Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
8 Cara Ini Boleh Bantu Anda Tenangkan Diri Jika Alami Anxiety Attack!
Gangguan kegelisahan atau anxiety attack boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan pelbagai faktor. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengetahui cara mengatasi anxiety disorder apabila ia berlaku agar anda kekal tenang.
Lihat cara merawat anxiety yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Apa punca anxiety berlaku?
Tanda-tanda anxiety attack.
Pernahkah anda mengalami anxiety attack? Atau anda sendiri tidak sedar bahawa anda sebenarnya pernah mengalaminya.
Kegelisahan atau anxiety adalah satu perasaan yang biasa dialami oleh setiap individu.
Kegelisahan adalah tindak balas emosi terhadap tekanan yang mungkin dirasai dalam bentuk fizikal atau emosi.
Namun, bagi sesetengah individu, perasaan ini boleh menjadi terlalu kuat atau mendalam dan boleh mengganggu rutin seharian mereka.
Punca anxiety attack
Tekanan kerja
Masalah dalam hubungan
Masalah kesihatan
Jadi, apakah cara merawat anxiety tanpa ubat? Anda boleh lihat tip-tip yang disenaraikan di bawah ini.
8 cara mengatasi anxiety attack
Cara meredakan anxiety tanpa ubat.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, anxiety attack boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa.
Oleh itu, anda perlu mengetahui cara hilangkan anxiety attack sebagai persediaan sewaktu ia terjadi.
Antara cara mengatasi anxiety adalah seperti berikut:
Pernafasan dalam: Tarik nafas dalam-dalam, tahan sebentar dan lepaskan secara perlahan. Ulangi langkah ini beberapa kali
Berbual dengan seseorang: Berkongsi perasaan dengan orang yang anda percaya boleh meredakan kegelisahan yang dialami. Anda boleh meluahkannya kepada ahli keluarga atau rakan baik anda
Mengatur semula fikiran anda: Kenal pasti fikiran-fikiran negatif dan cuba tukarkannya kepada perspektif yang lebih positif
Lakukan senaman: Aktiviti seperti berjoging atau berenang boleh mengurangkan hormon stres dan meningkatkan rasa gembira
Teknik relaksasi: Kaedah seperti meditasi atau yoga boleh membantu menenangkan jiwa anda. Bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh cuba berzikir, membaca al-Quran atau bersolat sunat 2 rakaat sebagai kaedah menenangkan diri
Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol: Kedua-dua bahan ini merupakan pantang larang anxiety dan boleh mempengaruhi kadar degupan jantung dan menambah kegelisahan anda
Atur rutin harian anda: Memiliki rutin harian akan memberikan anda rasa teratur dan mengurangkan kegelisahan
Rujuk pakar: Jika serangan kegelisahan menjadi terlalu kerap, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi
Cara mengatasi anxiety: Apa perlu buat jika alami sesak nafas semasa anxiety attack?
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang mungkin akan mengalami sesak nafas apabila terlalu gelisah.
Apakah cara mengatasi anxiety sesak nafas ini?
Pada ketika ini, amat penting untuk anda cuba menenangkan diri dan fokus kepada pernafasan anda.
Cara hilangkan anxiety attack ini dapat memastikan tubuh anda mendapat oksigen yang cukup dan meredakan rasa sesak nafas yang berlaku.
Jika anda melihat mana-mana individu mengalami sesak nafas disebabkan anxiety attack, ajarkan mereka teknik ini untuk membantu meredakan serangan kegelisahan yang dialami.
Kesimpulan
Walaupun serangan kegelisahan boleh mengganggu aktiviti seharian kita, dengan pengetahuan dan cara hilangkan anxiety attack yang tepat, kita sebenarnya boleh menghadapinya.
Dapatkan bantuan apabila perlu dan jangan segan untuk berkongsi perasaan anda.
Perlu diingat bahawa kegelisahan adalah sebahagian daripada kehidupan.
Namun, dengan sokongan dan teknik yang betul, kita boleh melaluinya dengan penuh keyakinan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anxiety Disorders and Anxiety Attacks. https://www.helpguide.org/articles/anxiety/anxiety-disorders-and-anxiety-attacks.htm. Diakses pada November 2, 2023.
Anxiety and panic attacks. https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/anxiety-and-panic-attacks/for-friends-and-family/. Diakses pada November 2, 2023.
11 tips for coping with an anxiety disorder. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/11-tips-for-coping-with-an-anxiety-disorder. Diakses pada November 2, 2023.
How to Help Someone with Anxiety. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/how-to-help-someone-with-anxiety. Diakses pada November 2, 2023.
What are Anxiety Disorders?. https://www.psychiatry.org/patients-families/anxiety-disorders/what-are-anxiety-disorders. Diakses pada November 2, 2023.
Versi Terbaru
25/07/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor