Sebilangan kanak-kanak diuji untuk melihat antibodi mereka, manakala yang lain menjalani ujian sapuan nasofaring.
Selepas ujian dilaksanakan, lima orang kanak-kanak yang baru didiagnosis menghidap diabetes jenis 1 didapati mempunyai strain coronavirus daripada jangkitan semasa dan juga jangkitan yang lepas.
70% kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 yang baru mula menunjukkan tanda-tanda ketoasidosis diabetes (DKA).
DKA adalah keadaan yang mengancam nyawa jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan segera. Keadaan ini berlaku apabila badan mula kehabisan insulin.
Daripada 70% tersebut, 52% kanak-kanak didapati mengalami DKA yang teruk. Angka yang ditunjukkan agak mengejutkan daripada statistik yang biasa mereka lihat sebelum wabak COVID-19 melanda.
Walaupun kajian menunjukkan terdapat peningkatan diabetes jenis 1 yang ketara dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik, para penyelidik masih mendorong institusi lain untuk melakukan penyelidikan lebih lanjut mengenai hal ini.
Ini untuk mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang jelas antara coronavirus dan perkembangan diabetes jenis satu yang baru pada kanak-kanak.
Baca juga:
Hubungan antara diabetes kanak-kanak dengan virus COVID-19
Diabetes kanak-kanak berlaku apabila pankreas gagal untuk menghasilkan insulin atau jumlah insulin yang sangat sedikit.
Apabila badan kekurangan insulin, tubuh tidak akan dapat mengatur kadar glukosa darah.
Sekiranya tahap glukosa sentiasa berada pada paras yang tinggi, ia boleh mengakibatkan hiperglisemia.
Hiperglisemia pula boleh menyebabkan komplikasi lain seperti masalah penglihatan dan saraf. Ia juga dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, buah pinggang dan juga strok pada seseorang itu.
Sebelum ini, diabetes jenis 1 lebih dikenali sebagai diabetes kanak-kanak. Ini kerana keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Tetapi ada juga kes di mana diabetes anak ini turut berkembang dalam kalangan remaja dan juga orang dewasa.
Rawatan yang digunakan untuk diabetes jenis 1 adalah suntikan insulin atau pam insulin.
Penyelidik dari Imperial College London menyatakan peningkatan kes diabetes yang baru berkembang ini mungkin disebabkan oleh peningkatan protein secara tiba-tiba yang dipicu oleh jangkitan virus seperti coronavirus.
Seseorang yang tidak mempunyai sejarah diabetes juga boleh menghidap diabetes jenis ini yang baru apabila mereka dijangkiti coronavirus.
Kajian lain masih diperlukan

Masih terdapat kekurangan kajian lain yang dapat menyokong hubungan antara COVID-19 dengan peningkatan kes diabetes jenis ini pada kanak-kanak.
Oleh sebab itu, para penyelidik kajian ini menyatakan kepada semua individu, terutamanya para doktor untuk lebih peka dengan masalah yang semakin meningkat ini.
Untuk memastikan keselamatan anak anda daripada jangkitan COVID-19 dan diabetes jenis ini, adalah amat penting untuk mereka mematuhi segala langkah untuk berjaga-jaga.
Berikan anak anda makanan yang sihat, serta vitamin untuk meningkatkan daya tahan mereka terhadap penyakit ini.
Sebagai ibu bapa, anda mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak anda.
Patuhi kesemua protokol keselamatan, dan jelaskan kepada anak-anak anda tentang bahaya COVID-19.
Sentiasa ingat untuk menjaga keselamatan anak-anak anda di rumah.
Elakkan juga daripada keluar rumah tanpa keperluan supaya anda dapat melindungi diri dan keluarga anda daripada COVID-19.
#HelloHealthCare #WorldDiabetesDay #HelloDoktor