Apa yang patut dilakukan untuk menangani masalah ini?
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Pertamanya, pesakit hendaklah menarik nafas. Ia membantu mencegah reaksi stres dan memberikan masa untuk mereka bertenang. Apabila mengadakan hubungan kelamin, lelaki hendaklah menyentuh seluruh badan berbanding fokus kepada alat kelamin semata. Kesedaran terhadap tubuh badan dapat membantu menyelesaikan masalah ejakulasi pramatang secara kekal.
Selain itu, elakkan mengambil dadah atau minuman keras. Dengan ini, kesedaran terhadap tubuh badan mereka dapat ditingkatkan. Terdapat juga kaedah lain yang boleh dicuba:
- Kaedah berhenti-dan-mula. Relaks selama 20-30 minit dan mula semula.
- Posisi bawah. Posisi ini membantu mengurangkan sensitiviti dalam sesetengah lelaki dengan cara mereka tidak perlu menampung berat badan mereka dan akan lebih relaks.
Bagaimana jika semua ini tidak membantu?
Lebih kurang 75 peratus wanita mengalami orgasm atau kepuasan seksual melalui stimulasi klitoris. Lelaki sepatutnya bertanyakan pasangan mereka apa yang mereka sukakan dan mencari pelbagai kaedah sehigga mereka dapat melakukan teknik yang betul.
Bagaimanapun, terdapat keadaan di mana lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang disebabkan masalah fizikal atau isu emosi yang lebih mendalam. Maka, jika tiada perubahan dalam masa beberapa bulan, mereka perlu merujuk doktor.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen