Sesetengah supplement kencing manis mungkin digunakan bagi tujuan mengawal tahap gula darah. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar suplemen kencing manis ini tidak mengganggu keberkesanan ubat diabetes.
Ini kerana, terdapat beberapa jenis supplement kencing manis yang mungkin memberikan kesan yang sebaliknya kepada penghidap diabetes.
Mari baca apa yang kami sediakan mengenai pro dan kontra suplemen di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Perkara pertama yang mesti buat jika mahu mengambil supplement kencing manis
Anda pesakit diabetes dan mahu mengambil suplemen tertentu? Nanti dulu.
Sebelum anda mengambil jenis-jenis suplemen kencing manis ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu menyatakan hasrat untuk mengambil suplemen kepada doktor yang merawat diabetes anda.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.
Jenis-jenis supplement kencing manis yang biasa diambil pesakit diabetes
Terdapat pelbagai suplemen dan juga persediaan herba yang biasa diambil oleh pesakit diabetes.
Namun, kami hanya nyatakan lima jenis suplemen yang paling kerap digunakan oleh penghidap diabetes.
Berikut merupakan lima jenis suplemen kencing manis yang biasa diambil oleh penghidap diabetes jenis 2:
Supplement kencing manis 1: Kromium
Kromium dikatakan mampu mengawal dan mengurangkan paras gula darah.
Jenis mineral surih (trace mineral) ini boleh didapati secara semula jadi daripada sumber makanan harian seperti ikan, daging dan sayur-sayuran.
Dalam bentuk suplemen kencing manis, ia dijual dengan nama seperti chromium nicotinate, chromium picolinate dan chromium chloride.
Penghidap diabetes mungkin boleh menurunkan paras glukosa semasa puasa, memperbaiki toleransi glukosa selain menurunkan kadar kolesterol melalui pengambilan kromium.
Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa, suplemen kromium ini mampu meningkatkan toleransi glukosa yang memberikan manfaat kepada kedua-dua penghidap diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.
Baca juga:
- Ada Makanan Tertentu Anak Diabetes Jenis 1 Kena Ikut? Ini 7 Contoh Menu Sesuai!
- 25 Senarai Makanan Untuk Penderita Diabetes Jenis 1! (15 Perlu Elak & 10 Perlu Ambil)
Suplemen kencing manis 2: Magnesium
Magnesium merupakan mineral yang sangat penting untuk kesihatan tulang, otot, tekanan darah dan juga kesihatan jantung.
Untuk pengetahuan anda, pesakit diabetes cenderung untuk mengalami kekurangan kadar magnesium dalam tubuh badan.
Ini boleh menyebabkan kurangnya penghasilan insulin dalam tubuh.
Sekiranya ujian darah menunjukkan tahap magnesium yang rendah, maka pesakit diabetes mungkin akan diberikan dengan suplemen magnesium.
Selain itu, penggunaan suplemen kencing manis ini juga mungkin boleh mengurangkan dos insulin.
Namun, penggunaan magnesium secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.
Supplement kencing manis 3: Asid lemak omega-3
Asid lemak omega-3 sangat dikenali dengan manfaatnya terhadap kesihatan jantung.
Bukan itu sahaja, ia turut memberikan faedah terhadap paras kolesterol dalam tubuh badan kita.
Kajian pada tahun 2015 mendapati, asid lemak omega-3 membantu merendahkan paras trigliserida dalam tubuh dan tidak menjejaskan paras gula darah.
Selain itu, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa, asid lemak omega-3 mampu untuk meningkatkan paras kolesterol baik dalam kalangan penghidap diabetes.
Suplemen kencing manis 4: Asid alfa-lipoik (ALA)
Asid alfa-lipoik atau ALA bertindak sebagai antioksidan di mana ia melindungi sel daripada mengalami kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
Penghidap diabetes mengambil supplement kencing manis ini bagi membantu tubuh badan menggunakan insulin dengan lebih berkesan.
Selain itu, ia juga digunakan bagi merawat masalah neuropati atau saraf dan mengurangkan kesakitan akibat kerosakan daripada radikal bebas dalam kalangan pesakit diabetes.
Ada beberapa kes di mana ALA mungkin boleh merendahkan paras gula darah secara berlebihan.
Oleh sebab itu, anda perlu memantau paras gula darah sekiranya anda mengambil suplemen ini.
Supplement kencing manis 5: Biotin
Biotin ialah salah satu daripada vitamin B kompleks yang juga dikenali sebagai vitamin H.
Biotin berfungsi secara bersama dengan insulin dalam tubuh badan selain meningkatkan aktiviti enzim glukokinase.
Glukokinase sangat penting bagi fungsi tubuh manusia yang normal.
Namun bagi penghidap diabetes, kandungan glukokinase ini mungkin berada pada paras yang sangat rendah.
Oleh itu, suplemen biotin boleh membantu pesakit diabetes untuk meningkatkan aktiviti glukokinase ini.
Kesimpulan
Walaupun setiap suplemen yang dinyatakan ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri kepada pesakit diabetes, namun anda tidak boleh mengambilnya dengan sesuka hati.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan.
Ini untuk mengelakkan sebarang kesan negatif yang mungkin boleh berlaku kepada tubuh badan anda.
Tambahan pula, sesetengah suplemen ini juga mungkin boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan diabetes yang sedang anda ambil.
[embed-health-tool-bmi]