backup og meta

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat perbezaan antara maksud burnout dan juga keletihan mental. 

Walaupun kedua-duanya kedengaran agak sama, namun ia sebenarnya tidak serupa. Lihat penjelasan di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Apa itu keletihan mental? Adakah sama dengan maksud burnout?

maksud burnout
Keletihan mental boleh membawa kepada burnout.

Keletihan mental adalah keadaan di mana seseorang berasa terlalu letih dari segi mental, yang boleh mempengaruhi prestasi harian dan kesejahteraan keseluruhan. Ia terjadi disebabkan oleh aktiviti kognitif otak yang berpanjangan 1

Keadaan ini sering dialami oleh individu yang terlibat dalam pekerjaan yang memerlukan tumpuan serta pemikiran intensif untuk tempoh masa panjang.

Keletihan mental juga dikenali sebagai keletihan kognitif, di mana otak mengalami penurunan kemampuan untuk berfungsi secara optimum. 

Ini biasanya berlaku selepas tempoh aktiviti mental yang intensif dan berterusan tanpa rehat yang mencukupi. 

Keadaan ini berbeza dengan keletihan fizikal, di mana tubuh badan berasa lemah dan tidak bertenaga. 

Dalam keletihan mental, walaupun tubuh badan mungkin masih mampu berfungsi dengan baik, namun minda menjadi letih dan tidak dapat mengekalkan tahap fokus dan kecekapan yang sama.

Selain itu, penat mental boleh disebabkan oleh tekanan yang berpanjangan, tuntutan pekerjaan yang tinggi, dan kekurangan tidur yang berkualiti.

Keadaan ini boleh memberi kesan negatif kepada kemampuan seseorang untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan mengekalkan produktiviti. 

Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal keletihan mental dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasinya.

Tanda-tanda awal keletihan mental

maksud burnout
Terlalu banyak menggunakan fungsi kognitif boleh sebabkan keletihan mental.

Seperti keadaan lain, penat mental juga boleh dikesan dengan pelbagai tanda. 

Antara tanda-tanda yang menunjukkan anda mengalami keletihan mental adalah seperti berikut 2 3 4 5

#1. Kesukaran untuk fokus

Seseorang itu mungkin mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau perhatian kepada tugas-tugas harian.

#2. Ingatan menjadi lemah

Keletihan mental boleh menyebabkan seseorang mudah lupa atau sukar mengingati maklumat-maklumat penting.

#3. Kekurangan motivasi

Anda juga mungkin tidak bersemangat atau tidak bermotivasi untuk melakukan aktiviti yang biasanya memberikan keseronokan atau dirasakan penting.

#4. Keletihan yang berterusan

Anda turut berasa letih sepanjang masa walaupun setelah mendapat waktu tidur yang mencukupi.

#5. Perubahan emosi

Penat mental boleh menyebabkan seseorang menjadi mudah marah atau berasa tertekan.

Bagaimana mengatasi keletihan mental?

Keletihan mental bukanlah satu keadaan yang kronik seperti mana maksud burnout.

Ia masih terkawal dan boleh diatasi dengan langkah-langkah mudah yang terbukti berkesan. 

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi keletihan mental yang anda alami:

#1. Pastikan rehat secara berkala

Mengambil masa untuk berehat seketika sepanjang hari boleh membantu mengurangkan keletihan mental 6

Berehat sebentar untuk meregangkan otot atau berjalan-jalan seketika boleh memberikan perbezaan yang besar.

#2. Tidur yang cukup

Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi setiap malam. Tidur yang baik membantu otak pulih dan memulihkan tenaga mental 7.

#3. Senaman secara berkala

Melakukan senaman secara berkala boleh meningkatkan tahap tenaga dan sebagai cara mengatasi penat mental yang baik 8

Senaman juga membantu meningkatkan mood dan ketajaman mental anda.

#4. Pengurusan masa

Mengurus masa dengan baik dan menetapkan keutamaan untuk tugas-tugas anda boleh membantu mengelakkan tekanan yang berlebihan yang boleh menyebabkan keletihan mental.

#5. Pengambilan nutrien yang tepat

Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien penting boleh membantu memulihkan tenaga mental. 

Ini termasuklah pengambilan asid amino seperti L-Histidine yang boleh membantu melegakan penat mental, memberikan pemikiran yang lebih jelas dan fokus, serta mempercepatkan masa reaksi kognitif 9.

Bolehkah keletihan mental ini dirawat?

Ya, keletihan mental boleh dirawat dengan langkah-langkah yang betul. 

Menggabungkan rehat yang mencukupi, senaman, pengurusan masa yang baik, dan pengambilan nutrien yang tepat boleh membantu mengurangkan keletihan mental dan memulihkan tenaga mental. 

Penggunaan suplemen yang mengandungi asid amino seperti L-Histidine boleh memberikan sokongan tambahan dengan membantu meningkatkan ketajaman mental dan respons kognitif.

Adakah ia serupa dengan maksud burnout?

Apa maksud burnout yang sebenar? Maksud burnout adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami keletihan fizikal, emosi dan mental yang melampau akibat tekanan yang berpanjangan, terutamanya yang berkaitan dengan kerjaya 10

Burnout berlaku apabila seseorang berasa penat dengan tuntutan tugas yang berlebihan dan kehilangan motivasi atau kepuasan dalam kerja mereka. 

Tanda tanda burnout termasuklah 11:

  • Keletihan yang berterusan
  • Penurunan prestasi kerja
  • Perasaan negatif terhadap tugas-tugas kerja
  • Rasa tidak berdaya
  • Meragui kemampuan diri
  • Menundakan tugas

Ini adalah maksud burnout dan tanda tanda burnout

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa keletihan mental boleh menjadi pencetus utama kepada burnout apabila dibiarkan berlarutan tanpa intervensi yang sesuai. 

Kajian saintifik menunjukkan bahawa keletihan mental yang kronik boleh mengakibatkan penurunan dalam kapasiti kognitif dan emosi individu secara signifikan 12, menjadikannya sukar untuk mengatasi tekanan harian. 

Apabila seseorang mengalami keletihan mental, mereka cenderung mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, membuat keputusan dan menyelesaikan tugas yang kompleks 13 14 15

Keadaan ini boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja dan rasa tidak berdaya, yang merupakan tanda tanda burnout.

Kajian juga menunjukkan bahawa, burnout sering berkembang apabila terdapat ketidakseimbangan antara tuntutan pekerjaan dan sumber yang tersedia untuk memenuhi tuntutan tersebut, yang sering dipicu oleh keletihan mental yang berpanjangan 16 17 18

Oleh itu, penat mental bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan individu dalam jangka pendek. 

Namun, ia juga boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti maksud burnout di atas jika tidak ditangani dengan betul.

Atasi keletihan mental untuk elak burnout

maksud burnout
Keseimbangan kesihatan fizikal dan mental membuatkan anda lebih sihat.

Jelas sekali bahawa maksud burnout tidak sama dengan keletihan mental.

Namun, keletihan mental boleh menyebabkan apa yang disebut sebagai maksud burnout jika tidak diatasi lebih awal. 

Pengambilan nutrien yang betul boleh membantu mengurangkan keletihan mental dan memulihkan tenaga mental.

Ini sekali gus memberikan anda keupayaan untuk berfikir dengan jelas dan bertindak balas dengan cepat. 


