backup og meta

Nak Tambah Barang Dapur? Ini 10 Kategori Makanan Mesra Diabetes Boleh Dibeli

Nak Tambah Barang Dapur? Ini 10 Kategori Makanan Mesra Diabetes Boleh Dibeli

“Boleh ke makan makanan ini?”, itu antara persoalan biasa bagi pesakit kencing manis apabila memerlukan barangan dapur. Usah bimbang, artikel ini akan membantu menyediakan senarai barang dapur yang boleh dibeli.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Pesakit kencing manis

Apabila didiagnosis menghidap diabetes jenis 2, pastinya anda bingung memikirkan apakah makanan yang boleh dan sesuai diambil.

Jika sebelum ini anda boleh makan apa sahaja, namun kini garis panduan diet pemakanan menjadi lebih ketat. Ia secara tidak langsung menjadikan pilihan barangan runcit anda semakin terhad.

Hakikatnya anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat banyak pilihan makanan boleh dibeli. 

Senarai barang dapur mesra diabetes

senarai barang dapur

Secara amnya, menguruskan penyakit diabetes yang dialami bermaksud berwaspada terhadap pengambilan karbohidrat, saiz hidangan dan memilih makanan penuh nutrien.

Berikut adalah senarai barang dapur yang dikategorikan sebagai mesra diabetes bagi membantu anda membuat pilihan sihat semasa membeli-belah.

Sayuran 

Bagi mana-mana individu terutamanya pesakit kencing manis, sayuran adalah asas diet yang sihat – kaya nutrien dan rendah karbohidrat.

Berikut antara beberapa pilihan sayur yang boleh dibeli:

Sayuran tidak berkanji:
  • Sayuran salad seperti kale atau salad romaine
  • Cendawan
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Brussel sprouts
  • Zucchini
  • Terung
  • Asparagus
  • Saderi 
Sayuran berkanji: 

Berikut adalah pilihan sayuran bagi barangan dapur mesra pesakit diabetes dengan kandungan gula lebih tinggi. Anda disarankan untuk mengambilnya dalam saiz hidangan kecil atau dicampurkan bersama pilihan sayuran tidak berkanji.

  • Lobak merah
  • Jagung
  • Kentang
  • Ubi keledek
  • Kacang pis
  • Kacang buncis
  • Labu 
  • Keladi 

senarai barang dapur

Senarai barang dapur mesra diabetes #Buah-buahan 

Buah, walaupun manis tetapi mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan pilihan makanan sihat untuk pemanis mulut.

Tinggi serat bermakna saluran pencernaan akan menyerap kurang karbohidrat berbanding makanan rendah serat serta tinggi karbohidrat. 

  • Buah beri
  • Epal
  • Oren
  • Pisang 
  • Tembikai
  • Pir 
  • Avokado
  • Tomato

Minyak, kuah salad & sapuan roti

Dalam senarai barangan dapur mesra diabetes, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli bahan tambahan bagi menambah rasa pada makanan, cuma perlu mengehadkan kandungan lemak tepu.

Berikut antara pilihan lebih sihat:

  • Minyak canola
  • Mentega kacang
  • Mentega badam
  • Jem sapuan buah – pastikan tiada gula tambahan
  • Mustard
  • Minyak kelapa dara
  • Mentega mentah
  • Kuah salad tanpa gula berasaskan minyak zaitun
  • Sos barbeku rendah kandungan garam
  • Kicap rendah kandungan garam
  • Madu tempatan
  • Minyak zaitun
  • Mayones berasaskan minyak zaitun – hadkan kepada 1 hidangan sehari

Masukkan kekacang & legum dalam senarai barang dapur mesra diabetes

Kekacang dan legum adalah sumber protein dan serat yang sangat baik. Ia juga kaya vitamin, mineral dan antioksidan.

Bagi pesakit diabetes, ia dianggap makanan super.

  • Kacang ginjal
  • Kacang Pinto 
  • Lentil
  • Kacang hitam
  • Quinoa
  • Oat

Daging, makanan laut & telur

  • Ikan berlemak termasuk ikan salmon dan tuna
  • Ayam
  • Bahagian dadad ayam turki
  • Daging tanpa lemak
  • Telur – hadkan 3-4 biji telur setiap minggu, lebihkan jika anda hanya memakan putih telur sahaja

Bijirin penuh 

  • Gandum bulgur
  • Barli
  • Quinoa
  • Roti gandum penuh
  • Pasta gandum
  • Bijirin gandum penuh
  • Mil oat – disaran untuk menukar gula merah dan kismis kepada kayu manis dan buah beri

Baca juga:

Produk tenusu

Walaupun secara teknikal ia tinggi karbohidrat, namun produk tenusu boleh diambil pesakit diabetes kerana ia merupakan sumber utama kalsium dan vitamin D.

Sebaiknya pilih:

  • Susu tanpa lemak atau rendah lemak
  • Keju kotej rendah lemak
  • Yogurt tanpa gula
  • Keju rendah garam seperti mozarella

Hati-hati dengan kandungan gula tambahan dalam produk tenusu ya! Anda juga boleh mencuba produk alternatif bukan tenusu seperti yang dihasilkan daripada badan dan soya.

Makanan dalam tin & sejuk beku

Makanan dalam tin dikatakan masih dapat membekalkan nutrien dan khasiat yang diperlukan tubuh.

Kelebihan pada makanan dalam tin adalah ia biasanya lebih murah dan boleh disimpan lama serta mempunyai pilihan anggaran sesuai untuk menjaga diet sihat.

Antara senarai pilihan makanan dalam tin yang boleh dibeli pesakit kencing manis adalah:

  • Kacang kuda, tomato, cendawan, lentil, labu, santan, zaitun dan lain-lain
  • Daging, sayuran dan buah-buahan sejuk beku seperti buah beri dan lain-lain 

Jangan lupa untuk membilas dan mengeringkan makanan dalam tin bagi mengurangkan kandungan garam!

senarai barang dapur

Snek, juga ada dalam senarai barang dapur mesra diabetes

Pengambilan saiz hidangan kecil dan kerap antara 4-6 kali sehari adalah lebih baik bagi individu dengan kencing manis.

Memilih makanan ringan tinggi serat, protein dan lemak sihat akan membantu mengawal kadar gula dalam darah anda, seperti:

  • Badam
  • Keju dan kraker bijirin penuh
  • Bertih jagung
  • Puding biji Chia
  • Trail mix
  • Edamame
  • Jejari sayuran seperti lobak atau saderi

Pencuci mulut

Bagi pesakit kencing manis, anda memang perlu mengehadkan pengambilan makanan bergula tetapi masih ada pilihan pencuci mulut. Namun penting untuk berwaspada dengan kandungan gula dan saiz hidangannya.

  • 100% popsicle buah-buahan
  • Aiskrim dengan stevia atau pemanis rendah kalori lain
  • Biskut rendah kandungan gula

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetes Diet, Eating, & Physical Activity. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/diet-eating-physical-activity, Accessed on Oct 10, 2021
  2. Best Foods for You: Healthy Food Choices for People with Diabetes. http://main.diabetes.org/dorg/PDFs/awareness-programs/hhm/what_can_i_eat-best_foods-American_Diabetes_Association.pdf, Accessed on Oct 10, 2021
  3. Type 2 Diabetes Grocery List. https://hca-staging.objects.frb.io/uploads/pdfs/Diabetes-Grocery-Shopping-List.pdf, Accessed on Oct 10, 2021
  4. The Diabetes Educator. https://www.diabeteseducator.org/docs/default-source/legacy-docs/_resources/pdf/research/Primary_Prevention_Position_Statement_TDE.pdf, Accessed on Oct 10, 2021
  5. Fish and Omega-3 Fatty Acids. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/fats/fish-and-omega-3-fatty-acids, Accessed on Oct 10, 2021
  6. Non-starchy Vegetables. https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/eating-well/non-starchy-vegetables, Accessed on Oct 10, 2021
  7. What Are The Health Benefits? https://wholegrainscouncil.org/whole-grains-101/health-studies-health-benefits/what-are-health-benefits,Accessed on Oct 10, 2021
  8. Diabetes Meal Planning. https://www.cdc.gov/diabetes/managing/eat-well/meal-plan-method.html, Accessed on Oct 10, 2021
  9. The ultimate diabetes-friendly grocery shopping list.https://www.healthygallatin.org/blog/diabetes-friendly-grocery-shopping-list/, Accessed on Oct 10, 2021

 

Versi Terbaru

02/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini Rawatan Paling Berkesan Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2

Awas! Ada 7 Faktor Risiko Untuk Anda Menghidap Diabetes Jenis 2


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan