sperma yang mula-mula masuk ke dalam telur. Sperma yang mengandungi kromosom Y akan menghasilkan bayi lelaki dan sperma kromosom X akan menghasilkan bayi perempuan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen