Tahukah anda, jika paras gula darah tinggi, anda amat berisiko untuk mendapat sindrom hiperosmolar diabetes?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Tahukah anda, jika paras gula darah tinggi, anda amat berisiko untuk mendapat sindrom hiperosmolar diabetes?
Adakah sindrom akibat gula darah tinggi ini berbahaya? Mari kita lihat apakah kesannya kepada tubuh badan.
Sindrom hiperosmolar diabetes merupakan sejenis keadaan kesihatan yang berlaku disebabkan paras gula darah yang terlalu tinggi.
Ia merupakan satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Sekiranya anda mengalami sindrom ini, tubuh badan anda cuba untuk mengeluarkan atau menyingkirkan lebihan gula darah melalui air kencing.
Jika terus dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan dehidrasi yang melampau sehingga boleh membawa maut.
Keadaan ini merupakan salah satu daripada komplikasi yang biasa berlaku jika anda menghidap diabetes.
Untuk pengetahuan anda, sindrom ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, ia lebih biasa berlaku dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2 yang telah berusia.
Antara simptom atau tanda seseorang itu mengalami sindrom hiperosmolar diabetes adalah:
Gula darah tinggi ini berlaku disebabkan sama ada tubuh badan tidak menghasilkan insulin dengan mencukupi atau mempunyai masalah dengan penggunaan insulin.
Sindrom hiperosmolar diabetes pula berlaku apabila paras gula darah ini menjadi terlalu tinggi dalam tempoh yang lama.
Lebihan gula darah ini kemudiannya dikeluarkan melalui air kencing yang menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.
Kesannya, tubuh badan mengalami kehilangan air yang banyak sehingga menyebabkan dehidrasi yang teruk.
Antara punca sindrom hiperosmolar ini boleh berlaku ialah:
Sindrom hiperosmolar diabetes bukanlah satu keadaan kesihatan yang boleh dipandang ringan.
Ini kerana, sindrom ini merupakan antara keadaan kesihatan yang amat serius.
Sekiranya sindrom ini tidak dirawat dengan baik, ia mungkin boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain seperti sawan, koma dan juga pembengkakan dalam otak.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kegagalan organ dan juga kematian.
Sekiranya anda dilihat mengalami simptom-simptom sindrom ini, anda akan melalui diagnosis kecemasan oleh doktor yang melibatkan pemeriksaan fizikal dan juga mental.
Anda juga mungkin akan menjalani beberapa ujian makmal seperti ujian darah dan juga ujian air kencing.
Ujian ini bertujuan untuk melihat paras gula darah dan juga fungsi buah pinggang anda.
Selain itu, ia juga digunakan untuk mengesan sebarang jangkitan yang mungkin berlaku.
Sekiranya anda mengalami sindrom ini, anda akan diberikan rawatan kecemasan yang boleh meredakan sindrom dalam masa beberapa jam.
Antara jenis rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah:
Sememangnya pengawalan masalah diabetes merupakan langkah terbaik untuk mencegah sindrom ini daripada berlaku.
Antara tip atau langkah yang boleh anda ikuti adalah:
Sindrom hiperosmolar diabetes berlaku apabila gula darah anda berada pada paras yang terlalu tinggi dalam tempoh yang agak panjang.
Ia menyebabkan tubuh badan anda mengalami dehidrasi yang teruk sehingga boleh mengancam nyawa.
Sekiranya sindrom ini diabaikan, tidak mustahil untuk anda mengalami komplikasi kesihatan yang lebih buruk, bahkan boleh meragut nyawa.
Oleh itu, jika anda menyedari sebarang tanda-tanda paras gula darah tinggi, pergilah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Selain itu, ikuti juga tip bagi mengelakkan sindrom hiperosmolar seperti yang telah dinyatakan di atas.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen