home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Azam Tahun Baru Nak Berhenti Merokok? Nah, Ini 5 Langkah MUDAH Yang Boleh Anda Cuba!

Azam Tahun Baru Nak Berhenti Merokok? Nah, Ini 5 Langkah MUDAH Yang Boleh Anda Cuba!

Walaupun fakta telah pun menunjukkan bahawa merokok meningkatkan risiko kanser paru-paru dan pelbagai masalah kesihatan lain, namun merokok tetap menjadi salah satu tabiat yang paling sukar untuk ditinggalkan.

Nikotin, salah satu daripada 4,000 bahan kimia yang terdapat dalam asap daripada produk tembakau memang diketahui boleh menyebabkan ketagihan.

Kebanyakan perokok tahu bahawa rokok berbahaya dan menyatakan hasrat untuk mengurangkan atau henti merokok. Tetapi ramai yang tewas dalam beberapa hari percubaan.

Malah, hanya kurang daripada tujuh peratus daripada mereka yang cuba berhenti sendiri mencapai sekurang-kurangnya setahun tanpa rokok. Berhenti merokok sangat mencabar bagi perokok biasa mahupun perokok tegar.

Oleh itu, jika anda benar-benar komited untuk henti merokok, lengkapkan diri dengan rancangan dan sokongan yang betul bagi membantu anda mencapai matlamat yang bakal mengubah hidup anda nanti.

5 langkah henti merokok

#1. Langkah henti merokok – Tetapkan tarikh berhenti

bahaya merokok

Langkah pertama untuk berhenti merokok adalah membuat keputusan untuk berhenti. Walaupun anda telah gagal sebelum ini, jangan biarkan masa lalu menghalang matlamat anda.

Lebih kerap anda cuba berhenti, semakin besar peluang anda untuk berjaya. Selain menegaskan kemahuan anda, bina rancangan untuk membantu anda berpegang pada keputusan tersebut.

Bagaimana? Mulakan dengan menetapkan tarikh berhenti, sebaiknya dalam dua minggu akan datang. Ini akan memberi anda masa yang cukup bersedia tanpa kehilangan motivasi untuk berhenti merokok.

Jika anda kebiasaannya merokok di tempat kerja, cuba berhenti pada hujung minggu agar anda mempunyai beberapa hari untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

Sebaliknya, jika anda lebih kerap merokok pada hujung minggu, atau tempat kerja anda tidak membenarkan merokok, maka hari minggu akan menjadi pilihan yang lebih baik.

Elakkan hari di mana anda berkemungkinan sibuk, tertekan, atau terdapat peristiwa istimewa yang boleh menambah keinginan merokok anda.

Tuliskan tarikh berhenti dan lihatnya setiap hari. Menantikan ketibaan tarikh ini dapat membantu anda membina keazaman diri.

#2. Beritahu satu dunia bahawa anda akan berhenti

Memberitahu keinginan anda untuk berhenti merokok kepada seluruh dunia boleh membantu mengukuhkan keazaman anda.

Oleh itu, maklumkan kepada rakan dan keluarga tentang rancangan anda dan beritahu mereka bahawa anda memerlukan sokongan dan dorongan mereka.

Rakan boleh membantu mengalihkan perhatian anda daripada keinginan merokok. Maklumkan mereka bagaimana dia dapat membantu.

Mempunyai teman yang sama-sama mahu berhenti merokok juga boleh menjadi motivasi yang baik. Selain itu, luangkan masa bersama orang-orang yang berjaya berhenti merokok dan minta nasihat mereka.

#3. Bersiap sedia dengan cabarannya

35 tahun

Disebabkan nikotin daripada rokok menyebabkan ketagihan, maka meninggalkannya boleh menyebabkan tanda-tanda gian. Oleh itu, bersiap sedialah untuk menghadapi cabaran ini.

Oleh itu, adalah penting untuk anda menyibukkan diri dalam sebarang perkara yang boleh mengalihkan perhatian anda, terutamanya dalam dua minggu pertama.

Jika anda boleh melalui dua minggu pertama ini, peluang untuk tetap berhenti merokok akan lebih tinggi.

Libatkan diri dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan kurang tekanan. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan anda tetapi juga boleh mengurangkan emosi negatif.

Berpeluh juga boleh meningkatkan rasa sihat dan keupayaan mengawal diri anda, seterusnya mengurangkan keinginan anda untuk mengambil rokok.

#4. Alihkan pencetus rasa ingin merokok

Buang semua rokok dan produk tembakau dari rumah anda, kereta dan tempat kerja. Jangan lupa juga untuk menyingkirkan pemetik api, bekas putung rokok dan mancis.

Mempunyai kesan-kesan rokok juga tidak akan membantu anda. Oleh itu, basuh pakaian dan buang atau cuci sebarang benda yang berbau rokok.

Kenal pasti dan elakkan perkara yang membuatkan anda mahu merokok, sama ada orang, tempat dan benda. Jangan duduk bersama perokok dan berada di tempat merokok terlalu lama.

Mereka boleh mencetuskan rasa ingin merokok. Sebaliknya, luangkan masa dengan orang yang tidak merokok atau orang yang berjaya berhenti merokok.

#5. Cakap dengan doktor atau ahli farmasi

Doktor boleh memberikan ubat untuk membantu mengurangkan tanda-tanda gian. Contohnya, terapi penggantian nikotin yang dapat meningkatkan kadar berhenti merokok sebanyak 50 hingga 70 peratus.

Akan tetapi, ia hanya dapat menangani ketagihan fizikal kepada nikotin, bukan ketagihan perilaku atau psikologi untuk merokok. Jadi, menyertai program berhenti merokok atau mempunyai strategi lain masih diperlukan.

Jika tidak dapat bertemu dengan doktor, anda boleh mendapatkan pelbagai produk penggantian nikotin daripada farmasi, sama ada dalam bentuk tampalan, lozenges dan gula-gula getah. Rujuk ahli farmasi anda untuk pilihan produk yang sesuai.

Mereka yang sedang menjalani misi berhenti merokok akan bergelut dengan diri sendiri. Oleh itu, raikan setiap hari yang berlalu tanpa anda mencapai sebatang rokok.

Hadiahkan diri anda untuk semua pencapaian kecil yang telah anda capai. Memandangkan anda kini tidak lagi membazirkan wang untuk sekotak rokok, manfaatkannya untuk keinginan atau hobi yang lain. Ingat, anda lebih kuat daripada dorongan merokok anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan


5-Step Prep: Quit-Smoking Countdown

http://www.everydayhealth.com/smoking-cessation/quit-smoking-countdown.aspx Accessed April 15, 2017

Smoking, 5 Steps to Quit

http://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/s/Smoking-5%20Steps%20to%20Quit Accessed April 15, 2017

5 Proven Strategies to Quit Smoking Now

http://www.menshealth.com/health/quit-smoking-stat Accessed April 15, 2017

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 06/01/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor