home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan menjelaskan kesan hormon yang tidak seimbang kepada individu lelaki.

Keadaan kesihatan berkaitan perubahan hormon

Perubahan hormon sukar untuk dikendalikan, terutamanya jika anda tidak menyedari bagaimana bahan kimia dalam tubuh berfungsi.

Dengan pertambahan usia, terdapat perubahan pada fungsi tubuh, pola tidur, dan tahap tenaga – yang biasanya dikaitkan dengan ‘penuaan’.

Namun, apa yang tidak diketahui ramai adalah perubahan yang berlaku disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai ‘ketidakseimbangan hormon’.

Apa itu ketidakseimbangan hormon?

Hormon adalah bahan kimia di dalam tubuh yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin.

Hormon akan bergerak melalui aliran darah untuk mencapai organ dan tisu tubuh serta mengatur fungsi seperti:

Ketidakseimbangan hormon berlaku apabila tubuh menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon penting dalam aliran darah.

Walaupun keadaan ini tidak mendatangkan bahaya, namun situasi ketidakseimbangan besar boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan diri.

kesihatan lelaki

Jenis hormon tidak seimbang pada lelaki

Dalam kesihatan, testosteron dianggap sebagai hormon lelaki utama, selain hormon seperti kortisol, insulin dan tiroid.

Keadaan hormon yang tidak seimbang ini boleh menyebabkan salah satu daripada 4 jenis ketidakseimbangan hormon utama pada lelaki.

  • Andropaus

Tahap testosteron rendah boleh menyebabkan andropaus, atau lebih dikenali sebagai ‘menopaus lelaki’.

  • Keletihan adrenal

Tahap kortisol yang rendah bergabung bersama hormon stres, boleh menyebabkan keletihan adrenal. Selalunya berpunca daripada pendedahan yang lama terhadap tekanan.

  • Hipotiroidisme

Kelenjar tiroid yang tidak aktif mengakibatkan pengeluaran hormon rendah, sekali gus menyebabkan hipotiroidisme.

  • Hipertiroidisme

Keadaan ini pula berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif, secara tidak langsung meningkatkan metabolisme dan menghasilkan hormon dalam jumlah yang tinggi.

Jika perlu, ia boleh dikeluarkan melalui proses pembedahan.

Punca hormon tidak seimbang

Terdapat banyak punca yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon pada lelaki. Sebab utama termasuklah:

hormon tidak seimbang

  • Pendedahan yang berpanjangan kepada tekanan kronik
  • Diabetes jenis 1 dan jenis 2
  • Hiperglikemia dan hipoglikemia
  • Hipotiroidisme dan hipertiroidisme
  • Pemakanan dan pemakanan yang tidak seimbang
  • Berat badan berlebihan, gemuk atau anoreksia
  • Kawalan kelahiran atau ubat penggantian hormon
  • Penggunaan steroid secara berlebihan
  • Tumor hipofisis, tumor jinak, masalah kanser dan rawatan kanser
  • Tahap kortisol tinggi atau rendah (Sindrom Cushing atau Penyakit Addison)
  • Kekurangan iodin
  • Kecederaan kelenjar endokrin
  • Pankreatitis keturunan

Kenal pasti simptom ketidakseimbangan hormon

Setiap individu akan mengalami turun naik hormon sepanjang hayat mereka. Ia mungkin berlaku apabila sistem endokrin tidak berfungsi dengan optimum.

Kelenjar endokrin bertanggungjawab untuk menghasil, menyimpan dan melepaskan hormon ke dalam darah.

Kelenjar endokrin yang berbeza akan mengawal pelbagai aspek fungsi tubuh dan boleh menunjukkan gejala seperti:

  1. Penurunan berat badan secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan.
  2. Berpeluh berlebihan.
  3. Kesukaran tidur dan sakit kepala.
  4. Perubahan kepekaan panas dan sejuk.
  5. Kulit kering atau ruam kulit.
  6. Perubahan degupan jantung dan tekanan darah.
  7. Kerengsaan, kegelisahan, kemurungan.
  8. Peningkatan dahaga dan kerap membuang air kecil.
  9. Tulang rapuh atau lemah.
  10. Keletihan yang tidak dapat dijelaskan dan berpanjangan.

5 cara kembalikan keseimbangan hormon secara semula jadi

Ketidakseimbangan hormon adalah keadaan biasa yang berlaku pada hari ini selari dengan peningkatan usia.

Ia disebabkan oleh amalan gaya hidup yang serba pantas serta diet pemakanan yang tidak sihat, selain kurang melakukan aktiviti fizikal.

Walau bagaimanapun, ada cara untuk mengekalkan tahap hormon agar sentiasa seimbang secara semula jadi.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki:

1. Tambahkan protein yang mencukupi dalam makanan

Protein memberikan asid amino penting dalam tubuh yang membantu mengekalkan kesihatan otot, kulit dan tulang.

Selain itu, protein juga mempengaruhi pembebasan hormon ghrelin dan leptin, yang mengawal selera makan

2. Lakukan senaman fizikal secara berkala

Aktiviti fizikal membantu mengurangkan kadar insulin di dalam tubuh dan bermanfaat untuk pengawalan hormon.

Sudah tentu tabiat sihat ini secara tidak langsung dapat mengelakkan ketidakseimbangan hormon.

3. Elakkan pengambilan gula dan karbohidrat diproses

Pastikan kadar gula dan karbohidrat terkawal untuk mengelakkan penyakit diabetes, obesiti, dan penyakit lain.

pemakanan seimbang

4. Menguruskan tekanan dengan berkesan

2 hormon utama yang dipengaruhi oleh tekanan adalah kortisol dan adrenalin.

Cuba peruntukkan sedikit masa dalam sehari untuk melakukan perkara yang membantu mengurangkan tahap tekanan.

5. Pengambilan lemak sihat

Masukkan lemak semula jadi berkualiti tinggi seperti ikan berlemak, avokado, coklat gelap, telur, dan kekacang.

Ini dapat membantu mengurangkan daya tahan insulin dan selera makan serta menjaga hormon agar sentiasa dalam keadaan terkawal.

Kesimpulan

Pemakanan berkhasiat dan pilihan gaya hidup sihat dapat membantu menjaga kesihatan hormon anda.

Walau bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor dan bincangkan diet terbaik yang bersesuaian dengan anda, okay kaum Adam?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 23/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x