backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Sakit Gigi Sampai Berdenyut? Ini 8 Punca Dan Cara Untuk Atasinya, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

Sakit Gigi Sampai Berdenyut? Ini 8 Punca Dan Cara Untuk Atasinya, Cubalah!

Rasa sakit gigi boleh menjejaskan aktiviti harian anda, malah mungkin membuatkan diri moody. Jom ikuti petua hilangkan sakit gigi berdenyut dan ubat sakit gigi yang tepat, barulah happy!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Petua hilangkan sakit gigi berdenyut

Berikut lapan kemungkinan punca sakit gigi berdenyut dan petua hilangkan sakit gigi berdenyut:

#1. Gigi reput

Pereputan gigi atau rongga adalah sebab paling biasa untuk sakit gigi berdenyut. Ia boleh berlaku apabila bakteria ‘memakan’ lapisan luar enamel gigi yang keras. 

Rawatan

Doktor gigi boleh membaiki lubang pada gigi untuk mengatasi masalah gigi berlubang sakit berdenyut anda. Anda mungkin memerlukan petua hilangkan sakit gigi berdenyut berikut:

  • Pembersihan gigi untuk hilangkan plak
  • Tampalan pada rongga
  • Antibiotik untuk menghilangkan jangkitan

#2. Abses gigi 

Gigi bernanah adalah apabila sebahagian atau semua pulpa di dalam gigi mati. Tisu mati membuat ‘poket’ bakteria dan nanah yang dipanggil abses. Jangkitan atau keradangan gigi boleh menyebabkan abses.

Rawatan 

Petua hilangkan sakit gigi berdenyut kerana abses gigi termasuklah: 

  • Antibiotik untuk membunuh bakteria punca jangkitan
  • Membersihkan abses
  • Merawat gusi jika abses punca penyakit gusi
  • Merawat saluran akar jika abses punca pereputan dan gigi retak
  • Implan – melibatkan penggantian dengan gigi sintetik
sakit gigi
5 penyebab sakit gigi.

#3. Gigi patah

Patah gigi adalah keretakan atau perpecahan pada gigi yang boleh berlaku jika anda menggigit sesuatu yang keras seperti ais. Ia juga boleh berlaku jika terjatuh atau terkena benda keras.

Kesan kepatahan gigi ini membolehkan benda asing masuk ke dalam gigi dan merengsakan atau menjangkiti pulpa, akibatnya boleh mencetuskan sakit gigi berdenyut.

Ini termasuklah:

  • Bakteria
  • Zarah makanan
  • Air
  • Udara 

Rawatan 

Rawatan dilakukan dengan menggunakan gam pergigian, veneer atau tampalan gigi. Anda mungkin memerlukan crown atau rawatan saluran akar sebagai petua hilangkan sakit gigi berdenyut.

Crown adalah penutup yang diletakkan di atas gigi yang rosak. Ia digunakan untuk memulihkan bentuk gigi.

#4. Tampalan gigi rosak

Tampalan gigi boleh rosak dengan menggigit atau mengunyah biasa, menggigit sesuatu yang keras atau mengetap gigi.

Tampalan boleh menjadi:

  • Berderai
  • Retak
  • Terkeluar 
  • Sumbing 

Rawatan 

Kesakitan yang dialami boleh diatasi dengan membaiki atau menggantikan tampalan yang rosak. Crown mungkin diperlukan jika gigi menjadi terlalu rosak untuk tampalan baharu sebagai petua hilangkan sakit gigi berdenyut.

petua hilangkan sakit gigi berdenyut
Rawatan gigi yang berlubang.

#5. Jangkitan pada gusi

Jangkitan gusi atau gingivitis boleh mengakibatkan penyakit gusi atau periodontitis – punca utama kehilangan gigi pada individu dewasa.

Bakteria pada gusi dijangkiti boleh berkumpul sekitar akar gigi dan menyebabkan jangkitan pada tisu gusi, punca kesakitan gigi.

Rawatan 

Ia biasanya dirawat dengan antibiotik. Pembersihan gigi mungkin dilakukan untuk membuang plak. Ubat kumur berubat juga boleh membantu bagi melegakan sakit gusi dan gigi.

Berikut merupakan petua hilangkan bengkak gusi dengan cepat:

  • Deep cleaning – penskalaan dan pengerasan akar untuk memastikan gigi dan gusi sihat
  • Pembedahan pergigian – mungkin diperlukan untuk kes yang teruk

#6. Mengetap gigi

Mengetap gigi atau bruxism biasanya berlaku semasa tidur. Mengetap gigi adalah tabiat menggigit dengan kuat. Ia boleh berlaku kerana tekanan, genetik atau otot rahang yang terlalu berkembang.

Tabiat ini boleh mengakibatkan sakit gigi, gusi dan rahang. Ia boleh menyebabkan hakisan dan kehilangan gigi, serta risiko kaviti dan gigi patah.

Tanda hakisan gigi seperti:

  • Rekahan atau kekasaran pada tepi gigi
  • Gigi menipis – hujung gigi tampak lutsinar
  • Gigi sensitif – khususnya makanan dan minuman panas, sejuk dan manis
  • Gigi bulat
  • Gigi atau tampalan jadi retak, sumbing
  • Gigi menguning 

Rawatan 

Memakai pelindung mulut semasa tidur boleh membantu mencegah tabiat mengetap gigi ini. Teknik mengatasi tekanan atau mendapatkan kaunseling daripada profesional kesihatan mental juga boleh membantu.

#7. Crown longgar

petua hilangkan sakit gigi berdenyut
Rawatan untuk gigi yang patah.

Crown mungkin diperlukan jika gigi retak atau patah, mahupun jika rongga terlalu besar untuk tampalan sebagai petua hilangkan sakit gigi berdenyut.

Penutup gigi boleh menjadi longgar kesan pemakaian biasa (wear and tear), retak dan rosak jika tergigit sesuatu yang keras.

Kesannya ia boleh mengakibatkan sakit gigi berdenyut kerana kemasukan bakteria punca jangkitan.

Rawatan 

Apa yang perlu dilakukan jika ada masalah pada crown gigi?

Doktor akan mengeluarkan crown dan merawat gigi jika terdapat kerosakan pada gigi atau gusi. Penutup baru akan diberikan setelah gigi anda dirawat.

Jika crown longgar atau rosak, ia boleh dibaiki atau diganti dengan baharu untuk petua hilangkan sakit gigi berdenyut.

#8. Tumbuh gigi

Pertumbuhan gigi boleh menyebabkan sakit pada gusi, rahang dan gigi di sekelilingnya. Ia termasuklah pertumbuhan gigi pada bayi, kanak-kanak yang mendapat gigi kekal dan tumbuhnya gigi geraham bagi dewasa. 

Rawatan

Petua hilangkan sakit gigi goyang adalah dengan penggunaan gel kebas mulut atau ubat penahan kesakitan biasa.

Pembedahan pergigian kecil mungkin diperlukan untuk memberi ruang pada pertumbuhan gigi baharu seperti mengeluarkan gigi tambahan atau membuka penyumbatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan