Boleh patah gigi tau!
5. Suka menggigit kuku mendatangkan masalah pada gigi
Ada orang yang suka menggigit kuku ketika rasa gemuruh. Tabiat yang dikenali dengan nama onychophagia ini selalunya bermula ketika kanak-kanak atau remaja. Sebab itulah, tabiat ini sukar untuk dipatahkan.
Tabiat ini bukan sahaja boleh merosakkan kuku. Ia juga boleh membuatkan gigi patah dan merosakkan rahang.
Namun, masalah terbesar bagi mereka yang suka mengigit kuku adalah jangkitan pada kawasan jari.
Malah, jangkitan ini juga boleh menyebabkan iritasi, kesakitan dan juga bengkak di sekeliling kuku.
6. Minum terlalu banyak kopi dan minuman berkarbonat

Sama seperti merokok, minum terlalu banyak kopi juga boleh mendatangkan masalah pada gigi. Ia boleh membuatkan gigi pudar dan berwarna kekuning-kuningan.
Minuman berkarbonat juga mempunya kesan yang sama. Malah, keasidan minuman ini boleh menghakis enamel gigi yang akan menyebabkan gigi sakit dan rosak pada masa hadapan.
7. Suka memberus gigi dengan kuat
Tidak ada salahnya jika anda suka memberus gigi. Malah, amalan ini juga membawa lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Walau bagaimanapun, memberus terlalu kuat boleh mendatangkan masalah pada gigi.
Lapisan enamel pada permukaan gigi boleh menjadi haus jika anda memberus dengan kuat dan terlalu kerap.
Untuk mengelakkan masalah ini, cuba gunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut.
Berus gigi jenis ini cukup lembut untuk melindungi lapisan enamel namun dalam masa yang sama masih berkesan untuk membuang plak.
Selain itu, cuba jangan tekan terlalu kuat ketika memberus gigi. Cukuplah jika anda memberus dengan lembut selama dua minit.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen