Apa perkara sebenar yang sebabkan zakar mengecil jika bukan melancap?

Jadi, sekarang kita sudah tahu bahawa kerap melancap mungkin bukan punca zakar mengecil. Jadi apa punca sebenarnya? Mari kita lihat huraian ini bersama-sama:
#1. Faktor usia
Seiring dengan pertambahan usia, kolesterol yang terkumpul dalam saluran darah akan membentuk plak. Ia kemudiannya akan mengakibatkan aliran darah zakar menjadi lemah.
Akibatnya, zakar akan dilihat sedikit mengecil berbanding dahulu di saat melakukan hubungan seksual.
#2. Tabiat merokok
Bahan kimia yang terdapat dalam rokok tentu sahaja akan merosakkan saluran darah pada zakar sekali gus menyebabkan aliran darah tersumbat.
Akibatnya, zakar akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan ereksi yang maksimum. Jadi, berhenti merokok sekarang juga.
#3. Penyakit Peyronie
Buat anda yang tertanya-tanya, ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan luka pada dalam zakar. Ia akan menyebabkan zakar membengkok serta nampak lebih kecil.
Jika anda mengalaminya, pembedahan wajar dijalankan untuk merawat penyakit ini.
#4. Obesiti
Pertambahan berat badan sebenarnya turut mempengaruhi bentuk zakar walaupun ia tidak akan membuatkannya lebih mengecil.
Ini kerana perut yang besar atau buncit akan mengakibatkan zakar tertarik ke dalam lantas menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding sebelumnya.
Kesan lelaki lancap bukan punca zakar mengecil, namun lelaki masih perlu berjaga-jaga!
Kesimpulannya, terlalu kerap melancap bukanlah punca zakar mengecil. Pun begitu, kaum Adam wajarlah lebih berjaga-jaga dan tegah diri daripada melakukannya!
Ini kerana tabiat buruk ini jelas sekali bertentangan dengan apa yang agama Islam ajarkan. Selain itu, adakah anda masih mahu melakukannya selepas berkahwin?
Anda sudah tentu tidak mahu mengecewakan perasaan pasangan tercinta anda bukan? Jadi, berhenti melakukannya sekarang juga!
Kini anda telah tahu kesan lelaki lancap.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen