Istilah serangan panik dan kegelisahan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sebenarnya berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Istilah serangan panik dan kegelisahan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sebenarnya berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Serangan-serangan ini mempunyai intensiti dan jangka masa yang berbeza. Serangan panik atau turut dikenali sebagai panic attack secara umumnya lebih teruk berbanding kegelisahan.
Ingin mengetahui ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi kedua-dua serangan ini? Teruskan membaca dengan lebih lanjut!
Gejala-gejala kegelisahan dikaitkan dengan banyak kondisi kesihatan mental, termasuk trauma obsesif-kompulsif, sementara serangan panik mempengaruhi mereka yang mengalami gangguan panik.
Serangan panik biasanya berlaku secara tiba-tiba dan melibatkan ketakutan yang kuat. Mereka disertai dengan gejala fizikal yang menakutkan, seperti degupan jantung yang laju, sesak nafas, atau mual.
Serangan panik yang tidak dijangka berlaku tanpa sebab yang jelas. Serangan ini juga mungkin disebabkan oleh tekanan luar, seperti fobia dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Manakala, serangan kegelisahan pula dikategorikan sebagai gangguan psikiatri yang biasa.
Antara gejala kegelisahan yang dapat dikenal pasti termasuklah kebimbangan, tertekan, dan takut.
Kebimbangan biasanya berkaitan dengan jangkaan situasi, pengalaman, atau peristiwa yang membuatkan seseorang tertekan. Ia juga mungkin berlaku secara berperingkat.
Perbezaan antara kegelisahan dan serangan panik dapat difahamkan dengan membandingkan simptom-simptom berikut:
Serangan panik berlaku secara tiba-tiba, tanpa pencetus yang jelas.
Gejala termasuk:
Bukah itu sahaja, individu yang mengalami panic attack juga boleh:
Simptom panik juga cenderung memuncak setelah 10 minit, kemudian secara beransur-ansur akan mereda.
Namun, beberapa serangan ini dapat terjadi secara berturut-turut, menjadikannya berlangsung lebih lama.
Walaupun serangan panik berlaku secara tiba-tiba, namun gejala kegelisahan berlaku dalam tempoh masa yang berlebihan.
Simptom turut boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minit atau jam. Namun, kesannya tidak sekuat panic attack.
Gejala serangan kegelisahan termasuk:
Tambahan pula, gejala ini sering bertahan lebih lama daripada simptom panic attack. Ia mampu berterusan selama beberapa hari, minggu, atau bulan!
Oleh sebab gejala-gejalanya hampir serupa dan boleh jadi mengelirukan, orang ramai mungkin sukar untuk membezakan antara gangguan panik dan kegelisahan.
Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu:
Serangan panik biasanya berlaku tanpa pencetus. Manakala, kegelisahan adalah tindak balas terhadap tekanan atau ancaman yang dirasakan.
Selain itu, serangan panik muncul secara tiba-tiba, sementara kegelisahan menjadi lebih kuat secara beransur-ansur dalam beberapa minit, jam, atau hari.
Serangan panik juga biasanya mereda setelah beberapa minit, sementara gejala kegelisahan dapat berlaku dalam jangka masa yang panjang.
Serangan panik yang tidak dijangka dan kegelisahan tidak mempunyai pencetus luaran yang jelas. Namun, perkara-perkara berikut mampu untuk menjadi pencetus:
Serangan kegelisahan dan panik mempunyai faktor risiko yang serupa. Ini termasuklah:
hidup dengan keadaan kesihatan yang kronik atau penyakit yang mengancam nyawa
Harus anda ketahui, individu yang mengalami kegelisahan juga berisiko tinggi untuk mengalami panic attack.
Sekiranya anda mengalami kegelisahan atau panic attack, cubalah perkara-perkara berikut:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen