Melancap atau beronani seringkali dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh. Namun sebenarnya, terdapat beberapa fakta tentang onani yang bakal memeranjatkan anda.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Melancap atau beronani seringkali dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh. Namun sebenarnya, terdapat beberapa fakta tentang onani yang bakal memeranjatkan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Kebanyakan individu mempercayai onani atau melancap bukan sahaja mampu menjatuhkan reputasi dan imej pelaku, malahan juga boleh merosakkan minda.
Tetapi fakta tentang onani yang mungkin tidak diketahui adalah tabiat tersebut berkemungkinan tidak akan mendatangkan apa-apa kecederaan dan kerosakan fizikal atau psikologi.
Anda mungkin menyangka bahawa hanya manusia yang beronani. Ia adalah tidak benar kerana spesies lain seperti burung, monyet dan kuda juga melakukannya.
Ia mungkin berbunyi agak aneh tetapi mereka juga akan beronani untuk memuaskan keinginan seksual mereka.
Menurut kajian yang terbaharu, lelaki terutamanya yang masih remaja lebih gemar beronani berbanding wanita.
Antara fakta tentang onani yang tidak diketahui adalah kebanyakan wanita tidak akan mempunyai tabiat ini sehinggalah lewat remaja dan awal 20-an, di mana mereka sudah cukup matang untuk melakukan seks.
Namun begitu, wanita melakukannya bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu sebaliknya hanya ingin menerokai tubuh badannya.
Secara puratanya, wanita akan melakukan onani sekurang-kurangnya 5 kali sebulan manakala lelaki melakukannya sekitar 12 kali sebulan.
Baca juga:
Ketika beronani, kadar degupan jantung akan meningkat seiring dengan kadar pernafasan lalu menyebabkan anda berpeluh.
Ia sebenarnya membantu anda mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan kesakitan pada belakang dan kaki serta serangan jantung.
Ya, ia adalah benar sama sekali.
Sebenarnya, ini lebih tertumpu kepada lelaki berbanding wanita kerana lelaki akan kehilangan neurotransmitter yang penting berkaitan memori dan perhatian setiap kali mereka mencapai ejakulasi.
Antara sebab yang lain pula adalah kerana ia adalah perbuatan tidak senonoh yang individu mencuba sedaya upaya untuk melupakannya.
Kebanyakan individu akan berasa tertekan jika mendapati pasangan mereka melakukan onani.
Sebenarnya, anda hanya perlu relaks kerana ia dapat membantu kehidupan seks kalian.
Individu yang beronani akan mempunyai lebih pengalaman dan sudah mengetahui apa yang mereka sukai. Oleh itu, mereka akan lebih berterus terang dengan pasangannya. Ia satu fakta tentang onani yang mengejutkan, bukan?
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa melancap ini bukanlah satu perbuatan yang baik dan senonoh. Ia juga sebenarnya ditegah dari aspek kerohanian.
Pilihan terletak di tangan anda.
Sewajarnya, anda perlu fokus terhadap kehidupan seks dengan berbincang bersama pasangan dan menjalani gaya hidup sihat bersama-sama.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen