Tabiat tidur gigi berbunyi: Punca lain yang tidak spesifik ialah:
- Perubahan struktur gigi (selepas trauma atau rawatan gigi)
- Susunan gigi berterabur
- Masalah perubatan (Cerebral palsy)
- Posisi badan ketika tidur
Faktor tidur gigi berbunyi
Terdapat beberapa risiko yang boleh menjurus kepada masalah mengetap gigi semasa tidur seperti:
1. Stres
Kegelisahan dan kadar stres tinggi boleh menyebabkan si kecil mula mengetap gigi. Ia lebih mudah dilihat pada kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan.
2. Umur
Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan perlahan-lahan menghilang semasa dewasa.
3. Jenis personaliti
Personaliti kanak-kanak yang lebih hiperaktif, agresif dan berdaya saing dapat meningkatkan risiko mengetap gigi.
4. Ahli keluarga mempunyai masalah yang sama
Salah satu punca mengetap gigi yang dikenal pasti ialah berkaitan dengan genetik.
Oleh itu, jika terdapat ahli keluarga terdekat yang mempunyai tabiat ini atau pernah mempunyai sejarah mengetap gigi, risiko untuk si kecil anda mendapatnya adalah tinggi.
5. Masalah perubatan lain
Terdapat masalah perubatan lain yang meningkatkan risiko anak ada tabiat mengetap gigi seperti sawan epilepsi, gangguan tidur, gangguan pencernaan asid refluks (GERD) dan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).
Tanda dan simptom masalah gigi bergesel

Antara tanda-tanda dan simptom tabiat ini ialah:
Komplikasi
Jika dibiarkan berterusan, si kecil anda akan mendapat komplikasi seperti:
Pencegahan dan rawatan gigi berbunyi

Jika anak anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba langkah-langkah berikut untuk mengurangkan tabiat ini:
- Mengatur rutin tidur malam anak yang konsisten, sebanyak 11-13 jam semalam.
- Jauhkan anak anda daripada menonton filem atau video yang tidak sesuai untuk umur mereka.
- Terapi menangani stres dan kegelisahan.
- Dapatkan rundingan doktor pergigian. Antara rawatan yang boleh diberikan ialah penggunaan pelindung mulut (mouth guard)
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen