backup og meta

AWAS! Pesakit Diabetes Boleh Makan Telur, Tapi Ada 'Limit' Yang Perlu Diikuti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2021

    AWAS! Pesakit Diabetes Boleh Makan Telur, Tapi Ada 'Limit' Yang Perlu Diikuti!

    Aspek diet perlu dijaga dengan baik jika anda ada kencing manis dan ia menimbulkan persoalan sama ada penderita diabetes boleh makan telur atau tidak?

    Ini disebabkan masyarakat kita banyak menggunakan telur di dalam masakan dan kadangkala adalah agak sukar untuk tidak mengambilnya dalam diet seharian.

    Bagi pesakit diabetes, soalan ini sudah pasti akan sentiasa berlegar dalam fikiran anda bukan? Jadi jom dapatkan jawapan tepatnya menerusi artikel ini.

    Penyakit kencing manis & penjagaan diet pemakanan

    Umum mengetahui bahawa pesakit kencing manis perlu lebih peka dalam soal penjagaan diet pemakanan bagi mengelakkan kondisi itu menimbulkan komplikasi.

    Antara aspek yang paling perlu diberikan perhatian khusus adalah pengambilan gula bagi mengelakkan kadar glukosa dalam darah tidak melonjak terlalu tinggi.

    Namun, ramai pesakit yang mungkin terlepas pandang akan aspek lain seperti karbohidrat, kolesterol dan lemak yang juga mampu memberi kesan kepada penderita.

    Oleh itu, pesakit kencing manis perlu lebih peka terhadap pengambilan setiap jenis makanan dan minuman mereka bermula hari ini bagi mengawal kondisi tersebut.

    penderita diabetes boleh makan telur

    Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, adakah penderita diabetes boleh makan telur atau tidak? Jika ya, berapa banyak yang boleh diambil oleh pesakit?

    Penderita diabetes boleh makan telur atau tidak?

    Menurut The American Diabetes Association, penderita diabetes boleh makan telur kerana mungkin tidak wujud efek yang terlalu besar terhadap kondisi tersebut.

    Ini kerana telur tidak mengandungi karbohirat yang terlalu tinggi lantas menyebabkan ia mungkin tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes.

    Pun begitu, telur tinggi dengan kolesterol lantas membuat penderita agak takut ekoran ia adalah salah satu daripada faktor terjadinya penyakit berkaitan sistem kardiovaskular.

    Disebabkan itu, persoalan sama ada penderita diabetes boleh makan telur atau tidak giat menjadi perdebatan kerana mungkin wujud pro dan kontra terhadap pesakit.

    Namun dalam jawapan mudahnya, pesakit kencing manis mungkin masih boleh makan telur asalkan ia tidak diambil dengan terlalu banyak dalam satu hidangan.

    Adakah telur akan beri manfaat kepada pesakit?

    Untuk pengetahuan anda, telur kaya dengan protein dan potassium yang akan membantu menyokong sistem serta fungsi saraf dan otot tubuh badan anda.

    Ia juga mampu membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam tubuh badan lantas menjadikan ia bagus untuk meningkatkan tahap kardiovaskular anda.

    penderita diabetes boleh makan telur

    Bukan itu sahaja, telur juga sangat kaya dengan lutein, choline dan biotin yang bagus untuk otak, rambut, kulit, kuku dan paling utama iaitu penghasilan insulin.

    Telur turut kaya dengan asid lemak omega 3, yang dipercayai sangat bagus untuk diambil oleh mereka yang mengalami obesiti akibat penyakit kencing manis.

    Dalam erti kata lebih mudah, telur mungkin akan beri manfaat kepada pesakit diabetes namun masih perlu diambil dengan berwaspada agar tidak timbul komplikasi.

    Berapa banyak pesakit diabetes boleh ambil telur?

    Meskipun dikatakan penderita diabetes boleh makan telur dan banyak manfaatnya, itu tidak bermakna kalian boleh makan ia tanpa sebarang langkah pengawasan.

    Menurut ramai doktor dan pakar diet, pesakit kencing manis mungkin perlu mengehadkan pengambilan telur mereka kepada 3 biji sahaja dalam tempoh masa 1 minggu.

    Namun jika kalian hanya makan telur putih, anda mungkin boleh ambil lebih memandangkan telur kuning itulah yang tinggi dengan karbohidrat, kolesterol dan lemak.

    Dalam pada itu, sila lebih berhati-hati dengan cara ia dimasak atau apa yang anda makan bersama telur kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kondisi anda itu.

    Jadi, adalah disarankan untuk anda lebih cenderung memilih telur rebus berbanding telur goreng untuk mengelakkan penggunaan minyak terlalu banyak dalam masakan.

    penderita diabetes boleh makan telur

    Sila jaga makan untuk kawal diabetes!

    Konklusinya, dapat disimpulkan di sini bahawa pesakit kencing manis perlu untuk memberi lebih perhatian terhadap penjagaan diet pemakanan masing-masing.

    Secara ringkasnya, sila elakkan mengambil terlalu banyak diet yang tinggi dengan kandungan:

  • Gula
  • Karbohidrat
  • Kolesterol
  • Lemak
  • Jika berhasrat untuk makan telur, anda tidak perlu risau kerana penderita diabetes boleh makan telur, namun cuba untuk tidak mengambilnya lebih daripada 3 biji dalam 1 minggu.

    Sekiranya mempunyai sebarang soalan mengenai diet jika ada diabetes, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor anda untuk informasi lebih lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan