Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Penyakit jantung kongenital (Congenital Heart Disease – CHD) adalah masalah pada struktur jantung yang wujud sejak dilahirkan. Penyakit ini boleh menggambarkan beberapa masalah yang berbeza yang mempengaruhi jantung. Ia merupakan jenis kecacatan kelahiran yang paling lazim. CHD menyebabkan lebih banyak kematian dalam tahun pertama kehidupan berbanding sebarang kecacatan kelahiran yang lain.
Walaupun ini boleh menjadi keadaan yang sangat serius, kebanyakannya boleh dirawat dengan pembedahan. Dalam sesetengah kes, doktor boleh menemui masalah ini sejak kehamilan. Anda mungkin tidak akan menzahirkan apa-apa simptom sehinggalah dewasa, atau mungkin tiada simptom sama sekali.
Penyakit jantung kongenital boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko bagi anda dan bayi anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Penyakit jantung kongenital selalunya dikesan semasa ujian ultrabunyi kehamilan. Sekiranya doktor anda mendengar denyutan jantung yang tidak normal sebagai contoh, mereka mungkin akan menyiasat isu ini selanjutnya dengan melakukan ujian tertentu. Ini termasuk ekokardiogram, imbasan x-ray dada, atau imbasan MRI. Sekiranya diagnosis dibuat, doktor anda akan memastikan pakar-pakar yang bersesuaian bersedia semasa proses bersalin.
Dalam sesetengah kes, simptom-simptom kecacatan jantung kongenital mungkin tidak muncul sehingga beberapa ketika selepas kelahiran. Bayi yang baru lahir dengan kecacatan jantung mungkin mengalami:
Dalam kes lain, simptom kecacatan jantung kongenital mungkin tidak muncul sehingga bertahun-tahun selepas lahir. Apabila simptom telah berkembang, ia mungkin meliputi:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika bayi anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda dan bayi anda.
Penyakit jantung kongenital berlaku akibat masalah pada perkembangan awal dalam struktur jantung. Kecacatan biasanya mengganggu aliran darah yang normal melalui jantung, yang mungkin akan menjejaskan pernafasan. Para pengkaji masih tidak pasti mengapa jantung tersebut gagal berkembang dengan betul. Walau bagaimanapun, terdapat faktor risiko tertentu yang boleh diperhatikan oleh ahli keluarga.
Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit jantung kongenital, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor mungkin akan menemui beberapa masalah sebelum bayi dilahirkan. Masalah lain pula mungkin dikesan ketika umur bayi, kanak-kanak, atau setelah dewasa. Doktor akan mendengar degupan jantung untuk memeriksa tahap kesihatan pesakit. Jika dia mendengar bunyi desiran jantung atau apa-apa bunyi yang luar biasa, dia mungkin akan mengarahkan lebih banyak ujian dilaksanakan, seperti:
Rawatan bagi kecacatan jantung kongenital bergantung kepada jenis dan keparahan kecacatan. Sesetengah bayi mempunyai kecacatan jantung yang ringan yang boleh sembuh sendiri dengan masa. Yang lain pula mungkin mempunyai kecacatan teruk yang memerlukan rawatan lanjut. Dalam kes ini, rawatan mungkin termasuk yang berikut:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani penyakit jantung kongenital:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Congenital Heart Disease Explained.
md.com/heart-disease/congenital-heart-disease#1. Accessed November 6, 2016
Congenital Heart Defects.
https://medlineplus.gov/congenitalheartdefects.html. Accessed November 6, 2016
Congenital heart disease.
http://www.nhs.uk/conditions/Congenital-heart-disease/Pages/Introduction.aspx. Accessed November 6, 2016
Congenital Heart Disease.
http://www.webww.healthline.com/health/congenital-heart-disease#Overview1. Accessed November 6, 2016