Pernah tak anda berniat hendak berhenti melancap pada bulan puasa?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernah tak anda berniat hendak berhenti melancap pada bulan puasa?
Komuniti saintifik mempunyai pelbagai jenis pandangan berkaitan dengan perbuatan melancap atau onani.
Ada yang menyokong kerana menurut mereka, ia merupakan aktiviti yang memberikan kebaikan kesihatan.
Namun, terdapat juga golongan cendekiawan yang menegah perbuatan tersebut kerana ia berupaya untuk memburukkan lagi tahap kesihatan sedia ada.
Oleh sebab kita sekarang berada di dalam bulan puasa, artikel ini akan memberikan tip kepada mereka yang ingin berhenti melancap.
Jika anda berpendapat bahawa rangsangan dopamin yang memberikan galakan untuk anda terus melancap baik untuk kesihatan, anda perlu berfikir semula!
Secara amnya, perbuatan melancap tidak berbahaya.
Namun jika ia dilakukan secara berlebihan, ia boleh memberikan implikasi negatif kepada produktiviti dan tahap kesihatan anda.
Baca juga:
Banyak kajian yang telah diterbitkan bagi melihat kepada kesan positif melancap.
Apa yang perlu anda tahu adalah, terdapat juga kajian yang menyenaraikan keburukan melancap dari sudut biologi dan psikologi.
Kajian yang telah diterbitkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Nottingham pada tahun 2009 menunjukkan korelasi yang kuat di antara melancap dan insiden kanser prostat.
Menurut penulis kajian tersebut, peningkatan risiko bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke bawah untuk mendapat kanser prostat berkait rapat dengan kadar aktiviti seksual.
Secara amnya, mereka yang melakukan aktiviti seksual yang kerap semasa muda dan kurang setelah berusia 50 tahun dan ke atas berisiko tinggi untuk mendapat permasalahan ini.
Kajian tersebut melibatkan 431 pesakit kanser prostat dan 409 individu sihat. Aktiviti seksual yang dikaji adalah seks penetrasi, masturbasi atau kedua-duanya.
Dapatan menunjukkan mereka yang sering melancap dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser prostat.
Kesan negatif lain seperti kegagalan fungsi seksual dan tekanan darah tinggi dalam jangka masa panjang turut dikaitkan dengan aktiviti melancap.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Scotland Barat, kegiatan melancap dan seks anal boleh menyebabkan kesan buruk terhadap tahap kesihatan secara menyeluruh.
Perkara ini berbeza dengan aktiviti seksual penetrasi yang berupaya untuk mengawal atur tekanan darah sewaktu stres.
Oleh sebab kebanyakan kajian menunjukkan sisi baik melancap terhadap tahap kesihatan, ia mendorong individu untuk terus melancap dengan menggunakan alasan yang sama.
Di Malaysia, kebanyakan kepercayaan dan agama seperti Islam dan Katholik melarang umatnya daripada melancap,
Mungkin ramai yang cuba untuk mengaitkan penemuan kajian saintifik dengan apa yang digalakkan atau dilarang dalam agama.
Fenomena ini dikenali sebagai bucaillisme, gerakan yang mengaitkan sains moden untuk membuktikan kebenaran agama.
Pada pendapat penulis ia bukanlah satu tindakan yang patut diambil oleh mana-mana individu.
Memang kita terdorong untuk berasa gembira apabila sains membuktikan kebenaran al-Quran tapi ia tidak harus dibandingkan.
Kenapa? Ini sebab sebagai orang islam atau penganut mana-mana agama, kita perlu percaya bahawa kitab yang digunakan relevan sepanjang zaman.
Sains berubah mengikut masa dan ia dipengaruhi oleh kemajuan teknologi.
Pengetahuan yang kita pegang sekarang boleh jadi berbeza dengan apa yang bakal ditemui pada 100 tahun akan datang.
Bahkan, saintis Islam di zaman Abassiyah mempercayai bumi adalah pusat di alam semesta.
Anda mungkin berminat:
Jadi bagaimana pula dengan melancap? Mungkin ramai yang suka untuk menggunakan alasan kajian terkini untuk terus melancap.
Namun bagi penganut agama Islam, anda digalakkan untuk menuruti ajaran tersebut dengan berhenti melancap.
Jika ingkar, ia mampu memberikan keresahan hati dan anda akan berasa tidak tenteram dan bersalah.
Dengan kata lain, mereka yang berpegang kuat pada agama dan dalam masa yang sama, melancap, boleh mengalami gangguan psikologi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri menggalakkan mereka yang ketagih melancap untuk mendapatkan bantuan berhenti melancap sekiranya terlalu rasa bersalah.
Berikut merupakan cara yang boleh anda amalkan untuk berhenti melancap:
Walaupun kurang kajian berkenaan dengan keburukan melancap, tidak bermakna ia salah.
Jika anda beragama, anda perlu menimbang tara tuntutan agama dan apa yang disarankan oleh sains.
Oleh sebab terdapat banyak percanggahan, anda perlu tahu, mereka yang hendak melancap, akan cenderung untuk menjustifikasikan aktiviti mereka menggunakan kajian sains.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen