backup og meta

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Bagaimana jika anda boleh mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami? Pastinya ia membantu anda untuk mencegahnya. Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan yang patut diberikan perhatian!  

Hindari masalah kesihatan

Biasanya kaum lelaki lebih gemar untuk menjaga kereta atau gajet kegemaran mereka berbanding diri sendiri, betul tak?

Tetapi bagaimana pula dengan tahap kesihatan?

Daripada bayi hinggalah ke warga emas, kita boleh lihat yang wanita kurang menghadapi masalah kesihatan berbanding kaum lelaki.

Dalam 15 penyebab utama kematian di dunia, lelaki mendahului wanita dalam kesemua penyakit kecuali Alzheimer

Walaupun jurang perbezaan antara jantina tidak jauh, tetapi secara purata dianggarkan individu lelaki akan mati 5 tahun lebih awal daripada pasangan mereka.

Risiko masalah kesihatan vs kaum lelaki

Ya, kita semua terdedah dan berisiko untuk menghidapi bermacam jenis penyakit. 

Namun berikut adalah 7 jenis masalah kesihatan yang lebih cenderung untuk dialami kaum lelaki. 

  1. Kesihatan jantung

Penyakit berkaitan jantung datang dalam pelbagai bentuk. Semua variasi tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa maut jika tidak dikesan pada peringkat awal.

Dalam penyakit kardiovaskular, plak kolesterol secara perlahan-lahan akan menyekat arteri pada jantung dan otak.

Sekiranya plak menjadi tidak stabil, masalah darah beku akan terbentuk, menyekat arteri sekali gus menyebabkan serangan jantung atau strok.

Kaum lelaki perlu berusaha lebih keras untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok, dengan cara:

  1. Penyakit berkaitan pernafasan

kaum lelaki

Kebiasaannya, penyakit pernafasan bermula dengan ‘batuk akibat rokok’.

Dari masa ke masa, batuk itu boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti kanser paru-paru, emfisema atau COPD.

Kanser paru-paru boleh merebak pada peringkat awal. Selalunya sebelum ia membesar sehingga menyebabkan simptom, atau sebelum dapat dikesan pada ujian sinar-X.

Pada ketika kanser dapat dikesan, ia mungkin sudah berada di peringkat yang kritikal dan sukar untuk disembuhkan.

Walaupun pendedahan kepada pekerjaan berbahaya seperti asbestos meningkatkan risiko, namun tabiat merokok masih menjadi faktor utama masalah kanser paru-paru.

  1. Kanser kulit

Menurut Yayasan Kanser Kulit, dua pertiga kematian disebabkan melanoma pada 2013 adalah kaum lelaki. Jumlah ini adalah 2 kali ganda daripada wanita.

Anda boleh melindungi diri daripada kanser dengan memakai pakaian berlengan dan berseluar panjang, memakai topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari ketika di luar rumah.

  1. Kanser prostat 

Selain barah kulit, kanser prostat adalah barah yang paling biasa berlaku kepada kaum lelaki.

Kebanyakan kanser prostat ini membesar dengan lambat dan jarang untuk berkembang. Tetapi ada juga kanser yang agresif.

Masalahnya kini adalah tidak terdapat ujian untuk mengenal pasti kanser mana yang lebih bahaya. 

  1. Diabetes

Penyakit ini sering berlaku tanpa sebarang simptom. Dari tahun ke tahun, peningkatan gula dalam darah menjadi tinggi hingga merebak ke air kencing.

Kekerapan kencing dan berasa haus menyebabkan ramai kaum lelaki melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Glukosa berlebihan akan bertindak seperti racun secara perlahan pada saluran darah dan saraf di mana-mana bahagian badan.

Serangan jantung, strok, masalah penglihatan (kebutaan), kegagalan buah pinggang dan amputasi (pemotongan anggota badan) adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku kepada ribuan lelaki.

  1. Disfungsi ereksi

Ia mungkin bukan masalah yang berbahaya atau mengancam nyawa kaum lelaki tetapi masih menunjukkan 1 keadaan kesihatan penting. 

Lelaki dengan masalah disfungsi ereksi (ED), dilaporkan kurang menikmati hidup dan cenderung mengalami kemurungan.

ED atau mati pucuk sering berpunca daripada atherosclerosis, iaitu proses yang sama mengakibatkan serangan jantung dan strok

Hakikatnya, mengalami ED secara kerap bermaksud saluran darah di seluruh badan berada dalam keadaan yang tidak begitu sempurna. 

Doktor akan menganggap isu disfungsi ereksi ini sebagai tanda amaran awal untuk penyakit kardiovaskular

  1. Kemurungan dan membunuh diri

risiko-masalah-kesihatan-lelaki

Kemurungan atau depresi bukan sekadar emosi yang tidak baik. Ia adalah 1 gangguan perasaan yang mempengaruhi badan dan kesihatan secara keseluruhan. 

Ini membuktikan kemurungan mempunyai kaitan dengan hubungan minda badan, di mana bahan kimia otak dan hormon tekanan tidak seimbang.

Gangguan tidur, hilang selera makan dan mudah letih antara simptom yang mudah untuk dikenal pasti. 

Kajian menunjukkan lelaki yang mengalami kemurungan cenderung menghidapi penyakit jantung. 

Lakukan perubahan

Kini anda sudah mengetahui 7 masalah kesihatan yang berisiko mempengaruhi kaum lelaki. 

Maka langkah seterusnya adalah untuk mengubah tabiat anda dan menjadi proaktif terhadap kesihatan.

Memahami risiko kesihatan dan mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko adalah 2 perkara berbeza yang saling berkaitan. 

Buatlah pilihan yang bijak dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Impaknya mungkin lebih besar daripada apa yang anda tahu.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/mens-health/art-20047764 / Accessed on June 4, 2020

https://www.myhealth.va.gov/mhv-portal-web/ss20200127-health-threats-to-men/ Accessed on June 4, 2020

https://health.clevelandclinic.org/6-health-issues-men-worry/ / Accessed on June 4, 2020

https://www.unitypoint.org/livewell/article.aspx?id=6147080f-5078-40a8-ad01-3b9204691975 / Accessed on June 4, 2020

Versi Terbaru

19/11/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

10 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Ereksi Lemah, Tiada Lagi 'Tewas' Awal!

Rawatan Kanser Prostat Terkini Tidak Sebabkan Mati Pucuk, Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan