backup og meta

Kenapa Gigi Geraham Sakit Padahal Tidak Berlubang? 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/08/2022

    Kenapa Gigi Geraham Sakit Padahal Tidak Berlubang? 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

    “Kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang? Kali terakhir saya periksa, gigi saya nampak normal dan biasa! Apa punca kesakitan yang saya alami?”

    Jika anda mengalami masalah di atas, percayalah, anda tidak berseorangan. Sakit gigi merupakan mimpi ngeri kebanyakan orang. Jika gigi anda tiba-tiba sakit, ada banyak lagi punca lain yang boleh menjadi penyebab selain gigi berlubang.

    Di bawah, kami senaraikan beberapa punca gigi geraham anda sakit tetapi tidak berlubang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang?

    kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang

    Anda selalu berus gigi, tapi gigi masih lagi sakit?

    Walaupun rutin penjagaan oral anda A+, kadangkala kita tidak dapat lari daripada masalah gigi. Malah, ada banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan anda rasa sakit di kawasan mulut, terutamanya masalah yang berkaitan dengan gusi.

    Tidak dinafikan, punca nombor 1 sakit gigi ialah kaviti. Kaviti selalunya terjadi disebabkan penjagaan mulut yang tidak lengkap. Namun, masalah sinus, jangkitan gusi atau gigi retak juga boleh menyebabkan kesakitan yang sama.

    Mari ketahui 7 sebab kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang.

    1. Anda mempunyai abses gigi

    Abses gigi merupakan satu kondisi yang berlaku apabila nanah berkumpul di dalam gigi, gusi atau tulang yang memegang gigi di tempatnya. Punca utama abses gigi ialah jangkitan bakteria.

    Kadangkala, makanan yang tersangkut di celah gigi akan termasuk lebih dalam. Lama-kelamaan, sisa makanan yang berkumpul di sebalik gusi ini akan mereput dan menyebabkan jangkitan. Semakin cepat anda merawat abses gigi, semakin cepatlah ia akan sembuh.

    2. Gigi retak atau pecah

    kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang

    Gigi yang retak atau pecah boleh menyebabkan kesakitan. Gigi akan pecah jika anda menggigit makanan atau objek yang keras.

    Sebab itulah, jangan sesekali gunakan gigi atau mulut anda sebagai alat! Kalau anda suka buka pek keropok dengan gigi, inilah masanya untuk berhenti.

    Bergantung kepada keseriusan, anda mungkin perlukan implan atau bentuk korona (dental crown) untuk memperbaiki gigi yang patah.

    Kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang? #3 Tumbuh gigi bongsu

    Salah satu sebab kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang ialah tumbuhnya gigi bongsu. Gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

    Sebab itulah, ramai yang perlukan pembedahan untuk membuang gigi bongsu. Namun, ada juga yang tumbuh gigi bongsu tetapi tidak memerlukan sebarang pembedahan.

    Ada pesakit yang mengalami kesakitan sederhana. Ada juga yang tidak mengalami kesakitan langsung kerana gigi bongsu dapat tumbuh dengan betul.

    Baca juga:

    4. Anda mengetap gigi tanpa sedar

    Sebenarnya, ramai orang yang mengetap gigi tanpa sedar, terutamanya pada waktu malam. Mereka yang kerap mengetap gigi akan alami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan sakit mulut.

    Malah, jika anda mengetap dengan kuat, besar kemungkinan gigi akan menjadi haus dan patah. Mereka yang mengetap gigi akan rasa sakit pada seluruh rahang dan bukannya pada satu-satu gigi sahaja. Jika anda alami masalah ini, jumpa doktor secepat mungkin.

    Kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang? 5# Tampalan gigi tercabut

    Tampalan gigi yang tercabut mungkin menjadi punca gigi geraham sakit. Jika anda gigit makanan yang keras, tampalan boleh pecah dan menyebabkan kesakitan.

    Malah, makanan juga boleh tersangkut pada kawasan yang pecah dan menyebabkan ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.

    6. Gusi anda semakin nipis

    kenapa gigi geraham sakit padahal tidak berlubang

    Kadangkala, gusi yang semakin menipis boleh menjadi punca sakit gigi. Tisu gusi yang semakin nipis boleh menyebabkan lapisan enamel terhakis.

    Namun, kesakitan yang disebabkan oleh gusi yang nipis selalunya datang dan pergi. Ia akan menjadi semakin teruk ketika anda makan makanan yang panas atau sejuk.

    7. Anda mempunyai jangkitan sinus

    Sakit gigi ketika demam? Ini mungkin berlaku disebabkan jangkitan sinus. Lantai sinus terletak pada lelangit. Jadi, sinus yang membengkak atau alami inflamasi boleh menyebabkan kesakitan, terutamanya pada bahagian atas gigi.

    Jika sinus anda menyebabkan sakit gigi, hampir semua gigi pada bahagian atas rahang akan rasa sakit. Dapatkan rawatan untuk masalah sinus yang dialami. Jika tidak, sakit gigi yang dialami akan berterusan.

    Jadi, jika anda mempunyai masalah sakit gigi, salah satu punca di atas mungkin merupakan penyebabnya. Jumpa doktor gigi secepat mungkin untuk rawatan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan