
Menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang National Health Service (NHS), tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang adalah 1 minit selepas bermula penetrasi zakar ke dalam faraj.
Dalam erti kata yang lebih mudah, individu lelaki yang terpancut air mani selepas 1 minit sahaja kemasukan zakar ke dalam faraj pasangan boleh dianggap mempunyai masalah pancut awal ini.
Sekiranya anda khuatir diri juga mengalaminya, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk berkonsultasi tentang permasalahan ini.
Anda tidak keseorangan, jangan malu dapatkan rawatan!
Masalah ini sebenarnya telah menjadi semakin meruncing ekoran sifat lelaki yang mungkin ego, takut atau malu untuk dapatkan rawatan.
Hakikatnya, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dan sifat berdiam diri hanya akan memusnahkan institusi perhubungan kalian berdua.
Oleh itu, sila dapatkan rawatan masalah pancut awal dengan kadar segera ya?
Antara rawatan yang akan diberi adalah sangat bergantung kepada faktor penyebab masalah ini berlaku kepada seseorang penderita itu.
Sama ada ia berpunca daripada masalah fisiologi atau psikologi, ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebagai langkah yang paling utama.
Kemudian, doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil suntikan hormon atau ubatan viagra agar mampu bertahan lebih lama di ranjang.

Selesaikan masalah pancut awal secara sendiri!
Sebenarnya, masalah ejakulasi pramatang ini mungkin boleh diselesaikan secara sendiri sahaja dengan mengamalkan beberapa tip.
Antara teknik yang boleh diamalkan ketika beraksi untuk mengelakkan tewas awal adalah seperti berikut:
- Melancap sebelum bersetubuh
- Berhenti seketika ketika hendak terpancut
- Mengemutkan faraj apabila orgasma
- Menggunakan kondom zakar atau faraj
- Menggunakan cecair pelincir
- Mengamalkan teknik pernafasan yang betul
Dalam masa yang sama, anda juga boleh berbincang dengan pasangan tentang posisi seks yang mungkin boleh melambatkan pengeluaran air mani.
Sekiranya masalah ini masih terjadi setelah kesemua tip ini dilakukan, adalah disarankan untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan profesional.