home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Tempoh Waktu Bekerja Mempengaruhi Kesihatan Anda?

Adakah Tempoh Waktu Bekerja Mempengaruhi Kesihatan Anda?

Purata jam bekerja tahunan, menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) bermaksud jumlah jam bekerja setahun dibahagikan dengan jumlah populasi yang bekerja dalam setahun. Ini termasuklah pekerja sepenuh masa, separuh masa, separuh tahun, overtime dan pekerjaan sampingan. Serta ditolak dengan cuti umum, cuti tahunan berbayar, jatuh sakit, ketidakupayaan sementara, cuti bersalin, sambung belajar dan sebab-sebab lain.

Pengumpulan data tentang purata bekerja tahunan adalah penting dalam mengenalpasti sebab dan kesan jumlah jam bekerja di sesuatu negara. Memandangkan populasi awam akan menyumbangkan kebanyakan masa mereka di tempat pekerjaan, sudah tentulah ia akan memberi kesan sosioekonomi jangka masa panjang kepada negara, keluarga dan individu itu sendiri.

Statistik waktu kerja berdasarkan negara

Negara Mexico didapati mencatatkan waktu kerja yang paling panjang berbanding semua negara yang dikaji oleh OECD. Kajian tersebut mendapati secara purata, rakyat Mexico menghabiskan masa sebanyak 2,255 jam setahun di tempat kerja, bersamaan dengan 43 jam dalam masa seminggu.

Sementara warga Jerman didapati menghabiskan masa paling sedikit di tempat kerja berbanding negara lain; iaitu dengan hanya 1,363 jam setahun. Perbezaan ketara sebanyak 892 jam berbanding rakyat Mexico.

Perbezaan kebudayaan dan faktor sosio-ekonomi memainkan peranan utama dalam jumlah jam yang diharapkan majikan daripada pekerja. Contohnya di Mexico, kebimbangan terhadap pengangguran, ditambah pula dengan undang-undang buruh yang longgar, bermakna tempoh bekerja maksimum 48 jam seminggu jarang dikuatkuasakan.

Produktiviti dan waktu kerja

Walaupun menikmati waktu kerja terpendek dalam kalangan negara anggota OECD, Jerman berjaya mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi. Malah, pekerja Jerman secara purata dilaporkan 27% lebih produktif berbanding rakan sejawatannya dari British.

Belanda, Perancis dan Denmark juga bekerja kurang daripada 1,500 jam setahun. Hanya 2% pekerja Denmark – yang menikmati keseimbangan kerja dan hidup terbaik di dunia – menjalani waktu kerja yang lebih lama berbanding purata OECD sebanyak 13%.

Berdasarkan satu kajian oleh AIA Vitality yang membandingkan Malaysia, Australia, Hong Kong dan Singapura, rakyat Malaysia didapati bekerja secara purata 15 jam lebih daripada waktu yang dikontrakkan seminggu. Kadar ini lebih tinggi daripada Singapura, Hong Kong dan Australia tetapi mempunyai peratusan kehilangan produktiviti paling tinggi. Kaji selidik tersebut turut mendapati bahawa rakyat Malaysia mempunyai peratusan pekerja tidur kurang daripada 7 jam sehari yang paling tinggi, sebanyak 56%. Di samping peratusan kurang melakukan aktiviti fizikal yang paling tinggi, sebanyak 64%.

Kesan waktu kerja yang panjang dan kesihatan

Waktu kerja yang panjang merujuk kepada bekerja lebih daripada standard waktu kerja yang ditetapkan. Walaupun setiap negara mempunyai penetapan jumlah jam maksimum yang berbeza, kajian di Jepun meletakkan standard 40 jam seminggu sebagai definisi waktu kerja yang standard. Ini bererti waktu kerja lebih daripada 40 jam seminggu dikira sebagai waktu bekerja yang panjang.

Kajian mendapati waktu kerja yang panjang meningkatkan risiko kemurungan, keresahan, masalah tidur dan penyakit jantung kronik. Walaupun statistik global menunjukkan waktu kerja di Jepun tidak jauh beza dengan negara lain, budaya kerja yang brutal di Jepun menghasilkan fenomena Karoshi (overworked) dan Karojisatsu (masalah bunuh diri disebabkan terlebih bekerja).

Keseimbangan kerja dan kehidupan

Malaysia mungkin akan mengambil masa untuk mengubah tempoh waktu bekerja dan meningkatkan produktiviti. Namun apa yang boleh anda usahakan adalah untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan. Keseimbangan kerja dan kehidupan bukan bermakna kesamarataan. Cuba menjadualkan tempoh yang sama untuk setiap pekerjaan dan aktiviti peribadi adalah tidak realistik.

Sebaliknya keseimbangan kerja dan kehidupan anda akan berbeza-beza dari masa ke masa, sewaktu anda masih bujang dan setelah berumahtangga atau setelah mempunyai anak. Tanda aras keseimbangan kerja dan hidup anda adalah Pencapaian dan Keseronokan merujuk kepada apa yang anda definisi sebagai pencapaian kerjaya anda sementara keseronokan sebagai kepuasan menikmati kehidupan seharian anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.weforum.org/agenda/2018/01/the-countries-where-people-work-the-longest-hours/

Bannai, Akira, and Akiko Tamakoshi. ‘The Association between Long Working Hours and Health: A Systematic Review of Epidemiological Evidence’. Scandinavian Journal of Work, Environment & Health 40, no. 1 (2014): 5–18. https://doi.org/10.5271/sjweh.3388.

https://www.weforum.org/agenda/2016/09/think-working-long-hours-is-a-good-thing-this-is-why-you-re-wrong

https://www.forbes.com/sites/adelsteinjake/2017/10/30/japan-is-literally-working-itself-to-death-how-can-it-stop/#a08f0c2f1443

https://worklifebalance.com/work-life-balance-defined/

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/17/survey-malaysians-work-most-hours-but-are-least-productive/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 01/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x