backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Racun Serangga Boleh Beri Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan? AWAS Ya Ibu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan Ā· Disemak pada 20/07/2022

    Racun Serangga Boleh Beri Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan? AWAS Ya Ibu!

    Racun serangga adalah produk kimia yang digunakan untuk mengawal atau memusnahkan serangga perosak yang berbahaya atau mengganggu.

    Semua orang mungkin terdedah kepadanya melalui tiga cara utama: dihirup daripada udara, diserap melalui kulit, atau pengambilan melalui mulut.

    Malangnya, ia boleh didapati hampir di semua tempat; dalam udara, tanah, bekalan air anda mahupun pada habuk.

    Kajian mendapati racun serangga mampu tersebar jauh serta mungkin dijumpai dalam makanan yang dimakan ibu mengandung dan makanan yang anda berikan kepada anak anda.

    Kesan pendedahan racun serangga semasa mengandung

    Kajian demi kajian menyokong kaitan antara pendedahan racun serangga semasa kehamilan dan kesan neurologi dan kognitif yang buruk pada janin.

    Antara kaitan yang ditemui para penyelidik termasuklah:

    • Pendedahan kepada organofosfat semasa kehamilan dikaitkan dengan kelahiran pramatang, refleks tubuh yang tidak normal pada bayi, perkembangan mental lemah pada umur 24 bulan masalah perkembangan bayi
    • Pendedahan kepada organoklorin semasa hamil meningkatkan risiko anak mengalami masalah tingkah laku yang dikaitkan dengan attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
    • Pendedahan kepada pyrethroids menjejaskan IQ kanak-kanak seperti kesan plumbum
    • Pendedahan kepada PCB (polychlorinated biphenyls) yang didapati bertindak seperti estrogen, menyebabkan kecelaruan sistem endokrin dan boleh menjejaskan perkembangan sistem pembiakan janin

    buasir ketika hamil

    Adakah penggunaannya di rumah turut membahayakan?

    Wanita hamil harus mengelakkan racun perosak seboleh mungkin.

    Tiada bukti ketara risiko penggunaan racun serangga pada kadar yang biasa digunakan di rumah.

    Pun begitu, ramai wanita hamil sebenarnya terdedah kepada racun perosak ini daripada kawasan kejiranan mereka seperti kebun, taman bunga atau kawasan pertanian di kawasan sekitar.

    Bahkan kajian di Amerika Syarikat mendapati 3 daripada 4 wanita terdedah kepada kadar racun perosak serangga di sekitar rumah mereka.

    Jika anda terdedah kepada racun serangga yang digunakan di kawasan sekitar, janin mungkin mengalami risiko sederhana terhadap mulut sumbing, kecacatan tiub saraf, kecacatan jantung dan kecacatan anggota badan.

    Wanita yang tinggal dalam jarak 400m daripada kawasan pertanian juga mempunyai peningkatan risiko sederhana terhadap kecacatan tiub saraf.

    Kanak-kanak yang terdedah kepada racun serangga dalam rumah pula mempunyai risiko leukemia yang lebih tinggi, sebagaimana dilaporkanĀ Environmental Health Perspectives JournalĀ (EHP).

    Jurnal EHP turut melaporkan bahawa risiko kepada janin meningkat semasa tiga bulan pertama kehamilan dan apabila perkhidmatan kawalan serangga profesional digunakan di rumah.

    racun serangga

    Bagaimanakah cara mengurangkan pendedahan kepadanya?

    Jika boleh, elakkan racun kimia ini sepanjang kehamilan terutamanya dalam trimester pertama (waktu perkembangan sistem saraf bayi), dengan cara:

    • Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi racun serangga sebaliknya ilih yang organik jika sesuai dengan bajet anda
    • Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah racun kimia
    • Elakkan penggunaan racun perosak di dalam atau di sekitar rumah sebaliknya cuba kawalan serangga kurang toksik seperti perangkap atau produk semula jadi atau organik

    Jika racun perosak kimia mesti digunakan, ikuti panduan berikut:

  • Biarkan orang lain yang menyembur untuk meminimumkan penyedutan atau sentuhan dengan kulit
  • Tinggalkan kawasan tersebut mengikut waktu yang disarankan pengeluar
  • Keluarkan makanan, pinggan, dan perkakas dari kawasan sebelum menggunakan racun perosak
  • Suruh seseorang basuh tempat penyediaan makanan selepas penggunaan racun perosak
  • Buka tingkap dan biarkan udara masuk rumah selepas penggunaan racun perosak kimia
  • Pakai sarung tangan atau pakaian perlindungan lain apabila berkebun untuk mengelakkan sentuhan dengan tumbuhan yang mempunyai racun perosak
  • Tutup semua tingkat dan pendingin hawa jika semburan racun perosak sedang dilakukan di luar
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan Ā· Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan