Ramai orang masih berasa keliru apabila bercakap mengenai topik kemandulan akibat sperma tidak subur dan mati pucuk.
Ramai orang masih berasa keliru apabila bercakap mengenai topik kemandulan akibat sperma tidak subur dan mati pucuk.

Bahkan, lelaki yang mengalami masalah kemandulan atau ereksi sendiri kadangkala gagal membezakan kedua-dua kondisi kesihatan tersebut.
Tanda mati pucuk dan kemandulan boleh jejaskan kesihatan seksual lelaki dan kemampuan untuk memiliki anak, tetapi dengan cara yang berbeza.
Mati pucuk, atau dikenali sebagai disfungsi ereksi (ED), merujuk kepada masalah untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi.
Kemandulan, juga disebut ketidaksuburan, merujuk pada penghasilan sperma yang tidak subur atau mencukupi, yang menjejaskan keupayaan untuk memiliki zuriat.
Dalam kupasan kali ini, kami di Hello Doktor bakal membincangkan perbezaan antara kemandulan dan mati pucuk serta rawatan sperma tidak normal yang boleh dicuba, teruskan pembacaan ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Kondisi ini cenderung berlaku dengan peningkatan usia. Kajian melaporkan, 1 daripada 10 lelaki dewasa akan mempunyai masalah ED dalam jangka masa panjang.
Perlu pembaca tahu, beberapa organ yang berbeza, termasuk organ dalam sistem saraf, otot, dan saluran darah, perlu bekerja dengan cara yang terkoordinasi membolehkan lelaki mencapai ereksi sepenuhnya.
Oleh itu, jika salah satu antara sistem ini terganggu, lelaki boleh menghadapi masalah untuk mengalami ereksi.

Demikian merupakan beberapa pemicu utama ED, merangkumi:
Tanda mati pucuk juga mungkin berkaitan dengan pembedahan atau terapi radiasi yang dilakukan untuk merawat kanser prostat atau prostat yang membesar (benign prostatic hypertrophy, BPH).
Bukan faktor fizikal sahaja, aspek emosi juga tidak terkecuali dalam pemicu ED, seperti:
Sekiranya usaha membuntingkan isteri selama sekurang-kurangnya setahun masih tidak mendatangkan hasil, anda mungkin menghadapi masalah kemandulan (sterility).
Masalahnya boleh berpunca daripada salah satu antara pasangan, atau kedua-duanya sekali. Malah, kira-kira 1 pertiga isu kemandulan pada masa ini datang daripada golongan lelaki sahaja!

Ia boleh disebabkan oleh masalah kesuburan sperma atau masalah berkaitan penghasilannya.
Beberapa penyebab kemandulan atau tanda sperma tidak subur turut termasuk:
Pemicu kemandulan boleh dikatakan agak tidak jelas.
Ini kerana lelaki yang mandul sering mengalami gejala lain, seperti masalah fungsi seksual, keinginan berkurang, bengkak di skrotum, dan masalah ejakulasi.
Jom kita ketahui antara pilihan rawatan sperma tidak normal yang boleh dicuba.
Biasanya sebagai permulaan, doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal.
Doktor kemudian mungkin akan meminta anda untuk lakukan ujian makmal (seperti tahap testosteron, HbA1c, atau fasting lipid panel) untuk mengesan sebarang penyakit seperti diabetes mellitus, penyakit jantung, atau masalah hormon yang boleh memicu keadaan ereksi.
Berdasarkan keputusan pemeriksaan dan makmal anda, doktor akan mengesyorkan rancangan rawatan yang bersesuaian.
Kadangkala, perubahan gaya hidup juga diperlukan, seperti:
Sekiranya kondisi masih tidak membaik pulih, doktor mungkin akan menetapkan ubat yang disebut sebagai phosphodiesterase-5-inhibitor untuk tingkatkan aliran darah ke zakar, merangkumi:
Peringatan! Semua ubat ini membawa risiko tersendiri, terutamanya jika anda pernah alami kegagalan jantung, mempunyai penyakit jantung lain, mengambil ubat nitrat atau mempunyai tekanan darah rendah.
Ubat lain yang digunakan untuk merawat disfungsi ereksi adalah alprostadil, terapi Prostaglandin E1.
Rawatan ini sama ada disuntik sendiri atau dimasukkan sebagai suppository ke dalam zakar, untuk menghasilkan ereksi yang berkekalan hingga 1 jam.
Sekiranya terapi ubat juga tidak sesuai untuk anda, pam zakar atau implan mungkin dapat membantu.
Untuk mereka yang bergelut dengan masalah emosi, berjumpa dengan kaunselor berupaya bantu menangani konflik dalaman yang menyukarkan anda mendapat ereksi.

Antara ujian yang digunakan untuk mendiagnosis kemandulan akibat sperma tidak subur pada lelaki terdiri daripada:
Rawatan yang bakal dijalani juga bergantung kepada pemicu yang dikenal pasti. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk:
Juga, persenyawaan in vitro atau artificial insemination (di mana sperma disuntik ke serviks atau rahim) boleh dilakukan untuk mewujudkan konsepsi apabila kemandulan menjadi punca.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
09/05/2025
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa