Sekiranya anda masih berdegil dan terus menggunakannya ke atas alat sulit anda, bersedialah untuk mengalami iritasi yang sangat tidak selesa. Alat sulit anda mungkin akan melecet, membengkak dan menjadi kemerahan. Lebih teruk lagi, amalan ini mungkin akan mengakibatkan alat kemaluan anda mendapat jangkitan kuman.
Jadi, apa penyelesaiannya?

Sebelum itu, penulis ingin tegaskan di sini beronani adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan diharamkan dalam agama Islam, dan mungkin juga agama yang lain. Akan tetapi, keputusan terletak di tangan anda. Jika anda masih ingin melakukannya, ketahuilah kesan dan akibatnya sendiri, ya?
Buat anda yang gemar melancap, sudah pasti anda akan tahu bahawa beronani hanya menggunakan tangan kosong adalah sangat tidak selesa. Ini kerana gosokan atau urutan tangan terhadap alat sulit adalah sangat kering dan kesat sekali gus menyebabkan kulit alat kemaluan anda akan mengalami iritasi jika melakukannya dengan terlalu kasar
Hal ini juga akan berlaku sekiranya anda menggunakan alat mainan seks seperti dildo, vibrator atau fleshlight. Lebih menakutkan, alat ini mengandungi pelbagai bahan yang boleh membahayakan alat sulit anda seperti silikon. Jadi, dengan tangan kosong atau alat mainan seks, bahan pelincir masih diperlukan.
Untuk anda yang masih belum tahu, bahan pelincir dicipta untuk membantu melembap dan melincinkan kulit alat sulit anda agar hubungan seks penetrasi boleh dijalankan oleh suami isteri dengan lebih lancar. Jadi, ia sudah pasti boleh digunakan pada alat sulit semasa beronani. Berikut merupakan beberapa tip memilih bahan pelincir yang sesuai untuk melancap:
#1. Pilih bahan pelincir yang berasaskan air
Sudah sifat semula jadi air, ia berkeupayaan menembusi kulit. Secara umumnya juga, ia tidak akan mendatangkan sebarang reaksi alahan.
#2. Pilih bahan pelincir yang berasaskan silikon
Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih bahan pelincir yang berasaskan silikon. Cuma, pastikan anda memilih produk yang telah dibuktikan selamat secara klinikal dahulu.
#3. Pilih bahan pelincir yang tidak akan mendatangkan alahan
Antara bahan yang boleh memicu reaksi alahan kepada alat sulit adalah gliserin, paraben dan pelbagai lagi bahan petrokimia. Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang bebas daripada bahan-bahan ini, ya?
#4. Bereksperimen
Untuk pengetahuan anda, kulit alat kemaluan adalah sangat nipis dan sensitif. Sebarang reaksi alahan mungkin akan berlaku dalam skala yang lebih teruk berbanding kulit di bahagian yang lain. Oleh itu, sila bereksperimen terlebih dahulu.
Caranya, sapu sedikit bahan pelincir yang anda mahu gunakan ke alat sulit di bahagian kulit lain seperti pada tangan atau punggung. Tunggu sehingga 24 jam dan perhatikan jika terdapat sebarang tanda-tanda reaksi alahan atau tidak.
Jika tidak, ia selamat untuk digunakan.
Konklusi
Kesimpulannya, memang ramai orang yang melakukan perbuatan ini. Namun, ketahuilah bahawa ia adalah haram di sisi agama Islam, dan mungkin bagi agama lain. Dalam pada itu, onani juga adalah perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan alat sulit anda terutamanya jika ia dilakukan dengan cara yang salah. Jadi, sila hat-hati, ya?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.