Dengan mengikuti tip-tip di atas, anda boleh mengurangkan keletihan mental dan meningkatkan prestasi harian anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Russell, S., Jenkins, D., Rynne, S., Halson, S. L., & Kelly, V. (2019). What is mental fatigue in elite sport? Perceptions from athletes and staff. European journal of sport science, 19(10), 1367–1376. https://doi.org/10.1080/17461391.2019.1618397. Diakses pada Julai 22, 2024.
  2. Marcora, S., Staiano, W., & Manning, V. (2009). Mental fatigue impairs physical performance in humans.. Journal of applied physiology, 106 3, 857-64 . https://doi.org/10.1152/japplphysiol.91324.2008. Diakses pada Julai 22, 2024.
  3. Russell, S., Jenkins, D., Rynne, S., Halson, S., & Kelly, V. (2019). What is mental fatigue in elite sport? Perceptions from athletes and staff. European Journal of Sport Science, 19, 1367 – 1376. https://doi.org/10.1080/17461391.2019.1618397. Diakses pada Julai 22, 2024.
  4. Cutsem, J., Marcora, S., Pauw, K., Bailey, S., Meeusen, R., & Roelands, B. (2017). The Effects of Mental Fatigue on Physical Performance: A Systematic Review. Sports Medicine, 47, 1569-1588. https://doi.org/10.1007/s40279-016-0672-0. Diakses pada Julai 22, 2024.
  5. Hopstaken, J., Linden, D., Bakker, A., & Kompier, M. (2015). A multifaceted investigation of the link between mental fatigue and task disengagement.. Psychophysiology, 52 3, 305-15 . https://doi.org/10.1111/psyp.12339. Diakses pada Julai 22, 2024.
  6. Qi, P., Gao, L., Meng, J., Thakor, N., Bezerianos, A., & Sun, Y. (2019). Effects of Rest-Break on Mental Fatigue Recovery Determined by a Novel Temporal Brain Network Analysis of Dynamic Functional Connectivity. IEEE Transactions on Neural Systems and Rehabilitation Engineering, 28, 62-71. https://doi.org/10.1109/TNSRE.2019.2953315. Diakses pada Julai 22, 2024.
  7. How Sleep Deprivation Impacts Mental Health. https://www.columbiapsychiatry.org/news/how-sleep-deprivation-affects-your-mental-health. Diakses pada Julai 22, 2024.
  8. Physical activity and mental health. https://www.mentalhealth.org.uk/explore-mental-health/a-z-topics/physical-activity-and-mental-health. Diakses pada Julai 22, 2024.
  9. Sasahara, I., Fujimura, N., Nozawa, Y., Furuhata, Y., & Sato, H. (2015). The effect of histidine on mental fatigue and cognitive performance in subjects with high fatigue and sleep disruption scores. Physiology & Behavior, 147, 238-244. https://doi.org/10.1016/j.physbeh.2015.04.042. Diakses pada Julai 22, 2024.
  10. Burnout. https://www.helpguide.org/articles/stress/burnout-prevention-and-recovery.htm. Diakses pada Julai 22, 2024. 
  11. Burnout. https://mentalhealth-uk.org/burnout/. Diakses pada Julai 22, 2024.
  12. Grillon, C., Quispe-Escudero, D., Mathur, A., & Ernst, M. (2015). Mental fatigue impairs emotion regulation.. Emotion, 15 3, 383-9 . https://doi.org/10.1037/emo0000058. Diakses pada Julai 22, 2024.
  13. Smith, M., Zeuwts, L., Lenoir, M., Hens, N., Jong, L., & Coutts, A. (2016). Mental fatigue impairs soccer-specific decision-making skill. Journal of Sports Sciences, 34, 1297 – 1304. https://doi.org/10.1080/02640414.2016.1156241. Diakses pada Julai 22, 2024.
  14. Faber, L., Maurits, N., & Lorist, M. (2012). Mental Fatigue Affects Visual Selective Attention. PLoS ONE, 7. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0048073. Diakses pada Julai 22, 2024.
  15. Verschueren, J., Tassignon, B., Proost, M., Teugels, A., Cutsem, J., Roelands, B., Verhagen, E., & Meeusen, R. (2020). Does Mental Fatigue Negatively Affect Outcomes of Functional Performance Tests?. Medicine & Science in Sports & Exercise, 52, 2002 – 2010. https://doi.org/10.1249/MSS.0000000000002323. Diakses pada Julai 22, 2024.
  16. Bakker, A., & Vries, J. (2020). Job Demands–Resources theory and self-regulation: new explanations and remedies for job burnout. Anxiety, Stress, & Coping, 34, 1 – 21. https://doi.org/10.1080/10615806.2020.1797695. Diakses pada Julai 22, 2024.
  17. McCormack, H., MacIntyre, T., O’Shea, D., Herring, M., & Campbell, M. (2018). The Prevalence and Cause(s) of Burnout Among Applied Psychologists: A Systematic Review. Frontiers in Psychology, 9. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.01897. Diakses pada Julai 22, 2024.
  18. Aronsson, G., Theorell, T., Grape, T., Hammarström, A., Hogstedt, C., Marteinsdóttir, Í., Skoog, I., Träskman-bendz, L., & Hall, C. (2017). A systematic review including meta-analysis of work environment and burnout symptoms. BMC Public Health, 17. https://doi.org/10.1186/s12889-017-4153-7. Diakses pada Julai 22, 2024.

Versi Terbaru

09/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

10 Tanda FIZIKAL Anda Menghidap Penyakit Anxiety, Semak Simptom No. 2, Bahaya!

Selain Ubat, Ini Cara Lain Yang Berkesan Berdepan Masalah Depresi & Kegelisahan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan