home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Masalah Buang Air Kecil Mungkin Tanda Kanser Prostat, Ini Apa Anda Harus Tahu Tentangnya

Masalah Buang Air Kecil Mungkin Tanda Kanser Prostat, Ini Apa Anda Harus Tahu Tentangnya

Kanser prostat adalah sejenis kanser yang berlaku pada organ yang bernama prostat. Ia adalah salah satu daripada kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki.

Prostat adalah organ berbentuk seperti walnut yang terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia mengelilingi saluran air kencing urethra dan berfungsi menghasilkan cecair seminal yang memberikan kesuburan serta membantu dalam membawa sperma keluar.

Kanser prostat berkembang secara perlahan

Kanser ini pada membesar secara beransur-ansur. Kebiasaannya pada fasa awal, ia hanya berlaku di dalam prostat dan tidak menyebabkan masalah yang serius.

Kebanyakan kes mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan atau hanya rawatan ringkas. Namun, ada juga jenis yang lebih agresif dan merebak dengan cepat.

Kunci utama dalam rawatan kanser prostat adalah diagnosis awal. Ini dapat dilakukan melalui ujian saringan yang disebut sebagai ujian PSA (prostate specific antigen).

Ujian darah yang ringkas ini mampu mengesan kehadiran antigen khusus yang dirembeskan apabila terdapat kanser prostat. Semua orang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan untuk menjalani ujian ini.

Masalah membuang air kecil mungkin disebabkan oleh kanser prostat

Lebih-lebih lagi jika berumur lebih 50 tahun, sebarang masalah atau kesukaran dalam membuang air kencing perlu diperiksa untuk melihat kebarangkalian kanser prostat.

Selain masalah membuang air kencing, simptom yang dialami bagi penghidap kanser ini termasuk:

  • Air kencing keluar dengan perlahan.
  • Air mani bercampur darah.
  • Ketidakselesaan pada kawasan pinggul.
  • Sakit tulang.
  • Disfungsi erektil.

Hiperplasia prostat benigna (BPH) boleh memberikan simptom yang sama

Jika anda seorang lelaki berumur lebih 50 tahun atau mempunyai bapa dengan umur yang sama dan mengalami simptom yang disebutkan di atas, sila dapatkan bantuan perubatan.

Simptom yang sama juga mungkin disebabkan oleh keadaan lain bukan kanser iaitu hiperplasia prostat benigna (BPH). Keadaan kesihatan ini menyebabkan saiz prostat membesar. BPH adalah penyakit yang tidak serius dan tidak merebak ke organ lain. Rawatan mungkin perlu diberikan dalam sesetengah kes. Ia juga tidak akan berubah menjadi kanser.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 20/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x