home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Petanda Masalah Kesihatan, 8 Keadaan Mata Yang Membimbangkan!

Petanda Masalah Kesihatan, 8 Keadaan Mata Yang Membimbangkan!

Tahukah anda, mata juga boleh menjadi penunjuk kepada tahap kesihatan anda? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana keadaan mata boleh membantu mengenal pasti masalah kesihatan yang mungkin dihadapi anda.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Mata di sini.

Keadaan mata

Biasanya apabila melakukan pemeriksaan dengan doktor, barulah kita mengetahui bahawa wujudnya masalah kesihatan pada diri, bukan? Tetapi sebenarnya anda boleh melakukan sendiri pemeriksaan kesihatan. Bagaimana?

Sebenarnya, selain daripada memerhatikan sebarang perbezaan pada kuku, keadaan mata anda juga boleh dijadikan petunjuk jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang mendasari.

8 keadaan mata perlu diperhatikan

Berikut adalah 8 keadaan yang mungkin berlaku kepada mata anda.

1. Pandangan kabur tiba-tiba

Jika secara tiba-tiba anda mengalami kehilangan penglihatan atau penglihatan menjadi kabur, ia mungkin berkaitan dengan masalah aliran darah ke mata ataupun otak.

Mendapatkan bantuan perubatan dengan segera dapat membantu mencegah dan menghalang kerosakan yang lebih serius dan mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

Walaupun penglihatan anda mungkin menjadi lebih baik dalam masa yang singkat, ia mungkin amaran kepada strok atau permulaan sakit kepala migrain.

2. Mata menonjol

Penyakit Graves menyebabkan kelenjar tiroid mengeluarkan terlalu banyak hormon, yang menyebabkan keadaan mata menjadi menonjol, serta penglihatan berganda dan kehilangan penglihatan.

Ia turut boleh menyebabkan cirit-birit, penurunan berat badan dan tangan mengigil atau bergetar. Ubatan atau pembedahan boleh membantu mengawal jumlah hormon yang dihasilkan tiroid, tetapi ia tidak mampu menyembuhkan penyakit ini secara dasarnya dan mungkin tidak dapat membantu mata anda.

3. Penglihatan kabur

Ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan diabetes akibat kandungan gula dalam darah yang terlalu tinggi. Jika tidak dikawal, anda mungkin boleh mendapat masalah retinopati diabetes (apabila saluran darah kecil bocor dan mengeluarkan darah serta cecair lain).

Pandangan anda mungkin kabur dan sukar untuk melihat pada waktu malam. Doktor boleh membantu merawat saluran darah bocor dengan menggunakan laser. Ia mungkin mendapatkan pandangan sisi anda tetapi dapat menyelamatkan penglihatan utama anda.

4. Bulatan sekitar kornea

Keadaan ini dikenali sebagai arcus kornea, menyebabkan kewujudan garisan lemak berwarna putih-kelabu muncul di luar garisan kornea (permukaan jelas, melengkung pada bahagian depan mata yang membantu mata untuk fokus).

Ada masanya, garisan itu akan kelihatan seperti cincin. Jika anda sudah berusia, ia mungkin sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan. Tetapi andai anda berusia bawah 40 tahun, ia boleh menjadi tanda petanda bahaya kepada masalah kesihatan kolesterol tinggi.

5. Kelopak mata jatuh

Keadaan mata seperti ini boleh menjadi simptom myasthenia gravis, menyebabkan sistem imun melawan dan melemahkan otot. Ia mendatangkan kesan lebih kepada otot mata, muka, dan tekak berbanding bahagian lain, dan menyebabkan kesukaran untuk mengunyah, menelan atau bercakap.

Doktor boleh menapis darah untuk membantu meredakan simptom tetapi ia tidak akan bertahan lama. Terdapat juga ubatan untuk masalah ini. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar timah.

6. Mata putih kuning

Apabila mata dan kulit anda kelihatan kuning, ia dipanggil penyakit kuning (jaundice). Ini bermakna anda mempunyai masalah hati dan ia disebabkan oleh bilirubin yang tinggi, sesuatu yang dihasilkan hati dalam jumlah yang lebih apabila ia mengalami keradangan atau rosak.

Diet yang tidak seimbang, kanser, jangkitan, dan penyalahgunaan alkohol yang kronik boleh merosakkan hati. Pilihan rawatan terdiri daripada perubahan gaya hidup, kepada ubatan untuk pemindahan hati.

Tompokan kuning yang kecil (bukan semuanya kuning), adalah disebabkan kerosakan matahari dan boleh disingkirkan melalui prosedur kecil.

7. Mata berkeringat

Keadaan mata ini sering terjadi dan kebiasaannya tidak mendatangkan bahaya – biasanya akan hilang dengan sendiri. Ia boleh dikaitkan dengan masalah alkohol, kelesuan, kafein, tidak cukup tidur, tekanan, atau merokok.

Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan berkaitan sistem saraf seperti sklerosis berganda (multiple sclerosis, MS). Tetapi jika ia berkaitan dengan MS, atau masalah lain berkaitan sistem saraf, anda mungkin akan berdepan simptom lain seperti kesukaran berjalan, dan bercakap.

8. Buta malam

Jika anda mengalami kesukaran untuk melihat dalam cahaya suram, anda memerlukan kaca mata atau anda mengalami masalah katarak – penuaan semula jadi. Tetapi buta malam boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin A.

Masalah ini boleh dirawat dengan pengambilan makanan tambahan atau diet tinggi vitamin A, seperti ubi keledek, hati lembu, bayam, lobak merah, dan labu.

Akhir kata

Mata adalah 1 organ badan yang penting dalam kehidupan dan disebabkan itu adalah penting untuk anda sentiasa memantau keadaan mata anda bagi memastikan tiada sebarang masalah kesihatan yang mendasari.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berhubung keadaan mata, lakukan pemeriksaan dengan pakar mata segera. Jangan melengahkan masa atau ia mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda menjadi lebih kronik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. What Your Eyes Say About Your Health https://www.webmd.com/eye-health/ss/slideshow-eyes-health / Accesed on Jan 2, 2019.
  2. https://www.verywellhealth.com/eye-health-4014727
  3. https://www.verywellhealth.com/eye-health-overview-4581971
  4. https://www.goodhousekeeping.com/health/g4280/what-eyes-say-about-your-health/
  5. https://medlineplus.gov/eyecare.html
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 02/01/2019
x