Jangan pendam seorang diri
Cuba menyembunyikan emosi bukanlah cara yang baik untuk anda menjalani rawatan kesuburan. Anda boleh sentiasa berkongsi rasa dengan pasangan anda, keluarga, rakan-rakan, dan juga kumpulan sokongan. Kajian membuktikan bahawa sokongan emosi boleh meningkatkan peluang untuk berjaya hamil semasa menjalani rawatan kesuburan. Apabila menangani rawatan kesuburan, adalah lebih baik jika anda bertanya dan berkongsi kebimbangan anda dengan orang sekeliling anda. Mereka boleh membantu anda berhadapan dengan perasaan takut anda dan sekurang-kurangnya menyokong anda dengan cara terbaik yang mereka mampu lakukan.
Cari jalan bagaimana untuk anda mengurangkan stres
Setiap orang mempunyai cara berbeza dalam mengurangkan tekanan. Bagi menenangkan ketegangan anda, cuba cari satu hobi baru atau sertai aktiviti yang boleh menambah semangat anda. Contohnya, ramai juga pasangan yang akan bertemu dengan ahli terapi, menyertai kumpulan sokongan, bersenam, bermain sukan, membela haiwan peliharaan, melakukan yoga, mendekatkan diri dengan tuhan, bermeditasi atau meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga lain. Doktor dan pakar kesihatan sering menasihati pesakit untuk mengambil bahagian dan melakukan sekurang-kurangnya dua kaedah bagi mengurangkan stres setiap hari semasa menjalani rawatan kesuburan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen