backup og meta

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!

Apakah itu PCOS? Penyakit ini sering kedengaran dalam kalangan masyarakat. Tapi apa sebenarnya kondisi yang dimaksudkan ini?

Bagi menjawab persoalan apakah itu PCOS, sindrom ovarium polikistik ini adalah satu kondisi yang mempengaruhi tahap hormon wanita.

Wanita dengan PCOS menghasilkan jumlah hormon lelaki yang lebih tinggi daripada biasa.

Justeru, ketidakseimbangan hormon ini menyebabkan pesakit alami kitaran haid tidak menentu lantas menyukarkan mereka untuk hamil.

Bukan itu sahaja, penyakit PCOS turut menyebabkan pertumbuhan bulu di wajah dan badan, serta kebotakan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu PCOS serta simptomnya

apakah itu pcos

Simptom yang paling biasa dijumpai pada penyakit ini adalah:

  • Jerawat
  • Berat badan bertambah dan susah untuk turun
  • Rambut kepala menipis
  • Kitaran haid tidak menentu
  • Ketidaksuburan
  • Kemurungan
  • Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan

Ketidakseimbangan hormon dalam pesakit PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.

Baca juga:

Sindrom ovarium polikistik & kesuburan

apakah itu pcos

Ya, kondisi ini mempengaruhi ovari, tetapi ia tidak semestinya menyebabkan kemandulan.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakkan kes, PCOS kerap menjadi punca kemandulan!

Penghidap PCOS mempunyai ketidakseimbangan hormon. Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah itu PCOS, penyakit ini juga boleh menyebabkan masalah lain seperti:

  • Hormon androgen yang tinggi
  • Pembentukan kantung kecil, berisi cecair di ovari
  • Penebalan kulit luar ovari
  • Tahap insulin tinggi dalam darah

Semua perkara di atas berpotensi mengganggu proses ovulasi. Pun begitu, menjalani rawatan kesuburan dapat membantu pesakit untuk hamil.

Menurunkan berat badan dan kadar gula dalam darah juga meningkatkan kemungkinan kehamilan.

Tip-tip menguruskan PCOS

  • Hilang berat badan: Tabiat makan yang sihat dan melakukan senaman secara teratur dapat melegakan gejala berkaitan PCOS. Menurunkan berat badan dapat merendahkan kadar gula dalam darah, memperbaiki cara tubuh menggunakan insulin dan membantu hormon mencapai tahap normal. Bahkan, penurunan berat sebanyak 10% dapat menjadikan kitaran haid lebih teratur dan meningkatkan peluang untuk hamil
  • Membuang bulu: Bulu berlebihan boleh disingkirkan dengan penggunaan krim, laser, waxing atau elektrolisis. Namun, prosedur membuang bulu seperti laser perlu dilakukan oleh mereka yang bertauliah
  • Memperlahankan pertumbuhan bulu: Rawatan kulit yang dipreskripsikan, krim eflornithine HCl bantu melambatkan pertumbuhan bulu baharu di tempat yang tidak diingini

Apakah itu PCOS: Punca-puncanya

Hingga ke saat ini, doktor masih tidak dapat merungkai punca PCOS dengan tepat.

Mereka percaya, tahap hormon lelaki yang tinggi menghalang ovari daripada menghasilkan hormon dan telur secara normal.

  • Tahap androgen tinggi: Androgen juga disebut hormon lelaki boleh dimiliki oleh wanita dalam jumlah kecil. Berbeza bagi pesakit PCOS, mereka mempunyai androgen yang lebih banyak berbanding biasa. Tahap androgen yang tinggi mencegah ovari melepaskan telur pada setiap kitaran haid dan boleh memicu pertumbuhan bulu serta jerawat
  • Tahap insulin tinggi: Insulin adalah hormon yang mengawal proses penukaran makanan kepada tenaga. Rintangan insulin berlaku ketika sel-sel tubuh tidak bertindak balas secara normal terhadap insulin. Akibatnya, kadar insulin darah menjadi lebih tinggi berbanding biasa. Kebanyakan pesakit PCOS mempunyai isu rintangan insulin, terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, tabiat makan yang buruk, tidak bersenam secukupnya dan mempunyai sejarah keluarga diabetes. Lama kelamaan, rintangan insulin ini boleh menyebabkan diabetes jenis 2

Bolehkah penyakit PCOS dicegah?

Selepas membaca penerangan kami di atas, kami berharap agar anda semua tahu apakah itu PCOS. Walaupun kebanyakan kes PCOS tidak dapat dicegah, namun mengamalkan gaya hidup sihat dapat bantu mencegah komplikasi serius.

Ini termasuklah dengan mempraktikkan pola pemakanan yang sihat dan bersenam secara berkala bagi mengekalkan berat badan ideal.

Ingin penulis tekankan lagi, penambahan berat berisiko meningkatkan kadar insulin dan pengeluaran androgen yang berlebihan.

Oleh itu, sentiasa:

apakah itu pcos

  • Mengekalkan berat badan yang sihat: Berat badan yang normal akan mengurangkan kadar insulin dan androgen serta dapat memulihkan proses ovulasi
  • Hadkan karbohidrat: Diet rendah lemak dan tinggi karbohidrat berisiko meningkatkan kadar insulin. Pilih karbohidrat kompleks, kerana ia meningkatkan kadar gula darah anda dengan lebih perlahan
  • Kekal aktif: Senaman sememangnya bantu menurunkan kadar gula dalam darah, di samping mengawal berat badan dan mengelakkan risiko diabetes

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Polycystic ovary syndrome (PCOS). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/diagnosis-treatment/drc-20353443. Accessed on July 31, 2022.
  2. Polycystic Ovary Syndrome. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8316-polycystic-ovary-syndrome-pcos. Accessed on July 31, 2022.
  3. Management of PCOS. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/management-treatment. Accessed on July 31, 2022.
  4. Polycystic Ovary Syndrome. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/polycystic-ovary-syndrome. Accessed on July 31, 2022.
  5. Polycystic ovary syndrome. https://www.nhs.uk/conditions/polycystic-ovary-syndrome-pcos/treatment/. Accessed on July 31, 2022.

Versi Terbaru

28/04/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Haid Tidak Menentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Wanita PCOS Boleh Hamil? Ambil Tahu Ini Kerana Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 28/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan