Tabiat yang tidak sihat buat suami mandul
#5. Senaman berlebihan
Melakukan senaman terlalu banyak juga boleh memberi kesan buruk pada kesuburan lelaki.
Senaman yang berlebihan menjadikan tubuh anda menghasilkan terlalu banyak hormon steroid dan boleh mengakibatkan ketidaksuburan pada masa akan datang.
#6. Tekanan emosi
Proses menghasilkan sperma boleh terjejas akibat kekurangan hormon tertentu yang disebabkan oleh tekanan.
Sekiranya anda mengalami tekanan emosi yang teruk atau berpanjangan, anda boleh menghadapi masalah kiraan sperma.

#7. Penggunaan alkohol
Alkohol boleh membawa kepada perkara-perkara buruk terhadap kesuburan lelaki.
Ia mengurangkan tahap testosteron, membawa kepada disfungsi erektil dan mengurangkan pengeluaran sperma.
Tambahan pula, minum terlalu banyak juga boleh menyebabkan penyakit hati yang menyumbang kepada masalah kesuburan.
#8. Merokok
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sperma yang rendah pada lelaki yang merokok berbanding dengan mereka yang tidak, bahkan juga secondhand smoke.
#9. Haba
Memakai pakaian yang terlalu ketat, menunggang basikal terlalu kerap, kerap mandi dalam tab panas atau sauna boleh meningkatkan haba di testis.
Ini mengakibatkan pengurangan pengeluaran sperma.
Adalah penting untuk lelaki mendapatkan ujian kesubuaran secepat mungkin. Ini boleh membantu lelaki mengesan simptom kemandulan.
Jika anda didiagnosis dengan ketidaksuburan, anda harus tahu bagaimana untuk mengurangkan faktor risiko dan mengubah tabiat anda untuk meningkatkan peluang untuk hamil.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga: