backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Terkejut, Ini 7 Punca Mengapa Ada Darah Dalam Air Kencing Orang Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

    Jangan Terkejut, Ini 7 Punca Mengapa Ada Darah Dalam Air Kencing Orang Lelaki!

    Mungkin kejadian ini tidak berlaku pada semua lelaki, namun masalah kencing berdarah lelaki boleh terjadi disebabkan oleh 7 punca berikut. Apakah penyebab kencing berdarah pada lelaki ini? Teruskan pembacaan anda menerusi artikel di bawah. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

    Punca utama kencing berdarah lelaki

    Kewujudan darah dalam air kencing adalah antara simptom bagi pelbagai keadaan yang boleh berlaku kepada orang lelaki.

    Dari segi perubatan, keadaan ini disebut sebagai hematuria.

    Ini 7 penyebab kencing berdarah pada lelaki yang paling biasa berlaku.

    #1. Masalah batu karang penyebab kencing berdarah tapi tidak terasa sakit

    Jika darah mengandungi terlalu sedikit cecair dan terlalu banyak bahan buangan, bahan buangan boleh mengikat dengan bahan kimia dalam air kencing lalu membentuk batu keras di dalam buah pinggang atau pundi kencing.

    Biasanya, batu ini cukup kecil untuk melalui pundi kencing anda.

    punca batu karang
    Jenis batu karang.

    Batu yang besar mungkin kekal di dalam buah pinggang atau pundi kencing, atau tersangkut di tempat lain dalam saluran kencing.

    Batu karang yang lebih besar ini biasanya menyebabkan gejala yang lebih ketara seperti darah dalam air kencing anda. 

    #2. Pembesaran prostat

    Prostat adalah kelenjar yang membentuk sebahagian daripada sistem pembiakan lelaki dan membantu menghasilkan air mani. Ia terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum.

    Prostat yang membesar boleh menekan uretra, menjadikan proses membuang air kencing menjadi sedikit sukar.

    Pundi kencing boleh mengimbanginya dengan bekerja lebih keras untuk mengeluarkan air kencing, yang kemudiannya boleh menyebabkan kerosakan dan pendarahan.

    #3. Kecederaan pada buah pinggang sebabkan kencing berdarah lelaki

    kencing berdarah lelaki
    Simptom kencing berdarah lelaki.

    Glomeruli adalah struktur kecil dalam buah pinggang yang membantu menapis dan membersihkan darah.

    Glomerulonephritis (GN) adalah istilah untuk sekumpulan penyakit yang boleh mencederakan struktur ini.

    Bagi individu yang mempunyai GN, buah pinggang yang cedera tidak dapat mengeluarkan sisa dan cecair yang berlebihan daripada badan.

    Tanpa rawatan, GN boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

    GN kronik berkembang secara perlahan-lahan dan antara tanda dan gejala yang boleh berlaku termasuklah kewujudan darah dalam air kencing.

    #4. Kanser prostat

    Dengan diagnosis dan rawatan awal, kanser prostat biasanya boleh disembuhkan.

    Walau bagaimanapun, sesetengah individu akan mengalami simptom semasa peringkat awal penyakit.

    Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjalani ujian saringan awal.

    Tanda dan gejala tambahan bagi kanser prostat termasuklah kehadiran darah dalam air mani anda.

    #5. Jangkitan saluran kencing punca kencing berdarah lelaki

    kencing berdarah lelaki
    Jangkitan saluran kencing lelaki.

    Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah punca biasa yang menyebabkan kehadiran darah dalam air kencing.

    Walaupun ia berlaku lebih kerap dalam kalangan wanita, namun lelaki juga boleh mengalaminya.

    Faktor risiko untuk UTI pada lelaki termasuklah masalah prostat dan kateterisasi yang baru dijalani.

    UTI boleh berlaku apabila bakteria memasuki uretra, iaitu tiub yang membawa air kencing keluar daripada badan.

    Kencing berdarah lelaki #6. Hematuria yang disebabkan oleh senaman

    Hematuria akibat senaman (EIH), juga dikenali sebagai hematuria selepas senaman. Ia merujuk kepada darah dalam air kencing yang berlaku selepas seseorang bersenam.

    Doktor tidak begitu pasti apa yang menyebabkan EIH, tetapi ia cenderung untuk dikaitkan dengan senaman dengan intensiti tinggi, dan bukannya tempoh senaman.

    Individu yang tidak kekal hidrat dengan betul semasa bersenam juga mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

    #7. Kesan ubat-ubatan

    Selain daripada beberapa keadaan penyakit, hematuria dalam kalangan orang lelaki juga boleh berlaku disebabkan oleh kesan ubat-ubatan.

    Antara jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kencing berdarah lelaki ialah:

    • Ubat pencair darah
    • Ubat antiradang bukan steroid (NSAID)
    • Cyclophosphamide
    • Ifosfamide 

    Jika anda mengesyaki bahawa kencing berdarah dan sakit pada lelaki wujud disebabkan daripada penggunaan ubat, anda perlu memberitahu doktor berkenaan hal tersebut agar doktor boleh menukarkannya kepada ubat lain atau memberikan cara untuk melegakan kesan sampingan ubat.

    Kesimpulan

    Penyebab kencing berdarah pada lelaki


    • Masalah batu karang
    • Pembesaran prostat
    • Kecederaan pada buah pinggang
    • Kanser prostat
    • Jangkitan saluran kencing
    • Hematuria yang disebabkan oleh senaman
    • Kesan ubat-ubatan
     

    Jika anda risau dengan keadaan tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

    Pemeriksaan awal boleh membantu anda untuk mendapat rawatan pantas dan mencegah komplikasi lain yang lebih teruk hasil daripada kencing berdarah dan sakit pada lelaki

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan