Paling membimbangkan, ia juga merupakan punca utama penceraian bagi pasangan yang sudah berkahwin. Anda pasti tidak mahu anak anda melalui penceraian, bukan?
Jadi, sila cuba untuk tegah anak anda dari melakukan perbuatan yang bakal merosakkan masa depan mereka ini sekarang juga. Mungkin ia tampak tidak berbahaya sekarang. Bagaimana pula ketika masa depan kelak?
Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu?
1. Tetapkan sasaran yang realistik
Sebenarnya, agak sukar untuk menghalang anak anak beronani. Anda perlu menerima hakikat ia adalah normal bagi seorang kanak-kanak. Namun begitu, anda perlu memastikan bahawa anak anda tahu bahawa ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.
Anda juga tidak boleh bersikap sambil lewa dan mengendahkan perbuatan mereka ini kerana ia boleh mendorong kepada pemikiran kanak-kanak yang berasakan onani itu boleh dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat.
2. Cegah onani ketika waktu tidur
Sebagai ibu bapa, anda perlu kerap melihat atau mengintai kanak-kanak ketika waktu tidur mereka. Pastikan perbuatan ini tidak dilakukan oleh mereka pada waktu ini.
3. Alih perhatian dan disiplinkan mereka
Cuba alih perhatian anak anda dengan apa-apa bentuk permainan. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, berterus teranglah dengan anak anda bahawa perbuatan ini mungkin normal namun ia tidak boleh dilakukan sesuka hati tanpa mengira waktu dan tempat selain pastikan mereka tahu ia adalah perbuatan yang tidak elok dilakukan oleh individu yang beragama islam.
4. Cuba berbincang dengan penjaga atau guru mereka di sekolah
Ibu bapa perlu berbincang dengan penjaga atau guru anak anda di sekolah untuk cuba mengalih perhatian anak anda. Selain itu, penjaga atau guru di sekolah juga sebenarnya boleh mengajar anak anda mengenai perbuatan onani ini.
5. Luangkan lebih banyak masa bersama anak anda
Kanak-kanak akan kurang beronani sekiranya mereka mendapat lebih banyak perhatian dari ibu bapa mereka. Pastikan anak anda dan anda meluangkan masa sekurang-kurang 1 jam ketika di rumah bersama anda sebelum waktu tidur.
6. Kesilapan yang biasa
Antara kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh ibu bapa adalah mereka cuba melarang anak anda melakukan onani secara mandatori. Ini hanya akan menyebabkan anak anda mengalami masalah emosi kelak. Kanak-kanak tidak perlu dihukum secara fizikal atau didera secara mental hanya kerana perbuatan ini.
Sebagai ibu bapa, anada perlu berfikir dengan lebih bijak dan cuba cari alternatif seperti menggunakan permainan, meluangkan lebih banyak masa bersama atau berbincang secara aman dengan mereka mengenai perbuatan onani.
Konklusi
Kesimpulannya, onani adalah satu perbuatan yang tidak berakhlak dan berdosa dari sisi agama Islam. Selain itu, ia juga akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada fizikal dan mental individu termasuklah mati pucuk. Sudah pasti ibu bapa tidak mahu anak anda mengalami kesan buruk seperti ini pada masa akan datang kelak, bukan?
Jadi, tegah anak anda dari beronani dari sekarang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen